31 Ogos 2017.
Cuaca kelihatan mendung, dengan langit yang agak suram
Apa pun, buat tanah airku nan tercinta : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60! Moga Malaysia terus aman dan makmur.
Apa aktiviti kami seterusnya?
Pucuk dicita ulam mendatang! Kedatangan kami ke bumi Perth rupanya disambut dengan musim berkembangnya bunga tulip! Mac 2017, kami cuba memburu tulip di tanah Turki, tapi ketika itu baru berakhir musim sejuk, dan hanya kelihatan anak-anak pokok tulip yang sedang membesar. Jadi, kali ini kami dapat menikmati sepuas-puasnya kuntuman tulip mekar di Araluen Botanic Park. Taman ini letaknya lebih kurang 30 kilometer di selatan Perth, di pinggir Roleystone. Taman botani yang meliputi lebih kurang 59 hektar ini terlindung di lembah Darling Ranges.
Kami dijadualkan keluar dari homestay pada pukul 9 pagi, tetapi kereta lewat datang kerana menurut Chah, ada masalah. Akhirnya kami meninggalkan tempat penginapan pada pukul 10 lebih. Pada hari terakhir itu, kami dijadualkan mengunjungi Araluen Botanic Park. Memikirkan kelewatan kenderaan, risau juga tak dapat ke taman tersebut. Menjelang petangnya pula, kami dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang. Tak sabar rasanya nak tengok Salawati guling-guling di taman tulip...hiks!
Pukul 11.15 pagi, kami tiba di Araluen Botanic Park. Hujan renyai-renyai!
Aduhai!
Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak $15 untuk masuk ke dalam taman tersebut.
Memandangkan hujan semakin lebat, seakan hilang pula rasa teruja untuk melihat tulip yang sedang menanti kedatangan kami! Apa pun, redah sajalah dalam keadaan basah! Akhirnya pakaian yang basah kering sendiri, disebabkan leka menangkap gambar bunga tulip, tak sedar baju kering!
Puas hati sampai ke sini? Memang puas hati dapat melihat tulip idaman! Cuma yang tak berapa puas hati, masa yang diberi sangat singkat. Pukul 12.30 tengahari kami terpaksa meninggalkan taman ini menuju ke lapangan terbang! Apa nak buat! Kelewatan yang tak dapat dielakkan, tapi perlu patuhi masa untuk bertolak ke lapangan terbang.
Di taman ini, bukan ada bunga tulip sahaja tetapi banyak bunga lain yang sedang berkembangan. Sebenarnya, dalam tempoh waktu yang terbatas itu, tak sempat untuk jelajah semua kawasan, ditambah pula dengan curahan air hujan yang sedikit sebanyak membantutkan pergerakan. Bayangkan dengan keluasan taman, berbukit-bukit pula, mana mungkin dalam tempoh satu jam lebih dapat diteroka! Barangkali, kalau jurufoto profesional sanggup berhari-hari meredah kawasan ini untuk mendapatkan sudut yang menarik! Apa pun, Amie hanya setakat mampu tangkap gambar yang ada di depan mata sahaja. Amie pun takut-takut juga kamera akan masuk air ketika tangkap gambar. Tapi tawakkal sajalah.
Entri kali ini Amie fokuskan kepada bunga tulip sahaja. Agak susah juga untuk memilih gambar bunga tulip sebab semuanya cantik belaka! Jadi, Amie abadikan kecantikan dan keindahan bunga tulip satu persatu mengikut warna, dan peringkat pertumbuhannya. Ada yang baru tumbuh. Ada yang baru keluar kudup bunga. Ada yang mula mekar dan ada yang sudah berkembang.
Cantikkan?
Itu pasal Amie tak tahu nak paparkan yang mana satu. Jadi, kongsilah saja di sini.
Ketika ini semuanya terpisah!
Masing-masing teruja dengan keindahan bunga tulip pelbagai warna! Semuanya leka sama ada berswafoto atau asyik menikmati kecantikan tulip yang sedap berkembangan!
Rupanya hujan yang turun membawa rahmat! Seronok pula melhat hasil gambar bunga tulip dengan titisan air hujan di kelopaknya!
Ada tulip kuning duduk setaman dengan tulip merah. Oh! Daku teringat bendera merah kuning negeri kelahiranku, Selangor Daru Ehsan!
Hanya mampu mengucapkan Subahanallah! Takjub dengan ciptaan Yang Maha Esa.
Seterusnya... biarlah gambar yang berbicara.
Geram sangat tengok kuntum-kuntum tulip yang baru nak belajar mekar!
Sumber : Haila Amir
Rombongan kami sempat bergambar di taman ini sempena hari kemerdekaan yang ke 60 tahun! Tahniah Kak Roy dan Kak Idah yang dikatakan membawa bersama bendera Malaysia! Tapi muka Amie tidak ada, sebab ketika mereka bergambar Amie mungkin sedang tangkap gambar jauh di atas bukit sanun!
Akhirnya kami bertemu semula pada puku 12.30 dan kereta berhenti seketika di sini untuk mengabadikan gambar bersama.
Entri berkaitan percutian di Perth:
Jalan-Jalan Cari Makan di PerthBermulanya Musim Bunga di Perth
Ya Allah.... bunga fav Liez ni... geramnya kalau dpt pergi dan bergambar sakan.
BalasPadamSubhanallah cantiknya bunga-bunga ni Amie..
BalasPadamLiez,
BalasPadammasa tu hujan, tapi redah jew sebab sampai pun dah lewat, lepas tu nak berkejar ke airport pulak....ahaks!
Dari Borneo,
Ciptaan_nya memang tiada tolok bandingan.