Pages

Khamis, 3 Ogos 2017

Sambal Tempoyak Daun

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi.
Diringkaskan cerita, kali ini Amie kongsikan resepi Sambal Tempoyak Daun pula. Sedap sangat! Resepi ini pernah tersiar dalam Majalah SAJI.



SAMBAL TEMPOYAK DAUN

Bahan-bahan:

10 tangkai pucuk ubi – asingkan tangkainya

5 helai daun kunyit

5 tangkai pucuk labu – ambil daunnya

1 cawan isi petai

1 cawan isi udang segar

4 sudu besar tempoyak

700 ml santan dari sebiji kelapa

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa



Bahan tumbuk  / kisar:

30 biji cili padi kampung

5 batang serai – hiris nipis

2 cm kunyit hidup



Cara memasak:

1.            Daun ubi, daun kunyit, daun labu dan daun daun dimayang halus.  Kemudian ramas-ramas sedikit dan cuci bersih. Toskan.

2.            Jerang santan dalam kuali. Masukkan semua bahan tumbuk, tempoyak dan asam gelugur.

3.            Kacau sekali-sekala dan apabila kuah mulai pekat, masukkan kesemua bahan hirisan. Gaul rata.

4.            Masukkan petai dan udang.

5.            Apabila petai dan udang telah berubah warna, tambahkan garam dan gula secukup rasa.

6.            Padamkan api dapur.



 Petai tak berapa cantik, tapi luarnya saja. Isinya lawa eh!

 Inilah bahan-bahan yang disediakan.

 Campuran daun-daun yang sudah dihiris.

 Ramas-ramas sikit dan cuci. 

 Jom mulakan masak-masak!
Biarlah gambar di bawah ini yang berbicara.....







 Uniknya masakan orang kita!

1 ulasan:

  1. Salam Amie.. Kecur dah ni...
    Nanti kalau jumpa tempoyak nak cuba lah. Tang Daun-daun tu yang susah juga nak dapat ni. Tapi In Sya ALLAH nak cuba cari nanti.

    BalasPadam