Pernah makan sambal babat @ perut?
Babat memang tidak asing lagi sebagai salah satu masakan yang dihidangkan dalam majlis atau kenduri kahwin di kampung kami. Apa pun itu cerita dulu. Cerita tumbang seekor lembu setiap kali diadakan majlis kahwin. Tapi sekarang, keadaan sudah berubah. Tidak semestinya tuan rumah akan menyembelih seekor lembu, tetapi memadai dengan membeli daging lembu import yang harganya jauh lebih murah. Konsep 'rewang' pun semakin kurang dipraktikkan. Aduhai.... zaman yang indah itu telah lama berlalu! Semuanya tinggal nostalgia yang hanya mampu dikenang! Seingat Amie, semasa kenduri di kampung, babat biasanya dimasak bersama kacang tunggak, tauhu kering dan juga suhun, ditambah dengan hirisan cili hijau! Sebenarnya masakan inilah yang ingin Amie olah, tapi tak jumpa pula kacang tunggak di LD! Akhirnya, masak sambal sahajalah dengan terung pipit!
Bahan-Bahan:
½ kg babat (perut lembu)
200 gram terung pipit – leraikan
dari tangkainya
1 sudu kecil pati asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm halia
Cara penyediaannya:
1. Rebus babat hingga empuk. Kemudian potong dadu dan goreng
hingga garing. Ketepikan
2. Goreng terung ipit hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan bahan di atas di dalam kuali dan tumis bahan
kisar hingga pecah minyak.
4. Tambahkan pati asam jawa, garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan babat dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
6. Gaul rata dan padamkan api dapur.
Sedap ratah begitu saja!
Makan dengan nasi lemak pun sodap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan