Pages

Rabu, 12 April 2017

Turki (24) : Carpet Centre & Sekitar Göreme

Kata Encik Barchin, setiap wanita di Cappadocia (mengikut cara hidup tradisi) mesti memiliki kemahiran menenun permaidani sebagai hantaran perkahwinan. Owwhhh! Hantaran perkahwinan untuk lelaki?
Jom kita masuk ke carpet centre untuk melihat apa keistimewaan karpet / permadani Cappadocia sehingga setiap wanit perlu mempelajari cara pembuatannya.

Antara permaidani kecil yang dibingkaikan.
Dalam hati terdetik : Kalau harganya dalam lingkungan ratus lira, mungkin boleh dipertimbangkan untuk membelinya, memandangkan terlihat betapa tinggi nilai seni dan kehalusannya!

Salah satu hasil seni tenunan karpet (permaidani) dengan menggunakan tangan sepenuhnya! Karpet sekecil ini mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkannya! Harganya? Huh! Geleng kepala....hiks!

Imbas kembali,  perjalanan dari rumah gua batu membawa kami ke Carpet Centre di Goreme.

Oh! Yaa... biasanya Encik Barchin akan beritahu kami sekiranya perlu membayar untuk memasuki tandas. Syukurlah, setakat ini kami tidak perlu mengeluarkan banyak lira, sebab setiap tempat persinggahan memang mempunyai tandas percuma. Bukan setakat percuma, tetapi bersh dan cantik selain luas!

Maklum sahajalah, bila suhu sejuk memang ada yang tidak tertahan untuk qada' hajat. Tandas ini terletak di laluan masuk tempat menenun karpet.

 Alat kelengkapan untuk kerja-kerja menenun.

 Agak-agaknya sudah berapa lama karpet ini ditenun?

Melihat hasil kerja tangan yang cermat dan teliti ini, memang benarlah peribahasa yang mengatakan 'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain'.



 Di kiri kanan tandas pun ada permaidani!



 Antara benang pelbagai warna yang digunakan. Ada benang kapas dan ada benang sutera.


 Cekap betul Puan Turki ini menenun!




Nampak macam ringkas tapi cuba perhatikan motif dan juga warna benang yang digunakan! Rumitnya!





Kami diberi penerangan tentang bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan permaidani.



Setelah melihat sendiri proses menenun permaidani, barulah Amie memahami dan mengakui permaidani Turki merupakan antara permaidani yang berkualiti. Selain pembuatannya yang memerlukan ketelitian dan ketekunan yang sangat tinggi, cara simpulan dan mematikan simpulan benang memang menunjukkan permaidani yang dihasilkan sangat kukuh dan tidak longgar atau mudah tercabut (benang)!

Kemudian kami di bawa ke sebuah bilik khas untuk penerangan lebih lanjut. Bagaimana pun kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar!
Mata terpegun melihat pelbagai hasil tenunan yang tersangkut di dinding! Itu belum lagi sewaktu melangkah ke dalam sebuah bilik yang menempatkan pelbagai jenis permaidani dengan pelbagai warna dan ukuran.
Kami dihidangkan dengan minuman teh epal. He he hee...... Salawti ....! Teh epal! Ingat Haket Kulit Kijang dari Istanbul!
Sambil menikmati teh epal kami melihat para pekerja membentangkan pelbagai jenis permaidani. 
Adeeeehhhh!
Harga TL10,000.
Harga TL21,000.
Harga.......!
Bila agaknya boleh keluar dari sini?
Sehelai permaidani kecil yang ditanya, 15 hingga 20 helai permaidani pelbagai bentuk dan corak dibentang! Memang semuanya cantik! Semuanya menarik! Warnanya pun cukup memikat mata!
Tapi apakan daya, permaidani kecil yang pada mulanya Amie sangka hanya ratusan lira rupa-rupanya berharga TL12,000!
Jom...cepat-cepat cari pintu keluar!
 Alhamdulillah, dapat loloskan diri ikut pintu belakang dengan masuk ke dalam bilik air dahulu...kih kih kihhhh!


 Nampaknya sebahagian kawan-kawan yang lain sudah menunggu di sini.


Ternampak barangan penjagaan diri daripada minyak zaitun, rembat sahajalah mana yang sempat!

Sudah merembat 2 botol losyen dan 4 botol minyak zaitun, rupa-rupanya harga di sini lebih mahal berbanding di tempat lain...hu huhuuuuu!

 Hohoooo... orang tamak memang tak selalu untung! Orang tamak adakalanya rugi sikit!


Ketika bas meninggalkan kilang permaidani, kami menjamu mata sekali lagi dengan melihat pemandangan dunia asing.... rumah dalam batu di sekitar Goreme!


 Semua gambar pemandangan ini Amie ambil dari dalam bas.

Syukur Alhamdulillah! Semoga pengembaraan kami ini merupakan pengembaraan yang diberkati, dengan niat untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Sungguh besar kekuasaan-Mu yang Allah!
Sesungguhnya setiap apa yang Kau jadikan, sememangnya untuk hamba-Mu memikirkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat!

Bas terus meluncur menuruni jalan berbukit menuju ke restoran untuk kami makan tengahari.

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan