Kami bermalam di sebuah hotel di Batu Pahat. Farid yang menempah hotel tersebut, tapi kali ini Amie tak mahu kongsi atau paparkan gambar mahu pun nama hotel itu. Ada sesuatu yang tidak memuaskan hati kami, maklumlah bila tak biasa dengan tempat tersebut terpaksalah kita terima seadanya.
Sebaik sahaja kami check in hotel, Kak Aton terus mengajak kami mencari lokasi UTHM di Parit Raja. Katanya, esok pagi sewaktu pendaftaran tidaklah kalut mencari jalan dan bolehlah daftar awal.
Setelah menemui lokasi yang dicari, Kak Aton cadangkan agar kami ke Ayer Hitam untuk ke tempat beli belah yang Amie sebut-sebut dari petangnya. Kemudian kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Kami bertanya kepada peniaga di situ, dan dicadangkan agar kami cuba makan di Family Tip Top.
Anak-anak yang memilih menu.
Farid pesan 2 piring udang goreng salut tepung dan 2 piring sotong goreng salut tepung. Mulanya datang sepiring udang dan sotong, jadi Farid yang memang gemar makan seafood meratah kesemuanya, dengan harapan akan datang lagi piring seterusnya. Setelah kami menunggu, tidak juga tiba dan bila kami tanya, katanya udang dan sotong sudah habis!
Marilah kita kaut isi tomyam. Bnayak juga udang di dalam kuah tom yam!
Family Tip Top menghidangkan masakan ala Thai gitu.
Nampak berselera sungguh anak-anak makan dengan lauk-pauk pilihan mereka.
Keesokan paginya, lebih kurang pukul 9.30 pagi selepas pendaftaran dan membawa segala kelengkapan Fuad ke dalam biliknya, kami mengisi perut (tak sempat sarapan) di sebuah gerai di simpang berhadapan dengan kolej kediaman Fuad. Tak silap Amie ada papan tanda tertulis 'Parit Daun' di situ.
Di gerai Parit Daun ini, Amie sarapan lontong telur.
Pada mulanya Amie tak faham bila ditanya nak lontong telur atau lontong ayam?
Amie kata telur dan ayam.
Rupanya telur sebiji dan ayam goreng dibubuh atas piring kecil.
Inilah rupa lontong telur dan ayam di gerai Parit Daun.
Nampaknya yang lain lebih suka makan berat! Katanya, alang-alang sudah hampir pukul 10!
Kemudian kami singgah sebentar di UTHM, dan meneruskan perjalanan ke sebuah pasaraya untuk membeli beberapa barang keperluan Fuad. Rupanya Fuad terlupa untuk mencuba tali pinggang barunya. Pagi pendaftaran itu, barulah dibukanya tali pinggang hadiah dari bekas pensyarahnya sewaktu belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Tali pinggang tersebut longgar!
Fuad sangat menghargai pemberian Sir Faiz.
Katanya, barang-barang pemberian daripada Sir Faiz seperti tali pinggang, dompet dan minyak wangi akan digunakannya ketika mendaftar di UTHM!
Terima kasih buat Sir Faiz.
Alhamdulillah, Fuad sudah sampai di gerbang impiannya!
Jadi, Kak Aton bawa kami ke kedai tali pinggang untuk tebuk lubang tali pinggang yang baru!
Wah!
Bukan main lagi Fuad dengan tali pinggang dan dompet serta minyak wangi yang dipakainya pada hari itu!
Tengahari itu Kak Aton mencari gerai sup kambing 40 hari, tapi disebabkan lalu lintas agak sesak, kami batalkan hasrat tersebut sebaliknya makan saja di Marry Brown.
Makan bubur pun sodap!
Kemudian kami hantar semula Fuad ke kolej kediamannya sebelum kami meneruskan perjalanan balik ke kampung.
Acik dulu kalau pi tengok anak di uthm tidur di taman u walaupun hotel bajet tapi selesa..setiap kali pi tidur situ kalau x penuh smpai orang hotel pun dah kenal
BalasPadamMacam lain pulak muka Fuad dalam gambar ni dengan jaman now selepas sy mengenali Kak Amie.
BalasPadamSekarang Fuad dah boolat!
Padam