Alangkah gembiranya hati bila bas yang dipandu oleh Hayati berhenti di hadapan Restoran Tamara.
Rasa seperti masuk syurga bila dihidangkan makanan begini! Dalam suhu dingin dan perut lapar, memang bersyukur sangat. Alhamdulillah! Walaupun sebenarnya menu pembuka selera di bawah ini....hiks! Perut orang kitalah katakan! Mesti nak jamah nasi kih kih kih! Bismillah!
Menu pembuka sudah tentunya hidangan sup, bersama roti dan salad. Tapi bila nampak nasi, terus tolak dulu roti dan sup ke tepi....hihihiii!
Amie pun tak study habis tentang masakan Turki. Apa yang boleh Amie tuliskan di sini, sup yang dihidangkan rasa labu. Ada yang kata sup lentil. Nasinya pula ada rasa lemak-lemak mentega dan lauk ayam berkeping tanpa kulit itu ada rasa asap. Sedap dan menyelerakan!
Pencuci mulutnya pula, hirisan limau yang segar dan manis rasanya!
Selesai makan tengahari, terus turun untuk naik bas dan sambung perjalanan. Di hadapan restoran ada beberapa pasu panjang, dan kelihatan bunga tulip ungu sedang mula berkembang! Inilah kuntum tulip pertama yang Amie lihat pada hari pertama di Istanbul!
Kalau berminat untuk minum jus delima, jangan lupa order sekali sewaktu makan di sini. Amie tak minum jus delima ke? Belum lagi...belum sampai masanya...hiks! Ingat-ingat perut tu.
Kami tinggalkan Restoran Tamara.
Perjalanan diteruskan untuk ke Canakkale. Barulah terasa betapa panjangnya perjalanan ini.....
Jarak antara Istanbul ke Canakkale kira-kira 311 km, dan perjalanan biasanya mengambil masa lebih 4 jam! Kami perlu menyeberangi Selat Bosphorus dengan menaiki feri.
Hayati menghentikan bas di sini.
Ketika itu hujan turun tetapi matahari bersinar. Suhu tetap sejuk!
Untuk masuk ke tandas, perlu bayar TL1. Syukurlah, ada masjid berhampiran untuk kami tunaikan solat. Kebetulan ada tempat ambil air sembahyang. Jadi tidak perlu ambil air sembahyang dalam tandas.
Kena bergerak ke arah sebelah kiri dan mendaki anak tangga untuk sampai ke masjid. Terasa seperti ais batu menyelumuri wajah ketika mengambil wudhu'!
Perjalanan diteruskan melewati ladang dan bukit bukau. Oleh kerana Amie duduk di barisan paling hadapan, Amie dapat melihat Hayati hanya memandu dengan kelajuan maksimum 100km sahaja walaupun jalan lengang dan lurus! Alhamdulillah! Walaupun tidak dapat berbicara dengan Hayati kerana beliau hanya bertutur dalam bahasa Turki, tapi kita tahu Hayati patuh arahan majikan dengan mengutamakan keselamatan ahli rombongan!
Gambar diambil dari dalam bas.
Kata Encik Barchin, tanah Turki sangat subur dan kaya dengan pelbagai jenis tanaman. Tak tahu apa tanaman yang hijau bagai padang rumput terhampar luas saujana mata memandang! Nak kata padang ragut, tak nampak pula kambing biri-biri atau lembu di situ. Lain kali kenalah ambil perhatian sewaktu Encik Barchin berikan penerangan ye Amie.
Amie pun tak pasti entah jarak berapa waktu setiap kali bas berhenti. Maklumlah, sekejap terlelap sekejap terjaga! Kali ini bas berhenti di sebuah pusat membeli-belah di Troia Agora.
Amie tidak merakam sebarang gambar di dalamnya. Banyak barangan cenderahati dijual di sini, termasuk selendang, alas meja, pakaian, apple tea, fridge magnet, key chain dan sebagainya.
Apa yang menarik perhatian Amie setiap kali bas berhenti berhampiran stesyen minyak, kawasan tersebut kelihatan bersih dan lapang!
Sementara menunggu rakan-rakan yang lain membeli barang, Amie cuba merakam gambar pokok di luar berhampiran bas. Pokok inilah yang Amie selalu lihat di kiri kanan jalan! Cantik!
Sayangnya sewaktu Amie ingin fokus, angin sentiasa bertiup kencang!
Bas tiba di jeti pada pukul 5.52 petang dan terus berbaris untuk masuk ke feri. Tepat pukul 6 petang feri bergerak merentas Selat Bosphorus dan dijangka sampai ke seberang pada pukul 6.30 petang.
Feri bergerak perlahan meninggalkan Tanah Eropah menuju ke Tanah Asia. Lihatlah warna air laut yang membiru...itu tanda dalamnya Selat Bosphorus! He he heee... Amie hanya buat perbandingan warna laut hijau menunjukkan cetek, manakala air laut warna biru gelap menunjukkan kedalamannya!
Sesungguhnya suhu ketika ini tersangatlah sejuk! Tiupan angin kencang seakan-akan membuat tubuh menjadi condong..... tak seimbang kerana teroleng-oleng di atas feri!
Takut tu... baju dan tudung nanti tercabut ditiup angin...hiks!
Nak buat gaya hero dan heroin filem Titanic tapi tak jadi nak kembangkan tangan!
Hanya Salawati, Atie dan Amie jew yang tahu kenapa tak jadi buat gaya tu...hihihiii!
Teringat pesan Ummi Ross... jangan lupa minum cay!
Jom kita cari cay di restoran.
Kami order dua gelas cay.
1 gelas berharga TL2.
Cay ialah sejenis minuman teh Turki.
Cay dihidang panas dalam gelas di alas piring kecil.
Mulanya tertanya-tanya dalam hati : Tak pecah ke gelas diisi cay panas?
Pakcik Turki di sebelah Amie itu Amie tegur dengan ucapan Assalamualaikum.
Dijawabnya dengan ramah dan terus bercakap dalam bahasa Turki. Amie pun angguk-angguk sajalah.
Jom minum cay panas!
Mesti sedap ni...dahlah suhu sangat sejuk!
Salawati minum cay terlebih dahulu.
Kenapa pahit? Katanya.
Oh. Ye ke?
Kami pun tertoleh-toleh ke sebelah melihat dua orang pakcik Turki yang hanya tahu berbahasa Turki. Melihat riak muka kami yang agaknya berkerut-kerut, mereka tertawa. Dengan menggunakan bahasa isyarat, fahamlah kami teh itu kosong tanpa gula! Kalau nak rasa manis, boleh ambil gula di kaunter! Amie pun bergerak ke kaunter mengambil dua kiub gula. Sebiji untuk Salawati dan sebiji untuk Amie. Masih juga terasa kelat. Salawati pula bangun menuju ke kaunter dan ambil dua biji lagi.
Alhamdulillah....
Dengan dua kiub gula masuk ke dalam segelas cay, barulah terasa enaknya!
Kami minum sedikit demi sedikit.
Nanti kita beli cay (Teh Turki) bawa balik ye Tie...
Tepat pukul 6.30 petang, feri berlabuh di Tanah Asia. Hayati terus memandu selama 45 minit lagi untuk sampai ke tempat penginapan kami di Canakkale. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan jalan kelihatan ranting pohon gondol dan di sebelah dalamnya pula kelihatan pohon-pohon berbunga putih dan merah jambu yang sangat cantik!
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Cantiknya gambar2 akak....
BalasPadamAkak guna kamera apa?
DSLR Nikon 5100 dik.
BalasPadamKenangan di Turki. Bila di sana teringat masakan Malaysia. Bila dah balik dan tatapi gambar2 hidangan Turki yang enak,maka terasa 'miss' pula. Itulah hakikat kehidupan. Good work Pn Salami.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamEn. Ibrahim,
BalasPadamTerima kasih.
Pokok pinkntu cherry blossom. Di uk tahun ni berbunga awal ..di bulan february dah berbunga. Selalunya end of april to may.
BalasPadamAnyway jepun pun berbunga waktu yg sama.. so turkey pon berbunga pada waktu yg sama lebih kurang..