Pages

Khamis, 13 April 2017

Turki (26) : Uchisar Castle & Pasabag Valley

Cappadocia bermaksud 'the land of beautiful horses'. Banyak sumber yang menyebut semasa pemerintahan King Dareios (Parsi), wilayah ini dinamakan sebagai Katpatuka yang juga membawa maksud yang sama "The Land of Beautiful Horses.
Sebagaimana ia terbentang saujana mata memandang, begitulah juga dengan perjalanan sejarahnya yang sangat panjang! Pada zaman Herodotus, wilayah Cappadocia dikatakan meliputi seluruh Pergunungan Taurus hingga ke wilayah Euxine (Laut Hitam), dengan batas sempadan di bahagian selatan banjaran pergunungan Taurus yang memisahkannya dari wilayah Kilikia. Bahagian sempadan sebelah timurnya pula di hulu Sungai Efrat dan Dataran Tinggi Armenia, sempadan utaranya di Pontus. Sempadan baratnya di Likaonia manakala sempadan bahagian timurnya di Galatia.
Apabila kita berada di Cappadocia, tempat-tempat yang sudah semestinya kita jejaki selain Nevsehir, sudah tentulah banyak masa dihabiskan dengan melawat sekitar Goreme, Uchisar dan Urgup! Jika anda memilih untuk menginap di Goreme, sudah pastilah puas menjelajah di sekitar Open Air Museum! Tentu tidak puas-puas memandang fairy Chimneys atau rumah bentuk ceronong seperti dalam cerita dongeng! Kami menginap di Nevsehir selama dua malam!
Cappadocia!
Seunik namanya, begitulah keanehan dan keajaiban serta misterinya! Pelbagai tinggalan sejarah terkumpul di sini dan ia sememangnya sangat kaya dengan warisan budaya Anatolia dan Turki!
Jadi, untuk pencinta sejarah dan budaya , jangan lepaskan peluang melawat tempat-tempat seperti yang Amie senaraikan di bawah ini untuk menambah ilmu pengetahuan:
i.   Rock Churches of Cappadocia (Open Air Museum of Goreme)
ii.  El Nazar Church
     Cavusin and Nichephoros Phocas Church
iii. Pasabag
iv.  Zelve
v:  Denbent
vi: Urgup
vii : Mustafapasa (Sinassos)
viii: Ortahisar
ix: Uchisar
x: The Ihlara Canyon
xi : Underground City
Xii : The Silk Road (Caravanserais)
..... dan banyak lagi!

Kami berkesempatan melihat-lihat di sekita bandar kecil Uchisar. Terdapat sebuah istana yang terleak di puncak paling tinggi. Kerajaan Rom, Averil, Selcuks dan Uthmaniyyah memanfaatkan ketinggian di kawasan Uchisar ini untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan.

Walaupun kelihatan sunyi dan sepi, sebenarnya kawasan ini masih dihuni oleh manusia dengan cara hidup yang lebih moden! Sekali pandang, bentuknya tidak ubah seperti sarang burung merpati dan sebab itulah kawasan ini mendapat jolokan Pigeon Village! Kedudukannya kelihatan bertingkat-tingkat tetapi keadaan di dalamnya sama seperti rumah biasa!








Hasil kraftangan penduduk Turki yang sungguh berseni!

Sempat menyambar sehelai alas meja buatan tangan. TL40.









Kini kami berada di Pasabag Valley, iaitu satu kawasan yang pelik dengan bentuk batuan yang luar biasa anehnya! Suhu di sini agak panas dan tekak pun mula terasa kering! Dahulu, Pasabag Valley dikenali dengan nama The Monks Valley.















Ada pelbagai bentuk fairy chimneys di sini. 
Di Pasabag Valley ini juga terdapatnya tempat pertapaan dan Gereja Simon (St. Simeon). Tempat pertapaan tersebut dikatakan terletak di dalam fairy chimneys kepala tiga. 










Tertonggek-tonggeklah juga kami mendaki Pasabag Valley ini dalam cuaca panas!



Syukurlah ada penjual aiskrim di sini! Bolehlah beli untuk kurangkan haus di tekak!

Seperti biasa, penjual aiskrim mesti mempermainkan pembeli terlebih dahulu sebelum aiskrim bertukar tangan sehingga Amie terlihat seorang kanak-kanak menangis kerna tidak sanggup diusik sedemikian rupa!

Aiskrim (Dondurma) mempunyai tekstur dan rasa yang unik tapi sangat sedap! Ia diperbuat daripada tepung bunga orkid, dan mempunyai rasa yang kenyal hasil campuran getah dari pokok mastic. Aiskrim ini tidak mudah cair, dan itu sebabnya ditonggang terbalikkan oleh penjual dengan menggunakan tongkat (pedang) aiskrim itu tetap melekat di hujungnya!

Enak banget! Aiskrim kacang pistachio!


Hmmm..bila sudah leka makan aiskrim, kaki pun malas untuk melangkah ke bahagian atas. Akhirnya lepas sajalah di situ menunggu masa untuk turun ke bawah!



Ada pengantin!
Lupa pula nak tanya Encik Barchin, adakah pasangan pengantin (memilih pasangan) ini berkahwin ikut amalam tradisi. Mengikut tradisi Cappadocia, pengantin perempuan mesti pandai menenun permaidani, manakala pengantin lelaki pula mesti pandai membuat tembikar! Itulah yang Amie dengar, sekurang-kurangnya dengan memiliki kemahiran tyersebut ia menjadi jaminan untuk kehidupan selepas berumahtangga!










Hayati memandu bas, meninggalkan Pasabag Valley yang letaknya di sebelah kanan jalan Goreme -  Avanos.

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan