Pages

Ahad, 1 Julai 2018

Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran D'selera Nenda

Dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands, kami singgah isi minyak dan kemudian solat di surau di stesyen minyak, kalau tak silap di Tapah. Untuk isi perut dengan hidangan yang lazat tentulah agak sukar memandangkan kami tidak biasa di tempat tersebut, dan akhirnya kami singgah d Restoran D'selera Nenda.

Gara-gara tak puas makan seekor ikan siakap masak 3 rasa inilah, keesokan harinya Amie beli dua ekor ikan siakap, dan masak menu yang sama... hiks! Faridlah orangnya yang tak puas makan ikan, katanya dah lama sangat tak makan ikan, hari-hari asyik makan ayam.





Syukurlah, kami tidak menunggu terlalu lama untuk makan tengahari yang terlewat!
 Masing-masing memesan hidangan mengikut saiz bilangan ahli keluarga.



 Daging Masak Merah.

 Tom Yam Campur.

 Telur Dadar.

 Dalam set hidangan kata Kailan Telur Masin, tapi yang datang macam sayur campur pula.


 Bismillah.

 Nasi dah habis separuh, baru sampai Siakap Tiga Rasa ke meja kami.

 Alhamdulillah.

 Sambung perjalanan. Selamat tinggal Negeri Perak Darul Ridzwan.

2 ulasan: