Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Agak lama juga Amie tidak kongsi paparan resepi. Nampaknya kebelakangan ini di bawha tudung saji Amie hanyalah paparan catatan perjalanan ke Bukit Tinggi sahaja. Itu pun belum habis ke penghujungnya, kerana di pertengahan jalan menghadiri majlis konvokesyen Abang Farid pula. Mood untuk sambung catatan perjalanan melencong ke laut, barangkali disebabkan banyak tugasan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apa pun, oleh-oleh Amie pada hari ini untuk rakan-rakan pengunjung sudah tentulah sesuatu yang agak istimewa, maklum sahajalah kalau pulang dari jalan-jalan, ada sahaja resepi yang ingin Amie cuba di dapur sendiri.
Setelah puas menikmati gulai ayam masakan Padang (setiap kali makan tengahari di Bukit Tinggi, dalam hidangan lauk-pauk yang disajikan mesti ada gulai ayam), dah masuk dapur sendiri sudah tentulah tidak lepaskan peluang untuk mencubanya! Sebelum membuat dan menyediakan ramuan sendiri, terlebih dahulu Amie cuba gunakan salah satu Bumbu Masak Khas Minang yang sempat kami beli di sana.
Inilah bumbu Minang yang Amie maksudkan, dan kalau tak silap berharga 20,000 rupiah (resit pembayaran pun dah hilang, harganya mungkin antara 20,000 -22,000 rupiah).
Cara masakannya pun sangat mudah, hanya tambahkan santan sahaja. Bagaimanapun, hasilnya tidaklah asli seperti masakan Minang / Padang yang sebenar kerana menurut Pak Herman, masakan Padang dimasak menggunakan dapur kayu, dan di dalam belanga! Namun begitu, adalah juga rasa kuah Padang....hiks! Lagi satu, kita terpaksa gunakan ayam daging, tidaklah sama saiz dengan ayam di sana. He he hee... hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, betul tak?
Bumbu Masak Khas Minang atau pes masakan Minang, sesuai untuk memasak gulai daging, ayam, kikil dan udang. Maaf ye, Amie tak tahu apa itu kikil. Tengok dalam Google Translate pun tak jumpa....ahaks! Tapi rasanya bukan itik! Mungkin kaki lembu.
Cara memasaknya memang mudah, tapi sewaktu proses memasak itu yang sukar diterima! Bukan apa, aroma masakan memenuhi ruang dapur! Ketika Encik Suami pulang dari kerja, katanya sebaik buka pintu rumah, terasa ada kenduri di rumah! Dan katanya lagi, bau masakan Gulai Ayam Minang itu, seakan-akan dia sedang berjalan di warung-warung pasar malam!
Dalam Bumbu Masak Khas Minang ini, Amie temui potongan kecil serai, daun kunyit dan daun limau purut. Pada mulanya, pes ini agak masin dan masamnya juga terasa, tetapi Amie tambahkan sedikit gula melaka, dan akhirnya menghasilkan hidangan yang cukup lazat setelah kuahnya sebati, dengan penambahan santan kelapa. Sebaiknya gunakan santan kelapa segar untuk rasa yang lebih asli.
Amie juga sempat berkunjung ke beberapa buah dapur rakan-rakan blogger, dan untuk resepi selanjutnya dengan menggunakan bahan sendiri, bolehlah klik di sini : RESEPI IBUNDO : AYAM MINANG.
In shaa Allah, pada lain kesempatan, Amie akan cuba olah menggunakan bahan ramuan asli yang masih segar. Untuk resepi dari tanah asal pula, antara dapur yang sempat Amie intai untuk mendapatkan resepi Gulai Ayam Minang ini, bolehlah klik di sini : GULAI AYAM KHAS MINANG (PADANG).
Mencuba masakan Minang / Padang di dapur sendiri adalah satu permulaan yang baik bagi Amie. Ia tidak berakhir apabila kaki meninggalkan tanah Bukit Tinggi, Padang, tetapi merupakan permulaan yang menyakinkan untuk terus mencuba resepi dari tanah seberang!
rindu sangat nak tunggu tudung saji akak berhidang dengan hidangan lazat :D
BalasPadamwah sedapnya...boleh lah buat sambal ijou pulak...tak pernah lah jumpa bumbu masakan Minang.
BalasPadamAnn,
BalasPadamterima kasih kerana sudi menunggu hidangan....nanti kakak masak sedap2 untuk Ann ye :)
Notie,
hasil 'memburu' di Bukit Tinggi.