Pages

Ahad, 14 Oktober 2018

Cempiang

Pagi tadi Encik Suami kata:
"Sedapnya makan kuih cempiang, minum kopi pula."
"Tapi kalau ada kuih lain, tak sedap pula cempiang tu."
Oh...! Begitu pula ye?
Maknanya, konsentrasi menikmati kuih cempiang akan terganggu dengan kehadiran kuih lain? 
Cempiang panas bersama seteko kopi panas sudah terhidang di atas meja. Encik Suami masih sibuk berkebun di belakang rumah. Kita suruh Fairuz panggil masuk dapur. Kemudian kita pun ke ruang tamu pakaikan Firdaus baju (selepas mandi).


Untuk resepi kuih cempiang ini bolehlah klik DI SINI.
Bila baca semula cerita lalu tentang kuih cempiang ini, rupanya Encik Suami suka makan cempiang!



Tak lama kemudian, kita ke dapur. Encik Suami dan Fairuz entah hilang ke mana. Yang tinggal hanyalah dua ketul cempiang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan