Pages

Ahad, 17 September 2017

Kuih Penjaram

Salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.
Agak lama juga Amie tak kongsi resepi.
Nampaknya mood bercuti masih belum dapat dipisahkan...ahaks!
Dan agak kekok juga untuk siapkan entri resepi kali ini sebab semenjak dua menjak ini sudah terbiasa lepas masak terus makan!
Wokey...kita cerita tentang kuih penjaram. Kuih ini sering Amie temui di Lahad Datu, dan juga tempat-tempat lain di negeri Sabah. Enak dinikmati ketika masih panas. Opps!!! Janganlah makan sebaik keluar dari kuali! Kang melecur mulut tu....hiks!


Banyak kali juga Amie cuba buat kuih penjaram. Kalau di negeri lain namanya memang berbeza, tapi mungkin bahannya sama. Ada yang sebut nama cucur Jawa, ada yang kata topi Mexico! Cara penyediaannya pun mungkin agak sama, tapi mengikut pengamatan Amie, melalui beberapa pertanyaan dengan rakan-rakan dan mereka yang menjual kuih penjaram ini ada sedikit yang membezakannya. Ada yang kata kena peram semalaman. Ada juga kata biarkan saja selama 2 hingga 4 jam dan ada pula yang kata tak perap! Terus goreng! Ada yang gunakan gula merah. Ada yang suka campurkan gula melaka. Ada yang hanya bbuh gula putih sahaja, dan tidak kurang juga gunakan dua jenis gula!

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
200 gram gula melaka - parut
3/4 cawan gula pasir - jika suka manis, boleh tambah
2 cawan air
secubit garam 
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ayak tepung beras bersama tepung gandum.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka, garam, air dan gaul rata.
3. Tapis adunan.
4. Biarkan lebih kurang 8 jam - biasanya Amie siapkan adunan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Keesokan paginya barulah Amie goreng.
5. Panaskan lebih kurang 2/3 cawan minyak di dalam kuali melengkung saiz kecil.
6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. (Jika suka saiz besar boleh gunakan senduk besar tapi tambahkan minyak. Jika suka yang kecil dan comel, gunakan senduk saiz yang agak kecil).
7. Ketika adunan sedang digoreng, kuih mula kelihatan seakan-akan obor-obor, dan keruping-keruping di bahagian tepinya terbentuk.
8. Setelah kelihatan sempurna, terbalikkan kuih, dan ia akan kelihatan seperti topi coklat keemasan..
9. Biarkan sebenta dan kemudian angkat kuih penjaram tadi, dan toskan.
 
Kalau suka, boleh kreativitikan kuih penjaram ini. Selain penggunaan gula merah untuk warnanya, boleh juga tambahkan pewarna pandan atau pandan emulco supaya warnanya menjadi hijau.



 

38 ulasan:

  1. Kalau kami bangsa bajau kt sabah ni selalu buat penjaram ni letak santan..supaya rasa lebih sedap..

    BalasPadam
  2. Berapa. Bnyk. St
    n .mau .d .taruh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu buat dlm 1 bungkus tepung,letak saja 1 bungkus santan..

      Padam
  3. Blum pernah wat kueh ni baru nak cuba belajar...
    Betulkah ada pantangnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pantangnya. jangan nyanyi2 melalak time adun. jangan ketuk2 senduknya. mesti buat dgn hati yg ikhlas

      Padam
  4. Hi, bolehkah hari ini goreng can simpan sampai hari esok, ya masih lembutkah?

    BalasPadam
  5. Unknown.. Boleh tak kongsi sukatan santan.. Dan santan apa yg sesuai d guna Dan tahan dari basi?

    BalasPadam
  6. tepung beras cap gaja 1 buli pakai ka..rasanya silap beli tepung berasvtu

    BalasPadam
  7. nape nk simpan 8jam..😂terus goreng xbole ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tggu kembang dan larut sgala2 kot..bila goreng dia jadi cantik..setakat yg arwah nenek sy bgtau la...

      Padam
    2. Lagi lame d peram ..lagi sdap adunan.. Benda nii cerewet..susah nk dpt bentuk yg cantik.. Kebanyakkan org muda xpndai buat..org dulu2 pndai

      Padam
  8. Satu cawan itu cawan apa? One cup yg biasa guna untuk buat kek kar?

    BalasPadam
  9. jika takda gula melaka bolehkah digantikan dengan gula lain?

    BalasPadam
  10. Kenapa sy buat xcntk bentuk dia ye??? Sukatan sama je.. Betul ke ada yg kata, xblh buat 1gelas tepung gandum, 1gelas tepung beras???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah.. Mungkin sukatan gula dengan air tak betul....
      Klu 1 cawan tepung gandum dan tepung beras, gula kena 1/2cawan , guna cawan yang sama , air pesti 1 cawan jer yang telah d larutkan bersama gula mereh/melaka

      Dan pastikan peram 5 ke 8jam

      Atau

      Masa nak mengoreng tu, pastikan guna kuali kecil dan minyak agak2 1cawan atau lebih sikit

      Kalau minyak terlampau bnyk tak jadi juga.

      Jgn goreng saiz besar sangat agak2 1 cawan bahagikan kepada 4 atau 6 gorengan....

