Pages

Isnin, 4 Jun 2018

Ayam Masak Kicap

Entri tertunggak.
Ayam Masak Kicap jew!
Tapi bubuh kicap sedikit saja, lebihkan lada putih / hitam!

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong menjadi 8 ketul
10 kuntum cendawan hitam / telingan tikus - rendam hingga kembang
6 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang - potong 2
4 biji kentang saiz sederhana - kupas kulit - belah 2
3 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1/2 cawan minyak
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar

Bahan  rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu.
2. Masukkan rempah tumis dan masak hingga terbit bau.
4. Kemudian masukkan ayam, cendawan shiitake, cendawan telinga tikus dan kentang. Gaul rata. 
5. Tambahkan sos tiram, kicap, lada putih dan lada hitam, serta tambahkan air. Biarkan masak hingga mendidih.
6. Perlahankan api dan tutup kuali.
7. Apabila daging ayam dan kentang empuk, tambahkan bahan perasa seperti garam dan gula atau perasa pilihan lain jika perlu. Jika suka kuah pekat, bancuhkan sedikit tep[ung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam masakan, kacau sekali dua.
8. Padamkan api dapur.

Minta maaf!
Banyak sangat mengkhayalnya sampai tercampak cili bulat-bulat ke dalam masakan!
Ngeeeee......!

4 ulasan:

  1. waahhhh.... dah lama x masakkk lauk ni... meleleh jugak nengok nya hehe

    BalasPadam
  2. wah nampak sedap bila campur dengan macam2 cendawan. Nampak sedap je ni

    BalasPadam
  3. Zulhilmi,
    jemput.

    Notie,
    Ye, keluar aroma cendawan terutama shiitake tu.

    BalasPadam
  4. Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama

    jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)

    jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik

    BalasPadam