Pages

Rabu, 2 Ogos 2017

Nasi Ala Kak Wook

Terima kasih buat Ustaz Mohd. Za Fauzan kerana sudi kongsikan resepi Nasi Ala Kak Wook. Sedap hasil air tangan anak muda ini menjual pelbagai jenis masakan Kelantan di LD. Mudah-mudahan rezeki terus mencurah masuk, dan sentiasa diberikan kesihatan oleh-Nya. In shaa Allah satu hari nanti Ustaz Fauzan berjaya menjadi pengusaha makanan! Kak Amie kongsikan resepinya di sini ye Fauzan.



Bahan untuk gulai ayam:
bahagian leher, sayap, kaki, tulang belakang, hati dan mempedal dari seekor ayam  – potong kecil-kecil
3 biji terung panjang – potong  ikut citarasa
3 ulas bawang putih – dhiris
5 biji bawang merah – dihiris
1 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar cili kisar
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil pati asam jawa
4 sudu besar serbuk rempah kari ayam
300 ml santan pekat
1 liter air
4 sudu besar minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1.         Panaskan minyak dan tumis  bawang putih, bawang merah serta bawang besar hingga layu.
2.         Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.  Tumis hingga terbit bau.
3.         Kemudian masukkan cili kisar bersama pati asam jawa. Masak sehingga terbit minyak.
4.         Tambahkan  serbuk rempah kari, dan jika tumisan terlalu kering, tambahkan sedikit air.
5.         Masukkan bahagian ayam untuk digulai dan masak sehingga  kelihatan layu, seterusnya tambahkan air.
6.         Setelah ayam empuk, masukkan terung dan diikuti santan pekat.
7.         Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi dan perasakan dengan garam dan gula.
8.         Padamkan api dapur.




Bahan-bahan untuk ayam goreng kunyit:
Bahagian dada dan peha  dari seekor ayam – potong kecil-kecil
5 batang kacang panjang – potong  3 cm
1 labu bawang besar – hiris kasar
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1.         Gaul daging ayam bersama garam dank unit. Biarkan seketika.
2.         Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3.         Ambil 3 sudu besar minyak bekas gorengan ayam tadi, dan masukkan hirisan 
bawang besar.

4.         Apabila bawang telah layu, masukkan ayam goreng bersama kacang panjang. Gaul rata sehingga kacang panjang berubah warna.
5.         Padamkan api dapur.
Hidangkan gulai ayam serta ayam goreng kunyit bersama nasi putih, air lada dan juga hirisan timun.

2 ulasan: