Pagi 20 Mac 2017 bersamaan hari Isnin.
Waktu Turki : 8:00 pagi.
Waktu Malaysia : 1:00 tengahari.
Suhu tetap dingin. Namun ada tanda-tanda matahari akan bersinar.
Ya...
Turun dari bas, walaupun kesejukan tapi hari sungguh girang melihat langit biru terang dengan awan putih berarak perlahan. Di hadapan mata, hanyalah pepohon rendang yang gondol tanpa daun, namun tetap mempunyai nilainya yang tersendiri!
Kami berada di pintu masuk Troy Ancient City.
Troy Ancient City?
Teringat suatu ketika dahulu, sekitar tahun 2004 pernah menonton filem Horse of Troy yang dibintangi oleh pelakon Brad Pitt. Itu sekelumit kisah dari Kota Troy Purba! Brad Pitt yang memegang watak sebagai Archilles mati dipanah dalam Trojan War, tetapi mengikut fakta sejarah, Archilles mati sebelum Sparta memberi Trojan Horse kepada Troy. Paparan dalam filem mengisahkan Archilles mati selepas Trojan Horse berjaya dibawa masuk ke Kota Troy dan sehingga Sparta berjaya menakluk Troy.
Kenapa jalan cerita diubah dan tidak mengikut kronologi sejarah?
Ramai tidak meminati sejarah. Benar! Tiada sebarang paksaan. Namun begitu, dengan menghayati sejarah mampu menjadikan seseorang itu tambah menyayangi negaranya. Tambahan pula, dengan mempelajari sejarah, kita tentu mendapat iktibar dan pengajaran, agar apa yang berlaku pada masa silam tidak akan berulang kembali pada masa kini, terutamanya peristiwa berdarah!
Hmmm... barangkali pengarah filem hanya ingin meraih keuntungan dengan mengenepikan fakta sebenar. Brad Pitt sebagai watak utama, tidak patut mati di tengah jalan cerita! Dia watak utama. Mana boleh hero mati sebelum peleraian cerita... Kalau mati pun, kenalah hidupkan semula!
Dah...sudahlah membebel makcik oi!
Siapa nak dengar bebelan awak tu.
Jom terus jalan ke depan sambil mendengar penerangan daripada Encik Barchin. Jangan lupa tangkap mana-mana gambar yang patut.
Oh! Batu-bata. Tiang-tiang roman yang patah!
Beribu tahun yang lalu, kota ini musnah dilanda gempa bumi dan banjir besar dan dikatakan berlaku sebanyak sembilan kali! Setiap warga yang selamat akan membangunkan kembali kota di atas reruntuhan kota lama!
Jangan lupa Amie.
Awak sedang memasuki sebuah kota purba!
Kena buka semula kitab sejarah lama:
Ada pun Troy ialah sebuah kota kuno dalam kitab Iliad, sebuah epik terkenal karangan penyair Yunani kuno yang bernama Homer. Pada mulanya kota dan peradaban ini pernah dianggap sebagai mitos atau sebuah lagenda yang sengaja direka oleh Homer.
Hasil pembacaan buku Turkey: The Land of Sun and History, info dari sumber lain serta sedikit sebanyak penerangan yang diberikan oleh Encik Barchin, dapatkan Amie simpulkan begini:
Troy ialah sebuah bandar purba yang terletak 36 km arah tenggara Dardanelles dan Hisarliktepe. Sebanyak 9 tempoh tamadun telah ditemui hasil penggalian ahli arkeologi. Legenda Greek purba ada menyebut tentang perang antara orang-orang Yunani dan Trojan di Anatolia. Manakala seorang penyair purba Yunani, Homer memberitahu tentang perang dalam epiknya yang panjang iaitu Iliad.
Pada tahun 1822, seorang cendekiawan Inggeris, Charles McClaren mengatakan bahawa Troy yang dimaksudkan oleh Homerus berkemungkinan besar berada di Turki. Beliau merujuk kawasan tanah bukit yang luas yang disebut Hisarliktepe di Dardanelles, iaitu sebuah kawasan di laut sempit yang menghubungkan antara Laut Hitam dengan Laut Aegean.
