Terlupa!
Kenapa Encik Suami tak bersiap seperti selalu untuk ke tempat keja?
"Tak kerja ke hari ini?
"Kan cuti TYT," jawab Encik Suami.
"Kan cuti TYT," jawab Encik Suami.
Hurrrmmmm... rupanya 07 Oktober 2017, hari jadi Yang DiPertua Negeri Sabah! Maklumlah hari Sabtu....memang tak perasan!
"Nanti tolong goreng mee hoon ya. Baba dah rendam di dapur," sambung Encik Suami lagi.
OH
Oh! Sebenarnya dalam hati sudah berkira-kira untuk buat cekodok udang campur jagung. Tapi tak apalah, mee hoon pun sudah direndam, buat sajalah.
Jadi pagi ini, kami sarapan Mee Hoon Goreng Udang Pedas. Bukan main suka Firdaus makan, tambah dua kali! Maklumlah, boleh dikira dengan jari berapa kali Mommy masuk dapur untuk siapkan sarapan pagi......hiks! Amie tambah menu sup jagung dalam hidangan kami. Rasanya sesuailah tu dipadankan dengan mee hoon goreng pedas cili padi!
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam dengan air sejuk hingga lembut - toskan
15 ekor udang kertas - bersihkan
2 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 biji cili hijau
7 biji cili padi
1/2 batang lobak merah
2 batang daun bawang
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris kecuali lobak merah hingga layu.
2. Tambahkan udang dan lobak merah. Tumis sehingga masak.
3. Masukkan mee hoon, dan tambahkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
4. Gaul rata dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
6. Taburkan hirisan daun bawang ketika menghidang.
Semoga pagi ini membawa seribu kebahagiaan dalam hidup kita!
Sedapnya sarapan Amie..
BalasPadamDah lama akak tak masak meehoon..
Boleh jadi idea utk sarapan pagi esok..
Akak pagi buat lempeng pisang aje 😆
Kak Norhayati,
BalasPadamsesekali sarapan bersama keluarga, rasa seronok, dan bertambah sedaplah pulak he he hee