Pages

Ahad, 27 Mei 2018

Mee Suhun Sup

Selamat malam semua.
Ramadhan ke-11 ini Amie nak kongsikan menu Mee Suhun Sup.
Resepinya ringkas sahaja tapi puas hati sebab mengenyangkan dan menyelerakan!

Bahan-bahan untuk sup:
2 belah dada ayam 
1/2 kg kaki ayam - bersihkan dan potong dua
3 sudu besar serbuk rempah sup - bancuh dengan sedikit air
2 cm lengkuas - dititk
3 sudu besar stok ayam pekat
1 sudu besar lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
3 liter air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumis:
1 labu bawang besar - hiris
5 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Tumis hingga bawang kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan lengkuas, bancuhan rempah sup dan kacau sebati.
3. Masukkan dada dan kaki ayam. Gaul rata sehingga bahan masakan berubah warna.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Tambahkan sedikit garam.
5. Setelah dada ayam masak / empuk, keluarkan dan toskan. 
6. Perlahankan api dapur untuk merenih kuah sup bersama kaki ayam.
7. Dada ayam tadi digoreng seketika dan kemudian toskan minyaknya. Setelah agak sejuk, bolehlah carik-carik dada ayam goreng tadi.
8. Tulang dada ayam bolehlah dimasukkan kembali ke dalam sup kaki ayam yang sedang direnih.
9. Setelah kaki ayam benar-benar lembut, tuangkan stok ayam pekat, tambah garam (jika perlu) atau perasa pilihan secukupnya.

Satu lagi bahan terpenting yang Amie tak boleh tinggalkan sudah tentutalh pergedil kentang! Amie gunakan 1 kg kentang, dan habis licin anak-beranak makan sewaktu berbuka!


Bahan-bahan:
1 kg kentang - kupas dan potong baji menjadi 8
3 tangkai daun sup - hiris
1/3 cawan bawang goreng
1/2 sudu kecil lada putih
garam / perasa pilihan
1 biji telur
minyak

Cara:
1. Goreng kentang hingga masak dan toskan minyaknya.
2. Lenyek kentang hingga hancur - Amie tumbuk dalam lesung.
4. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, dan garam / perasa pilihan.
5. Bulat-bulatkan adunan kentang dan leperkan di tepinya sedikit.
6. Pukul telur dan celup pergedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya.
7. Gorenglah hingga masak atau berwarna kuning keemasan.
8. Angkat dan toskan.

Jangan lupa celur suhun seberapa banyak yang dikehendaki. 
Sekarang kita lihat bahan-bahan yang perlu ada, dan selamat menjamu selera.
1. Suhun.
2. Ayam carik.
3. Pergedil kentang.
4. Kuah sup.
5. Aksesori lain termasuklah : 
  • bawang goreng
  • daun sup / daun bawang
  • telur rebus
  • kicap lada
  • limau kasturi

3 ulasan:

  1. oh suhun pun boleh di buat mee sup ya. Kalau kat gersik muar suhun tu dibuat sambal goreng masa kenduri rewang majlis perkahwinan. Oleh kerana banyak dah nampak macam meehoon pulak.

    Dah macam gaya soto je siap ada bergedel lagi.

    BalasPadam
  2. Notie,
    resepi asalnya ni nama dia soto banjar, tapi bila dah selesai makan nak buat entri tiba-tiba teringat tertinggal satu bahan iaitu ketupat / nasi himpit sebagai pelengkap soto. Jadi, untuk tidk 'mencemarkan' resepi asal, kita pun bubuhlah nama resepi baru : Mee Suhun Sup.

    BalasPadam
  3. Oh maknanya nasi himpit tu di tukar kepada suhun lah ya. emm menarik

    BalasPadam