Hari raya keempat!
Selepas beraya di Tronoh, kami bermalam di Hotel Seri Iskandar sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke Cameron Highlands. Alang-alang sudah terlajak jalan, singgahlah ke negeri Pahang pula!
Farid tempah terlebih dahulu family room di Seri Iskandar. Keluarga yang lain terpaksa mencari hotel lain di sekitar sebab di sini sudah tiada bilik kosong lagi. Harga untuk satu malam pada hari minggu ialah sebanyak RM100, dan kami memang bermalam di situ pada hari Ahad malam Isnin. Kira hari minggulah itu. Biliknya agak sempit, menempatkan satu katil queen size dan tilam jenis single di bawah. Bolehlah untuk luruskan pinggang dan kaki, mandi dan bersihkan diri, menukar pakaian dan solat.
Keesokan paginya kami bertemu di restoran, bersarapan dan bersedia untuk bertolak ke Cameron Highlands mengikut jalan Simpang Pulai.
Mengenangkan peristiwa pada hari raya kedua, Amie semacam fobia pula untuk menjamah sarapan pagi. Gambar di atas tu, saja jew pegang minuman Ziah.
Amie jew yang tak makan apa-apa, yang lain semua makan! Cuma agak lewat sedikit hidangan sarapan tiba di meja kami sebab kami paling lewat sampai ke restoran itu.
Perjalanan pun bermula. Nyaman saja rasanya sepanjang jalan. Mudah-mudahan konvoi empat buah kereta selamat sampai menuju destinasi.
Apa pun terpaksalah kami terima hakikat, kesesakan lalu lintas dan tak sangka pula orang ramai berpusu-pusu mengunjungi tanah tinggi ini! Nak cari tempat letak kereta pun terpaksa berpusing-pusing macam gasing!
Kami putuskan untuk masuk ke Lavender Garden.
Kalau tak silap, bayaran masuk untuk dewasa RMN10, dan kanak-kanak RM7.
Tangkap sajalah gambar di mana saja yang sempat!
Firdaus dengan aiskrimnya!
Melayan Firdaus bagi makan ikan.
Geram tengok tanam-tanaman ini, tapi bila difikir semula terbantut hasrat nak membeli...sebab pokok-pokok begini bila dibawa ke tempat lebih panas, terus kojol.
Ambil gambar sajalah buat kenang-kenangan.
Sampai di sini Firdaus cari pasal nak beli mainan!
Akhirnya kami alihkan keinginannya kepada buah strawberi.
Buah strawberi ini berharga RM10. Tri tegur kami, katanya nanti boleh beli di Tanah Rata, harga lebih murah. Boleh dapat 3 atau 4 bungkus RM10.
Sampai di Tanah Rata, kami beli lagi strawberi celup coklat, tapi jumlahnya sedikit pula berbanding yang kami beli di Lavender Garden. Rasanya pun agak masam! Harganya sama, RM10 juga. Tidak pula kami jumpa harga strawberi 3-4 bungkus RM10 di sini. Katanya, bila orang ramai datang, harga dinaikkan dua tiga kali ganda! Entahah!
Sudah ada strawberi celup coklat, Firdaus tak mahu makan pula.
Firdaus mahu strawberi pertama tadi... lebih manis dan saiznya pula lebih besar!
Makanlah puas-puas strawberi tu Firdaus. Hasrat nak petik strawberi pun terbantut pada hari itu. Lain kali kita datang lagi, kita bermalam di sini dan dapat jalan puas-puas ye Firdaus!
Buah ciku lonjong!
Oleh kerana perut mula berkeroncong, Amie beli telur pindang. RM5 dapat 3 biji.
Kelapa laut pun ada di sini!
Sebenarnya lebih 30 tahun tak berkunjung ke Cameron Highlands! Banyak sangat perubahan yang berlaku. Memandangkan kesuntukan waktu dan kesesakan lalu lintas yang tak dijangka serta tanda-tanda akan turun hujan, kami pun mengambil keputusan untuk terus turun ke Tanah Rata dan selepas itu pulang ke kampung.
Cameroon Highland jem memang siksa nak jalan. Dah le jalannya sempit lepas tu nak cari parking pun punyalah ahzab. Tapi suka kalau dapat pi CH. Rindu teh strawberry
BalasPadam