Hasil penggalian dan kajian arkeologi di Troy mendapati sekurang-kurangnya terdapat sembilan bandar ditemui! Tujuh daripada bandar tersebut ialah Troy daripada Priamos. Perang Troy telah berlaku 3000 tahun yang lalu. Dipercayai terdapat sembilan lapisan Kota Troy.
Heinrich Schliemann, dari Jerman telah memulakan penggalian pada tahun 1870. Pada tahun 1873, beliau berhasil menemui sisa-sisa sebuah kota purba yang dipercayai sebahagian daripada runtuhan peradaban Troy.
Harta karun berupa barang kemas berupa emas dan perak turut ditemui di celah runtuhan kota Troy. Harta tersebut dipercayai milik Priamos, sebagaimana yang diceritakan dalam epik Illiad. Harta karun tersebut dikatakan telah diseludup keluar dari Turki, dan dibawa ke Eropah.
Wilhem Dorpfield pula telah membuktikan pada tahun 1980-an bahawa tumpukan tanah atau bukit yang tersusun di kawasan Hisaliktepe ialah sembilan lapisan sisa-sisa kota. Ini turut menjelaskan betapa tuanya usia peradaban Troy!
Jom, fahami serba sedikit tentang sejarah Kota Troy yang berlapis-lapis sebagaimana lapisan kotanya yang runtuh dan kemudian dibangun semula.
Troy 1 (3000 -2690 Sebelum Masehi) - Bandar pertama telah dibina di istana. Semasa penggalian, banyak rumah-rumah gaya megarone ditemui di halaman.
Troy II (2600-2300 Sebelum Masehi) - sebelah Selatan dikelilingi oleh kubu yang luas dan terdapat banyak rumah-rumah gaya megarone dalam halaman. Ia adalah lebih besar daripada Troy pertama.
Troy III, IV, V (2300-1900 Sebelum Masehi) - Hanya tarikh boleh ditakrifkan.
Troy VI (1900-1300 Sebelum Masehi) - Bandar ini tergolong dalam budaya kontemporari dengan budaya Hittite. Kubu bandar telah dilindungi berhati-hati tetapi ditarik ke bawah oleh gempa bumi yang dahsyat.
Troy VII-a (1300-1200 Sebelum Masehi) - Ia adalah bandar yang tergolong dalam tempoh King Priamus. Ia telah dimusnahkan semasa Perang Troy seperti yang diceritakan oleh penyair Homeros dalam bukunya, Iliada.
Troy VII-b (1200-900 Sebelum Masehi) - Bandar yang telah dibina semula dalam tempoh ini, menghadapi pencerobohan daripada Traks.
Troy VIII (900 -350 Sebelum Masehi) - Di sini kita dapat melihat kenyataan budaya penduduk purba. Troy telah mempunyai ciri-ciri bandar Greek selepas abad ke-9.
Troy IX (350 SM 400 Selepas Masehi) - Terdapat runtuhan seperti Dewi Athena dan teater.
Sumber :
Turkey - The Land of Sun and History tulisan Hüseyin ÇİMRİN
Buku ini Amie beli di Izmir Selcuk Isa Bey Mosque. Bila rujuk internet harganya TL20. Amie beli dengan harga TL40 setelah menawar dari harga asal TL50.
Wokeh!
Selebihnya, Amie belanja gambar-gambar di sekitar runtuhan Kota Troy Purba yang pernah gah suatu masa dahulu.
Nun di belakang sana, kelihatan kawasan nan menghijau. Sekali pandang seperti padang bola sepak pulak!
Kota Troy yang subur!
Menurut Encik Barchin, ini merupakan serpihan pintu gerbang Kota Troy.
Ukiran di atas serpihan batu.
Entah berapa kilometer kami melewati runtuhan Kota Troy Purba ini!
Proses carigali ahli arkeologi mungkin masih dijalankan.
Binaan tangga dan jambatan kayu memudahkan pengunjung melalui kawasan ini.
Antara artifak dan bahan tinggalan yang ditemui.
Kami tidak dibenarkan memasuki kawasan yang direntangi dengan tali.
Seronoknya dapat cahaya matahari pagi!
