Pages

Isnin, 20 November 2017

Lemper

Kuih tradisi dilupa jangan. Dengan paparan resipi lemper ini, diharap akan menjadi rujukan dan tatapan anak cucu dan generasi akan datang. Mudah-mudahan kuih seperti ini tidak luput ditelan zaman. Teringat zaman di kampung laman, rewang dalam pelbagai kenduri-kendara, lemper merupakan salah satu hidangan bukan sahaja untuk yang datang menolong tetapi juga dihidangkan untuk tetamu. Kami menyiapkannya secara gotong royong dalam jumlah yang banyak! Harumnya inti lemper masih terasa hingga kini!
Bayangkan kelapa parut disangan, ditumbuk bersama udang kering goreng, bawang goreng, serai dan lada putih! Apa agaknya rasanya bila dibalut dengan kepalan pulut?

 Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan di bawah ini.

Bahan inti:
1 cawan kelapa parut - sangan hingga perang
1/2 cawan udang kering - goreng
7 ulas bawang putih - hiris nipis dan goreng
7 biji bawang merah - hiris dan goreng
2 batang serai - ambil isinya yang putih, hiris halus dan goreng
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
garam dan gula secukup rasa

Bahan pulut:
3 cawan beras pulut - rendam 2 jam dan toskan
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Bahan tambahan:
20 helai daun pisang berukuran 12cm X 15cm - layur
20 helai daun pisang berukuran 3cm X 12 cm - layur
40 batang lidi penyemat

Cara penyediaannya:
1. Tumbuk kelapa parut hingga halus, udang kering, bawang putih dan bawang merah, lada putih serta serai secara berasingan. Kemudian satukan semua bahan yang ditumbuk di dalam mangkuk. Gaul sebati bersama garam dan gula. (Untuk rasa lebih enak, sediakan inti sehari lebih awal agar bahan menjadi mesra).
2. Satukan beras pulut bersama santan pekat dan garam di dalam loyang. Kukus sehingga masak.

Sekarang semua bahan sudah tersedia, pulut, inti, daun pisang dan lidi penyemat. Mari kita teruskan kerja membungkus.

3. Ambil sekepal pulut dan leperkan. Masukkan inti dan p[adatkan menjadi bentuk persegi. Balutkan pulut berinti dengan daun pisang ukuran 3cm X 12cm. Bungkus balutan pulut di dalam daun pisang ukuran 12cm X 12cm pula.
4. Kelepetkan kiri dan kanan daun pisang mengikut arah bertentangan. Kemudian sematkan dengan lidi.

 5. Susun di dalam periuk pengukus dan kukus sehingga daun pisang berubah warna menjadi layu.


 Lemper sudah siap!

 Jom makan!

 Lemper boleh dimakan sebelah pagi atau sebelah petang!

Ini lemper yang pernah Amie buat suatu ketika dahulu. Besar-besar bungkusannya, isinya pun besar juga! 


Ha ha haaa... orang nak makan pun segan. tapi makan dua biji pun dah kenyang! Untuk resepi lemper hasil air tangan Amie yang ini, walaupun sama saja boleh klik di sini : LEMPER

6 ulasan:

  1. Salam Amie... Selera tengok. In Sya ALLAH boleh cuba nanti

    BalasPadam
  2. Nampak sedap tapi mama x penah makan ni

    BalasPadam
  3. Dah lama tak makan lemper ni amie..dulu masa dok tg.karang.tiap kali ada kenduri dapat makan lemper ni

    BalasPadam
  4. FHA,
    silakan cuba, memang sedap.

    Mamapp,
    susah nak dapat lemper ni sekarang, dah jarang orang buat.

    Acik,
    ye, dengarnya di tanjung karang masih lagi orang buat waktu kenduri-kendara. Di kampung saya dah jarang sangat orang buat.

    BalasPadam
  5. Assalam kaka amie..tgk bahan2 tu Lemper ni macam pulut panggang versi kukus

    BalasPadam
  6. Sis. Cx guna gmbr ya ntknupdate di ig. Nanti cx kredit dkt sis.

    Anyway, cx tak pernah rasa. Hehhehe

    BalasPadam