Pages

Jumaat, 20 Oktober 2017

Air Terjun Lembah Anai

Salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung ketika berada di Bukit Tinggi sudah tentunya Air Terjun Lembah Anai. Orang Padang memanggilnya sebagai Aia Tajun atau Aia Mancua Lembah Anai. Terdapat 3 lokasi air terjun di sini, dan yang paling terkenal ialah Air Terjun Lembah Anai yang terletak di pinggir Jalan Raya Padang - Bukit Tinggi. Ia merupakan air terjun di kawasan rizab atau hutan simpan (cagar alam) Lembah Anai di Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Untuk pencinta alam, mungkin anda berminat untuk meneruskan kembara mengunjungi 2 buah lagi air terjun yang terletak jauh ke dalam hutan dengan menempuh perjalanan selama 15 minit lagi.

7 orang pengunjung yang baru kekenyangan makan soto dan telur masin turun dari van dan bergambar kenangan di pintu masuk Air Terjun Lembah Anai.

Dari jauh sudah terlihat kesesakan lalu lintas dan orang ramai yang berkunjung di kawasan ini. Air Terjun Lembah Anai sangat mudah untuk dikunjungi kerana ia terletak benar-benar di tepi jalan.

Huurrrmmm.... Nampak tu kacang goreng bungkus? Belilah berapa bungkus pun, tak rugi punya! Sebab kacang goreng ni sedap, rasa manis isinya. Bayangkan kacang tanah ini dihasilkan dengan menggunakan tulang empat kerat! Kacang ini di 'goreng' selama 2 jam dengan menggunakan pasir dan kulit kayu manis di atas dapur kayu! Kagum rasanya dengan usaha masyarakat di sini yang masih mengekalkan kerja-kerja secara tradisi. Boleh makan dalam perjalanan atau dibuat oleh-oleh. Sayangnya..... tak terfikir untuk dijadikan oleh-oleh, sebab sewaktu membeli di suatu tempat, Amie sangka ia sama seperti kacang rebus dan tidak tahan lama! Rupanya sangkaan Amie salah!



Nampaknya, air terjun sudah memanggil-manggil kami untuk mendekatinya. Tinggalkan dulu cerita kacang goreng, dan rempeyek yang penuh kacang di atas tu, dan kita berkenalan dengan Aia Tajun atau Aia Mancua Lembah Anai.

Air Terjun Lembah Anai ini dikatakan berketinggian sekitar 35 meter, dan merupakan sebahagian daripada aliran Sungai Batang Lurah Dalam dari Gunung Singgalang.

Tiketnya sudah Pak Herman bayar. Kami teruskan perjalanan mendaki anak-anak tangga menuju ke destinasi.

Antara makanan yang dijual oleh para peniaga di tepi laluan pejalan kaki menuju ke air terjun. Ada telur masin juga! Sayang sekali, setelah meninggalkan tempat ini, Amie tidak temui telur masin ini lagi. Menurut Pak Herman, lain tempat lain makanan dan jualannya. Jadi, kalau anda berminat makan telur masin (tak masin macam telur masin, tapi dimakan begitu saja), belilah di sini. Teringat wanita yang menjual telur masin ketika kami berhenti di hadapan kedai PULSA :
"Sedap Bu. Belilah"
Kenapalah cuma beli sebiji?
Terlupalah pula moto kembara kami sewaktu berkunjung ke Surabaya: ORANG TAMAK SELALU UNTUNG!

Ini ialah kacang soya rebus, demikian menurut penjual di situ. Barangkali inilah kacang untuk dibuat tempe....adeeeehhh! Tahu makan tempe, tapi tak pernah melihat pokok dan kacangnya! Nampak seperti kacang edamame  atau green soybeans yang pernah Encik Suami makan di Sushi King, Suria Sabah di Kota Kinabalu.

Pisang rebus! Apa jenis pisang ini agaknya? Nampaknya agak terkenal juga pisang rebus sebagai salah satu makanan kudap-kudapan di sini.

Yang bulat-bulat warna kuning oren dalam bungkusan itu ialah keropok jering. Jering? Ya keropok jering! Yang warna hitam dalam beg plastik tu rendang, tapi tak ingat rendang apa, tapi telinga mendengar perkataan dari penjual seakan bunyi:  rendang siput.

Ketika ini ramai pengunjung bergambar di sini. Takut juga kami melihat pengunjung yang berswafoto di tebing yang tinggi...gayat! Kami bergambar mengikut giliran.

 Zana menjadi jurufoto untuk kami bertiga.
Ain, Akmi dan Jusna entah ke mana membawa diri untuk berswafoto.

 Air Terjun Lembah Anai dari lensa kamera sendiri.


Malu dong buang sampah sembarangan! Orang beriman membuang sampah pada tempatnya! Iya... menjaga kebersihan itu sebahagian daripada iman! Cantik dan sopan bahasa yang digunakan, kiasannya amat mendalam!
 Aksi orang yang baru keluar dari sangkar...ngeee!


Seperti di tempat tumpuan pengunjung yang lain juga, di sini terdapat barangan cenderamata termasuk fridge magnet dan key chain untuk dijual.

 Pemandangan ketika turun dari tebing jalan.

 Sumber : Pak Herman & Google

Info yang dapat dikongsi Pak Herman ialah, tidak jauh dari lokasi air terjun ini terdapat sungai yang mengalir jernih dengan pemandangan jambatan atau rail keretapi peninggalan Belanda.

Selamat Datang di Padang Panjang - Kota Serambi Mekah. Amie kira, gelaran Serambi Mekah itu hanya digunakan di Acheh, tempat penyebaran agama Islam, rupanya pengetahuan Amie tidaklah luas. Terima kasih Pak Herman kerana menerangkan tentang istilah 'Serambi Mekah' itu.


 “Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah. Syarak mangato, adat mamakai”.

Amie terjumpa untaian kata di atas itu di beberapa tempat, tetapi tidak sempat mengambil gambar. Oh! Kami sedang melalui kawasan orang beradat. Dari sini, Amie mula merasakan detik -detik perkenalan yang lebih dekat dengan dunia Minangkabau yang banyak tidak Amie ketahui sebelum ini. Marilah bersama menelusuri sejarah dan budaya rumpun Melayu Nusantara dalam catatan seterusnya. Moga ada iktibar dan pengajarannya.
Sehingga bertemu lagi.


Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399 


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

4 ulasan:

  1. Pisang rebus tu pisang nipah. Sedap di rebus dan di goreng cecah dengan sambal kicap. Masa kecil-kecil dolu2 pisang rebus buat sarapan layan dengan kopi O. Kalau musim hujan sedapnya kalau ada sampingannya ubi rebus juga.

    Suka bertandang ke Bukit Tinggi ni sebab suasananya nyaman dan barang pun murah

    BalasPadam
  2. Notie,
    terima kasih beritahu, rasa teringin nak beli tapi takut tak habis makan sebab dalam sesikat tu mungkin ada 5 biji

    BalasPadam
  3. Katanya air di air terjun tu boleh buat awet muda jika mengusap air di muka... tapi saya tenguk orang2 kat situ yang berjualan tak awet muda pun... hehehehe

    Dulu ada jual buah markisa dah masak. Kita orang beli dan cuba makan.. rasa macam air jus markisa...kalau buah tu sejuk lagi sedap.

    BalasPadam
  4. Notie,
    mungkin nak kata air itu bersih, sebab berpunca dari aliran sungai dari pergunungan...he he heee.

    BalasPadam