Pages

Jumaat, 14 April 2017

Turki (29) : Ayrancı Dinlenme Tesisleri

Lebih kurang pukul 1.45 petang bas berhenti di sebuah tempat rehat di Kulu, iaitu Ayrancı Dinlenme Tesisleri. 

 Perut pun bukan main berkeroncong!


Dan tidak perlu menunggu lama, makanan pun mula dihidangkan. Inilah perkara yang paling kami suka bila berada di sini sepanjang pengembaraan kami. Nampak sungguh para pekerja restoran di mana-mana sahaja tempat yang kami singgahi, begitu komited dengan tugas mereka. Apa yang penting, makan yang terhidang sudah sepertinya sentiasa segar dari ladang dan panas dari oven!


Hidangan wajib ada sudah semestinya salad dan sayur-sayuran!

Ini dia lauk panas dari dapur! Tak tahu ayam masak apa, tapi cukup menyelerakan dengan aroma dan asap, menunjukkan baru diangkat dari dapur!

Seperti kebiasaannya, jamahan pertama sudah semestinya dimulakan dengan roti celup dalam sup!

Nasi! Alhamdulillah ada nasi. Hidangan nasi tidak dalam kuantiti yang banyak. Memadai dengan sepiring kecil sahaja dalam hidangan!

Dan sudah semestinya ada buah segar! Limau yang sungguh manis isinya!
Ketika sedang menikmati hidangan, datang seseorang membawa kotak hijau yang cantik berisi coklat. Amie cuba kepingan kecil, coklat dengan campuran kekacang dan rasanya sungguh enak! Jadi, kami pun berjanji, sebaik sahaja keluar dari tempat makan ini, kami akan beli coklat tersebut sebagai oleh-oleh!

 Keadaan di bahagian luar, self service.

Semasa rakan yang lain menuju ke tandas, tanpa membuang masa Amie meninjau kawasan sekitar dan terpandang kotak coklat yang dilihat semasa makan tadi!

Sekotak coklat dengan berat 160gram isi berharga TL25. Tetapi kalau kita beli 4 kotak dengan harga TL100, akan dapat sekotak lagi. Bermakna dengan harga TL100, boleh dapat 5 kotak!

 Dengan rasa seronok Amie pun terus beli 5 kotak dengan harga TL100!

Kemudian Amie pun beli teh epal serta teh delima. Walaupun harganya mahal sedikit (TL10) berbanding harga di Troia Agora (TL6), Amie beli juga memandangkan esok kami mungkin tidak sempat ke Grand Bazaar sewaktu berada di Istanbul! (Bagaimana pun Atie cuba berbincang dengan Encik Barchin agar memperuntukkan sedikit masa singgah di Grand Bazaar). Daripada mengharap sesuatu yang belum pasti, eloklah Amie berbelanja sedikit di sini. Sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan wang TL yang ada, daripada tidak membeli apa-apa! Amie beli tiga bungkus teh epal dan tiga bungkus teh delima.
Tuan kedai yang peramah memberikan Amie sebuah fridge magnet belon panas secara percuma.
Oh! Lama juga kawan-kawan pergi ke tandas!
Jadi Amie pun ambil gambar di sekitar sementara menunggu mereka datang.







Tiba-tiba mereka muncul dari arah sini. Amie tanya, dah beli coklat ke belum?
Kami dah beli, kata Salawati.
4 kotak TL75, Kami kongsi beli dengan Atie dan Dayah.
Eh! Aku pun dah beli juga. Korang beli di mana?
Kami beli di sini.
Laaa.... lain tempat rupanya! Aku beli di sana.
Dapat berapa harga?
Sekotak TL25 tapi beli 4 kotak dapat tambah sekotak lagi. Jadi 5 kotak TL100!
Oh! Mahalnya.
Ye ke?
Jadi... korang beli satu kotak harga TL18.75, aku beli sekotak TL20? Alaaa.... tak apalah, dah terbeli. Harga pun tak jauh beza.

Jom naik bas. Kita nak bergerak menuju Ankara, ke Anıtkabir (memorial tomb), Mausoleum of Mustafa Kemal Atatürk.


Entri berkaitan kembara ke Turki:

1 ulasan:

  1. Bstnya baca pengalaman Amie kat Turki....bila tgk gambar2 yg cantik2 tu...terasa plk diri kat sana..hehe

    BalasPadam