Tapi sebenarnya sejuk! Anjing-anjing di belakang itu mengekori kami. Mungkin anjing yang dilatih khas untuk menjaga kawasan tersebut. Melalui pemerhatian Amie, anjing ini akan datang mendekati sesiapa yang berada hampir dengan tali yang direntang.
Homer.. Homerus!
Dia seorang penyair Yunani Kuno yang buta!
Sumber : Google
Terkenal dengan karya abadinya iaitu Iliad dan Odyssey, sekitar abad ke 8 atau 7 Sebelum Masehi. Iliad dan Odyssey disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi dan setelah berabad lamanya, barulah ada usaha untuk mengabadikannya dalam bentuk tulisan. Odyssey merupakan kisah kepulangan Odysseus dari Troy.
Sumber : Google
Dalam Iliad pula, Homer mengisahkan satu episod dalam peperangan menentang Troy iaitu The Warth of Achilles. Peperangan bermula apabila pemimpin Yunani bernama Agamemnon merampas kekasih Achilles, Briseis. Di satu pihak lagi, hero Trojan, Hector seorang lelaki yang sangat menyayangi isterinya Andromache dan anaknya Astynax telah membunuh Patroclus iaitu kawan Achilles. Achilles yang telah berundur dari medan perang bangkit semula menuntut bela di atas kematian kawannya. Dalam erti kata bahasa yang tersirat, sebenarnya karya ini mengungkapkan mengenai kehidupan rakyat, keagungan perang dan penderitaan yang dialami oleh rakyat dalam peperangan.
Jadi....
Cerita lisan yang disampaikan oleh Homer dari satu generasi ke satu generasi ternyata bukanlah cerita rekaan semata-mata... betul tak? Penyair bukanlah sejenis manusia yang tidak berpijak di bumi mata, dan hanya berbicara tentang bulan dan bintang, tetapi penyair turut menyumbang sebagai perakam peristiwa sejarah dalam bahasa dan penyampaiannya yang tersendiri!
Jadi....
Cerita lisan yang disampaikan oleh Homer dari satu generasi ke satu generasi ternyata bukanlah cerita rekaan semata-mata... betul tak? Penyair bukanlah sejenis manusia yang tidak berpijak di bumi mata, dan hanya berbicara tentang bulan dan bintang, tetapi penyair turut menyumbang sebagai perakam peristiwa sejarah dalam bahasa dan penyampaiannya yang tersendiri!
Yuhuuuuu...
Hari ini dapat tambah ilmu sejarah Kota Troy Purba!
Cerita Kota Troy Purba berakhir di sini.
Jom kita lihat replika Trojan Horse setinggi 8 meter yang diperbuat daripada kayu.
Replika ini terletak di sebelah kanan pintu masuk Kota Troy Purba.
Paip air yang terukir cantik.
Sebelum naik bas, singgah dulu di tandas. Percuma. Tak perlu bayar.
Dah keluar tandas, singgah lagi di sini sebab Hayati masih bercerita dengan Encik Barchin.
Rasanya bas belum nak bergerak.
Wah!
Tiga gadis purba masuk dalam Trojan Horse!
Tiga orang kuat sedang menunggu :
Kanan : Tour Guide : Encik Barchin
Tengah : Tour Leader : Puan Atie
Kiri : Pemandu Bas : Hayati
Jom..jommm!
Cepat! Cepat.....!
Kenapa perut asyik rasa lapar?
Sebab suhu yang sejuk.
Sebab banyak berjalan dan keluarkan tenaga!
Sib baik Salawati panjang akalnya.... Epal yang dihidang di hotel kan sebiji-sebiji! Rupanya dia menapau hihihiiii! Dikeluarkannya epal dalam beg sandang.
Sebiji epal untuk Amie dan sebiji epal untuknya. Terima kasih Salawati.
Bas terus meluncur menuju ke destinasi seterusnya meninggalkan runtuhan Kota Troy Purba yang menyimpan seribu satu kisah dan misteri berabad lamanya! Barangkali masih banyak kisah yang masih belum terungkai di bawah timbunan kota sembilan lapisnya itu!
Entri berkaitan kembara ke Turki:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan