Pages

Ahad, 16 April 2017

Turki (33) : Perjalanan dari Bolu ke Istanbul

Catatan:
25 Mac 2017 bersamaan pada hari Jumaat.
Pukul 9.42 pagi waktu Turki dan pukul2.42 petang waktu di negara kita.
Suhu 9 ' Celcius.

Ketika bas yang kami naiki mula mencecah Jambatan Bhosporus, Encik Barchin yang sedang menerangkan tentang sejarah Turki yang terbahagi kepada dua benua terus mengumumkan:
Ladies and gentlemen!
Welcome to Europe!

Gambar diambil dari dalam bas. Ketika itu juga Encik Barchin memberitahu supaya kami bersedia dengan keadaan lalu lintas yang sesak. Katanya kenderaan akan beratur panjang sejauh 5 kilometer pada setiap hari. Salah satunya disebabkan pada setiap hari penduduk yang tinggal di tanah Asia akan keluar bekerja di tanah Eropah!

Gambar di ambil sewaktu kami berada di dalam feri (sebelah petang) ketika menyusuri Selat Bhosporus)

Selat Bosphorus juga dikenali dengan nama Selat Istanbul, yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah  (Thrace) dengan bahagian Asia (Anatolia) serta menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Jambatan Bosphorus pula yang memiliki kepanjangan sejauh 1,074 meter menjadi alat perhubungan kedua-dua benua ini.


 Keadaan lalu lintas di Istanbul, kota yang menempatkan lebih 15 juta penduduk!

 Dari kejauhan, terlihat bunga-bunga berwarna-warni menghiasi jalanan.

Beberapa hari sebelum ini, Encik Barchin memberitahu kami akan cuba membawa kami ke suatu tempat terdapatnya bunga tulip yang sedang berkembang. Namun begitu, dalam keadaan sebegini, dan terpaksa mengejar waktu, rasanya hasrat tersebut tidak akan terlaksana!

 Menyedari kemungkinan itu, ambil sajalah gambar dari dalam bas walaupun tidak berapa jelas!

Seperti Cappadocia, tempoh yang singkat tidak memungkinkan kita daat menjelajah ke seluruh tempat di kota ini!

Melihat segala kesesakan yang berlaku di hadapan mata, di hati berkata: Lain kali kalau berkesempatan datang lagi, eloklah berada di sini untuk beberapa hari!

 Kelihatan kubah masjid, tapi tak tahu apa nama masjid tersebut!

Walaupun agak terlindung oleh kabus, tapi dapat juga rakam gambar masjid ini. Tak berani nak kata apa nama masjid ini.



Ketika bas terhenti-henti kerana kesesakan lalu lintas, sempat tembak bunga tulip yang sebahagiannya sedang berkembang!

Ketika ini, hati yang nakal membisikkan: Eoklah traffic jam lama-lama. Walaupun tak dapat ambil gambar bunga tulip di taman, dapat tembak dari sini pun cukuplah!

 Tapi bas tetap bergerak juga walaupun sangat perlahan!



 Bas berhenti berhampiran masjid ini, dan kami meneruskan perjalanan untuk ke Grand Bazaar.



Tak tahu nak ambil dari sudut mana sebabtak pasti mana hadapan mana belakang masjid! Kalau tak tangkap gambar cepat-cepat, takut tertinggal dari kumpulan!

 Masjid ini letaknya berhampiran dengan pintu masuk Grand Bazaar.



Seperti biasa, Encik Barchin tetap menjaga kebajikan kami dengan menunjukkan tandas yang terdapat di sebelah masjid. TL1.

Arahan diberikan.
Masa yang diperuntukkan berada di Grand Bazaar hanyalah sekitar 1 jam sahaja!

 Jom...

Ingat pesanan Encik Barchin:
Masuk ikut pintu gerbang ini. Ini pintu pertama dan ada 22 pintu gerbang di sini!
Di dalamnya terdapat 60 lorong dan lebih 4000 buah kedai.
Keluar pun mesti ikut pintu ini dan berkumpul di tempat tadi (sebelah masjid).

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan