Jujur Amie katakan, selama ini tidak pernah terfikir atau bermimpi untuk menaiki Hot Air Balloon. kalau dengar tentang belon panas, memang dari mata tak masuk ke hati, masuk telinga kiri keluar balik ikut telinga kiri juga!
Namun, pagi yang dingin pada hari Khamis bersamaan 23 Mac 2017, bagai tidak percaya berada pada ketinggian 5,100 kaki di dalam Hot Air Ballon!
Bila kami berura-ura untuk ke Turki, perkara utama yang diutarakan oleh Salawati ialah mencari pengalaman naik belon panas! Tanpa berfikir dua kali, Amie pun bersetuju. Bahkan RM pertama yang Amie tukar ke nilai mata wang USD sebagai persediaan untuk ke Turki berjumlah USD200 adalah semata-mata untuk bayaran menaiki belon panas tersebut! Itu pun Amie tukar lebih 2 bulan sebelum ke Turki. Waktu itu, nilai RM semakin menurun dan pengalaman berkunjung ke Surabaya (matawang RM tidak diterima oleh agen pelancongan di sana), menyebabkan Amie sentiasa mengikuti turun naik nilai mata wang dunia. Dengan tukaran RM890 kepada jumlah USD200 itu (RM4.45 = USD1). Amie tidak memikirkan lagi kos untuk aktiviti naik belon panas di Cappadocia. Tukaran di LD : USD1=RM4.45, manakala di KLIA USD1=RM4.79).
Seawal pukul 5.30 pagi, kami berkumpul di lobby Avrasya Hotel. Waktu itu, 5.15 pagi sudah masuk waktu solat Subuh. Kami dibawa menaiki sebuah bas kecil menuju ke pusat tempat kami berkumpul dengan peserta lain. Sebuah belon panas akan memuatkan seramai 20 orang. Kami hanya 5 orang, dan selebihnya adalah pelancong dari negara lain. Suhu pada pagi itu memang tak tahu nak agak berapa, tapi tersangatlah dingin sampai terasa ingin menggigil!
Memandangkan masing-masing sibuk berswafoto, Amie pun terus menembak segala belon yang ada di sekitar. Dan ini dia... belon yang bakal menerbangkan kami sebentar lagi!
Belon perlahan-lahan naik ke udara. Nak tengok ke bawah pun pada mulanya rasa gayat! Apalagi untuk ambil gambar. Pelbagai perasaan bertukar ganti.... takut kamera jatuh! Takut telefon jatuh...huhuhuuuu!
Ruangan yang agak sempit di dalam bakul (5 orang setiap ruang bakul) menyebabkan pergerakan sangat terhadap. Nak berpusing ke kiri, atau ke kanan masing-masing berswafoto! Jadi ambil sajalah gambar di luar bakul!
Antara pemandangan yang dapat kami saksikan! Batu-batu yang aneh bentuknya memenuhi satu kawasan yang luas! Ada binaan pintu di dalam batu-batu tersebut!
Di bawah ini, Amie rakamkan gambar-gambar kenangan selama 45 minit berada di udara. Kadang-kadang belon terbang rendah, adakalanya berada pada paras yang lebih tinggi.
Selain menikmati keindahan sinaran cahaya matahari pagi, kami berkesempatan meilhat petempatan di sini.
Bagaimanapun, sebenarnya suhu sangat sejuk! Untuk mengambil gambar, Amie terpaksa buka sarung tangan sebelah kanan! Memang rasa seperti dalam peti sejuk! Bila sentuh pipi, entah mana satu yang kebas! Pipi atau tangan! Namun dek keterujaan dan sibuk mengambil gambar, tepoh 45 minit di atas udara seakan-akan hanya 4 atau 5 minit sahaja!
Setiap beberapa minit gas akan dilepaskan untuk memastikan belon dalam keadaan panas.
Setelah kami menamatkan aktiviti, bas akan menghantar setiap peserta ke tempat penginapan masing-masing. Pada pagi itu, bas kami membelok ke kawasan ini menurunkan seorang lelaki dan perempuan. Amie terpandang perkataan 'hotel' di pintu masuk lelaki dan perempuan tersebut diturunkan.
Ketika itu, pilot kami Encik Bekir Bektas mengarahkan supaya kami duduk mencangkung sambil memegang kuat pada pautan khas di dalam bakul! Bersedia untuk mendarat!
Land Rover sedang menunggu kami di sini. Ini bermakna kami naik belon panas di tempat lain dan turun di tempat lain.
Oh! Ya...di antara 20 orang peserta yang menaiki belon panas tadi, ada di antaranya warga India, dan selebihnya itu warganegara sebelah Eropah.
Encik Bekir Bektas menyiapkan video dan dijual (kalau tak slap TL40 atau TL50). Muka Amie gerenti tidak ada sebab Amie tidak berganjak dari tempat berdiri paling hujung di dalam bakul!
Untuk meraikan kejayaan menaiki Air Hot Ballon, kami dipersilakan untuk minum cherry.
Kerja-kerja mengemas dan menyusun peralatan belon panas sedang dijalankan oleh para pekerja!
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Namun, pagi yang dingin pada hari Khamis bersamaan 23 Mac 2017, bagai tidak percaya berada pada ketinggian 5,100 kaki di dalam Hot Air Ballon!
Bila kami berura-ura untuk ke Turki, perkara utama yang diutarakan oleh Salawati ialah mencari pengalaman naik belon panas! Tanpa berfikir dua kali, Amie pun bersetuju. Bahkan RM pertama yang Amie tukar ke nilai mata wang USD sebagai persediaan untuk ke Turki berjumlah USD200 adalah semata-mata untuk bayaran menaiki belon panas tersebut! Itu pun Amie tukar lebih 2 bulan sebelum ke Turki. Waktu itu, nilai RM semakin menurun dan pengalaman berkunjung ke Surabaya (matawang RM tidak diterima oleh agen pelancongan di sana), menyebabkan Amie sentiasa mengikuti turun naik nilai mata wang dunia. Dengan tukaran RM890 kepada jumlah USD200 itu (RM4.45 = USD1). Amie tidak memikirkan lagi kos untuk aktiviti naik belon panas di Cappadocia. Tukaran di LD : USD1=RM4.45, manakala di KLIA USD1=RM4.79).
Sehari sebelum aktiviti tersebut USD200 bertukar tangan.
Terlebih dahulu kami dihidangkan dengan aneka jenis minuman panas, dan roti.
Kalaulah dapat berdiang lama-lama di sini!
Kami menunggu peserta-peserta lain sampai.
Lebih kurang pukul 6 pagi, kami sekali lagi dibawa menaiki bas untuk ke lokasi.
Oh! Begini rupanya belon panas itu! Sangat besar!
Melihat cara semburan gas sahaja sudah menunjukkan ia bukan satu kerja yang mudah!
Sedikit demi sedikit belon mengembang dan mula menegak.
Pada masa yang sama, bakul tempat duduk para peserta pun ikut menegak!
Suasana di pagi itu!
Belon kami mula bergerak perlahan-lahan.
Dan nampaknya salah seorang pekerja sedang menegakkan bakul!
Dan akhirnya....
Kami akan naik belon ini!
Ruangan yang agak sempit di dalam bakul (5 orang setiap ruang bakul) menyebabkan pergerakan sangat terhadap. Nak berpusing ke kiri, atau ke kanan masing-masing berswafoto! Jadi ambil sajalah gambar di luar bakul!
Kalau kami berada di atas, Amie ambil gambar belon di bawah kami!
Lama-kelamaan muncul belon dari pelbagai penjuru!
Cantik dan berwarna-warni!
Antara pemandangan yang dapat kami saksikan! Batu-batu yang aneh bentuknya memenuhi satu kawasan yang luas! Ada binaan pintu di dalam batu-batu tersebut!
In shaa Allah, dalam entri akan datang Amie akan kongsikan tentang rumah aneh ini.
Garis jingga di belakang belon panas di atas menunjukkan cahaya matahari mula memancar!
Selain menikmati keindahan sinaran cahaya matahari pagi, kami berkesempatan meilhat petempatan di sini.
Bagaimanapun, sebenarnya suhu sangat sejuk! Untuk mengambil gambar, Amie terpaksa buka sarung tangan sebelah kanan! Memang rasa seperti dalam peti sejuk! Bila sentuh pipi, entah mana satu yang kebas! Pipi atau tangan! Namun dek keterujaan dan sibuk mengambil gambar, tepoh 45 minit di atas udara seakan-akan hanya 4 atau 5 minit sahaja!
Setiap beberapa minit gas akan dilepaskan untuk memastikan belon dalam keadaan panas.
Rumah-rumah aneh dapat dilihat dengan lebih dekat.
Setelah kami menamatkan aktiviti, bas akan menghantar setiap peserta ke tempat penginapan masing-masing. Pada pagi itu, bas kami membelok ke kawasan ini menurunkan seorang lelaki dan perempuan. Amie terpandang perkataan 'hotel' di pintu masuk lelaki dan perempuan tersebut diturunkan.
Matahari semakin bersinar terang, tetapi anehnya suhu tetap dingin!
Nampaknya hanya inilah sahaja gambar yang dapat Amie ambil dari dalam bakul! Ini belon kami!
Belon-belon mula terbang merendah.
Dan.... nampaknya salah sebuah belon telah selamat mendarat ke bumi!
Mungkin sebentar lagi akan tiba giliran kami!
Land Rover sedang menunggu kami di sini. Ini bermakna kami naik belon panas di tempat lain dan turun di tempat lain.
Alhamdulillah!
Syukur ...beribu syukur kepada Allah!
Ia satu pengalaman yang sungguh menakjubkan!
Beginilah rupa belon panas kami setelah hilang panasnya.....hiks!
Bakul mendarat di atas landasan yang dibawa oleh land rover.
Encik Bekir Bektas menyiapkan video dan dijual (kalau tak slap TL40 atau TL50). Muka Amie gerenti tidak ada sebab Amie tidak berganjak dari tempat berdiri paling hujung di dalam bakul!
Untuk meraikan kejayaan menaiki Air Hot Ballon, kami dipersilakan untuk minum cherry.
Kami berlima, rombongan As Syukran Vacation Agencies Sdn. Bhd.
Sambil menikmati jus cherry, kami dihidangkan dengan kek yang sangat sedap!
Sementara itu, pilot kami Encik Bekir Bektas menyampaikan sijil kepada para peserta.
Sijil kenangan!
Sebelum pulang, jangan lupa beli cendera kenangan di sini!
Sekian!
Selingkar kisah dari Cappadocia!
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
subhanallah..bestnya saya membaca coretan Pn Amie ini...semua gambar cantik2 belaka..hebat.
BalasPadamDoakan semoga suatu hari nanti saya juga berpeluang merasai pengalaman ini..insyaallah..
Bestnya kak amie dapat melihat tempat orang...Hot Air Ballon ni memang salah satu tarikan di Cappadocia..Kalau pi Turkey x rasa naik belon panas ni cam x complete trip kan?
BalasPadamNani, in shaa Allah, ada usaha dan ikhtiar akan sampai jua ke sana.
BalasPadamLina,
ingatkan cuma naik belon panas jew, rupanya banyaklah benda kat sana yang baru kita tahu.