      Benda ni ada pandang juga, masa buat adunan kena hati tenag dan focus, masa memgoreng pun sama...
      Kalau menyanyi2 atau cakap "jadi tak kuih saya ni mcm tak jadi jer" klu ckp mcm tu, bertambah2 kuih tu tepi dia x menjadi terus kembung atau jadi bulan 🤣

      Padam
  11. Terima kasih untuk resepi ini. Dah cuba buat dua kali. Sedap. Cuma agak keras untuk orang tua makan. Jadi kali kedua buat kami ubah sikit. Air kurangkan jadi 1 1/2 cawan then tambah santan satu cawan. Xberani perap lama-lama bila ada santan jadi perap dalam 3 jam lebih je. Alhamdulillah jadi :). Tapi rasanya perap lama-lama pun tak apa kot bila ada santan. sebab nampak je resepi yang pakai santan perap semalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 mgu pn boleh perap dlm peti sejuk wlpn ada santan..sya biasa buat.Bila nk mkan bru goreng.2@ 3 hari maaih lembut.cuma resepi sya gna 2 cwn tpg gandum + 1 cwn tpg beras..

      Padam
    2. hai nak tnya klau sukatan 2 cawan tpung gndum.1 cawan tpung beras. sukatan air & santan mcm mna ya?

      Padam
  12. Saya sudah cuba resepi ini memang menjadi dan sedap lembut lgi 😘😘😘bah kata pepatah 🤭 jangan derhaka dengan resepi nanti lain jadi Terima kasih pemberian resepi nya.

    BalasPadam

  13. صيانة كريازي المركز المعتمد لصيانة اجهزة كريازى الكهربائيه وخدمة عملاء كريازى من خلال فنيين مختصين زوي خبره مع توفير قطع غيار أصليه لصيانة كريازى
    صيانة كريازى

    BalasPadam
  14. شركة تصميم الديكور هي نوع من الشركات التي تختص في كل ما يتعلق بفن الديكور والتصميم الداخلي والخارجي، حيث نضم أمهر مهندسي الديكور والمصممين والمتخصصين في البنية التحتية، بالإضافة إلى مجموعة كبيرة من العمال والمتخصصين في كل جانب من جوانب تشطيب الشقة أو المكان المراد تصميم الديكور الخاص به.
    تكمن وظيفة شركة تصميم الديكور في تنفيذ جميع الأفكار التي يرغب بها العميل وتحويلها إلى واقع ملموس وفقاً للميزانية التي يحددها العميل واختياره للألوان والطراز العام للديكور الذي يرغب به العميل، أي أن الشركة تأخذ المكان بمجرد بناؤه، وتجمع رغبات العميل وميوله، وتبدأ في العمل لتحول المكان المهجور إلى مكان راقي يصلح للاستخدام الآدمي.
    شركة تصميم ديكور
    شركة تصميم ديكورات

    BalasPadam
  15. الفاتورة الإلكترونية مستند رقمي يتم إنشاءة إلكترونياً لإثبات عمليات البيع والشراء, ويتم التوقيع عليه إلكترونياً, ويتم مراجعته من جانب مصلحة الضرائب
    منظومة الفاتوره الإلكترونية
    برنامج الفاتورة الإلكترونية

    BalasPadam
  16. Character Make-up Fixer - MUS Character make-up has many basics, the most important of which is how to install it after its completion so that it is not affected by any external factors and retains its luster and the tools that were used to appear attractively, and there are many products that are used but do not give a good result in installation, This is what makes a big problem for many girls, so do not worry anymore, we offer you through our store brand1shop, a makeup fixer that works to make all the makeup that you have applied naturally and is not affected by any external symptoms at all, get it now At the best possible unbeatable price
    كاركتر مكياج

    BalasPadam
  17. Lef - Foundation Brush L108 Foundation brush, get now and exclusively the best type of foundation brush with very soft bristles that help distribute the cream smoothly and quickly and does not take time to use, so the foundation is considered one of the very important steps in face makeup, so it is necessary to To be distributed correctly so that there are no streaks or any marks that it causes on the skin, and the best solution for this is to use the original Lev Foundation Brush, get it now through our store brand1shop, at the best possible price that cannot be accepted before the stock runs out.

    BalasPadam
  18. Natural Rose Vase - Jury

    Natural roses, get now through our store the best bouquet of natural roses, in the best colors, as it contains white and bright yellow color, which gives it a very attractive shape and is suitable for gifting at all times to any dear person, so the roses are a symbol of love and bonding, and a symbol of love The big one, so we offer you through our store bmark2, the best natural rose vase, at an exclusive and unbeatable price, get it now before stocks run out.
    ورد طبيعي

    BalasPadam
  19. Half Million Coffee Box
    Coffee Box Gifts are considered the most distinctive and wonderful thing in expressing happy feelings towards people, so bmark2 store works to help you, in providing a special and not very repetitive type of gift giving, and provides you with a coffee box with a distinctive and wonderful design that attracts everyone’s attention and suits all Different tastes, the box is now available at the most competitive prices
    بوكس قهوه

    BalasPadam
  20. Casablanca flower vase
    Vase and artificial flowers, flowers are considered one of the most things that have a very strong impact on everyone who receives them, as they permanently symbolize the love and gratitude you have for the person you give them to, and when placed at home they also have an attractiveness and a very great impact in the spread of positive energy and beauty The place is around you, so many are constantly seeking to get artificial flower vases at home and all the places where the winner can be placed so that it becomes a beautiful and wonderful place, we offer you through our store bmark2, the best artificial flower vases Casablanca at an exclusive price that does not accept competition, get it Now before stocks run out
    فازه ورد صناعي

    BalasPadam