Pages

Isnin, 17 April 2017

Turki (35) : Buhara 93 Restaurant

Kami akan makan tengahari di  sini, Buhara 93 Restaurant.

Restoran ini penuh sesak dengan pelanggan. Rata-ratanya terdiri dari para pelancong pelbagai negara. Bagaimana pun, segalanya berjalan lancar kerana tempat makan memang sudah disediakan untuk kami di tingkat atas restoran.

Hidangn yang disediakan kelihatan sangat menarik dengan pilihan pelbagai warna salad dan sayuran.


Seperti biasa, tidak perlu menunggu lama untuk menunggu hidangan. 
Belum sempat menyambung cerita, kami disorongkan dengan roti dan sup!
 Daun yang Amie cukup suka ala-ala rasa daun pegaga pun ada dalam hidangan!

 Nampaknya kami sudah mula menyukai roti celup sup!
Tanpa membuang masa, kami pun mula mencarik roti.

 Tapi, entahlah....
Mungkin seleranya belum tiba, atau perut belum terasa lapar!

Jom makan! Lepas ini kita nak naik feri menyusuri Selat Bosphorus sebelum berangkat ke lapangan terbang!

Ambil dulu gambar wajah Salawati buat kenangan! Ketika ini hati masih membara. Peristiwa kena perdaya di Grand Bazaar masih panas di jiwa!

 Salawati macam tak ada selera nak makan tengahari itu!

Sebenarnya bukan Salawati seorang yang hilang selera, Amie yang sebelum ini 'mesti melicinkan' sup dan nasi pun dalam keadaan sama! Bukan banyak nasi yang dihidangkan, tapi barangkali hati masih terusik oleh peristiwa coklat itu!

Atie nampak cool jew sewaktu peristiwa di Grand Bazaar tadi. Elok jew terus mencelah menyelesaikan masalah daripada terus kecoh.
Kata Atie : Nampk je cool Kak Mie. Dalam hati pecah juga  'aku pun kene main dengan penjual kat Grand Bazaar'
Kalau Atie tak 'tampil' ke depan masa tu entah apa jadinya ye .....
Sebenanya takut tengok muka salesman tu bila kita terkejut dengar harga barang-barang tu. Dari gentleman terus berubah garang jadi macam beast. Tukang kira tu pun tarik muka masam. Jadi pura-pura buat cool huhuhuhu.
Oh! Begitu!
Terima kasih banyak Atie sebab tidak membiarkan perkara itu jadi perbalahan yang berlanjutan. Terima kasih sebab gunakan USD yang banyak untuk 'bayarkan' coklat kami! Kalau ikutkan hati yang 'berani' memang tak mahu 'bayar' coklat tu, tapi entahlah.... dah nak jadi cerita. Beginilah jadinya.

 Jom ambil gambar sementara menunggu Hayati tiba bersama bas yang dipandu.


Inilah muka masih 'mengkal' di antara tiga orang yang 'terkena' tu. Huurrmmmm.... Salawati, selama di sini kita cukup berhati-hati. Kita seringkali mengingati pengajaran di sebalik cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Kita pun saling mengingatkan tentang teh epal panas yang dihidangkan. Dalam kita berhati-hati, akhirnya kita tak terlepas dari perangkap muslihat mereka. Amie pun dapat rasakan betapa sakitnya hati dan terkilannya rasa Salawati. Bayangkan wang yang dibawa selama dalam perjalanan, tiba-tiba lebih daripada separuh jumlahnya digunakan untuk membayar harga yang tidak sepatutnya!

Agak lama juga kami menunggu bas tiba. Kenderaan penuh sesak, dan kami menunggu di satu simpang. Ketika itu masih lagi kami menggeleng kepala! Sesungguhnya agak sukar juga untuk melupakan perstiwa itu walaupun tidaklah sebesar mana, tapi kesannya cukup mendalam!

 Oh! Macet!

 Sempat lagi Amie tangkap gambar buah delima dalam kedai!

 Akhirnya bas pun tiba! Perjalanan diteruskan menuju ke jeti.

Salawati:
Mari kita berlapang dada buat seketika.
Pertemuan di antara kita adalah suatu rezeki dari Allah setelah berbelas tahun kita tidak bertemu. Kita tidak pernah menyangka akan dapat bertemu kembali, melepaskan rindu dan mengenang kembali kisah lalu sewaktu di SMKSLD.
Alhamdulillah, penerbangan kita selamat sampai ke Istanbul tepat pada masanya.
Kita teruja, kita sangat gembira mendapat pengalaman baru di bumi Turki. Melihat segala runtuhan kota lama, mengenangkan kegigihan orang-orang terdahulu membina tamadun bangsa dan melihat keajaiban pergunungan kapas di Pamukkale.
Perkara pertama yang kita bincangkan sewaktu ura-ura untuk ke Turki sudah tentunya inginkan pengalaman naik belon panas. Alhamdulillah. Seribu syukur kita telah berjaya naik dan turun dengan selamat. Dan kita tidak mengeluh sejumlah USD200 digunakan untuk bayaran Hot Air Balloon sebab memang kita berhasrat untuk menaikinya dan Allah telah mengizinkannya.
Salawati,
Walaupun makanan yang dihidangkan berbeza dengan makanan yang selalu kita nikmati di negara sendiri, syukurlah perut kita masih boleh menerima sebab banyak pilihan yang boleh dicuba dan kita tidak pernah mendapat sebarang penyakit disebabkan makanan yang kita makan sepanjang berada di sini.
Salawati,
Perjalanan kita sentiasa lancar tanpa sebarang masalah. Hayati memandu penuh berhemah, tidak pernah melebihi 100km sejam dari hari pertama kita tiba sehinggalah ke hari terakhir kita berada di bumi Turki.
Encik Barchin mengurus kita dengan cukup baik. Segala keperluan dan kebajikan kita sentiasa dijaga. Kita tidak pernah meninggalkan solat walaupun sepanjang hari sibuk dengan urusan pengembaraan.
Kita ada Atie, tour leader yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk ahli rombongan. Walaupun pada mulanya, Grand Bazaar tidak tersenarai dalam rangka lawatan, tapi di saat akhir Atie berjaya juga mengubah 'jadual' agar kita mendapat pengalaman berbelanja di Grand Bazaar.
Salawati,
Banyaknya perkara-perkara baik dan menggembirakan yang kita lalui selama di sini. Tentu kita rasa sangat seronok dan tak sabar untuk melihat semula gambar-gambar kenangan satu demi satu yang kita ambil berlatarbelakang bumi Turki ini.
Salawati......
Sebagai manusia biasa, rasanya memang normal kalau kita ada rasa marah kepada pekedai itu!
Salawati......
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, tapi yang bathil itu daripada hamba-Nya itu sendiri!

Apa pun Salawati, jasamu tetap dikenang kerana berjaya memujuk daku untuk ubah fikiran ikut rombongan ke Turki, walaupun pada mulanya sudah merancang untuk ke London bersama Lucinda! In shaa Allah, setiap apa yang berlaku sudah pasti ada hikmah di sebaliknya. Hari ini memang kita sangat marah....ya! Memang marah! Tapi lihatlah musim bunga di sini. Sekarang bunga-bunga sedang mula berkembang, pokok-pokok mula mengeluarkan tunas. Kemudian seluruh daerah akan cantik berseri dengan bunga pelbagai warna menghiasi setiap sudut. Namun, bila tiba musim seterusnya keindahan itu akan mula menghilang.
Bas sudah berhenti di jeti.
Salawati, mari kita turun ke bawah untuk naik feri.

Entri berkaitan kembara ke Turki:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan