Percubaan kali pertama membuat simit, sejenis roti Turki yang dibuat secara tradisional. Simit mula dikenali seawal tahun 1520-an di negara tersebut. Bentuknya bulat seperti cincin, dan disekelilingnya dipenuhi bijan. Rasanya agak kering, dan enak dimakan begitu saja sambil menikmati minum petang terutamanya teh epal atau caya (sejenis teh Turki). Amie pernah menikmatinya di salah sebuah hotel sebagai sarapan pagi, dan Amie cicah dengan madu. Jika dicelup dalam sup panas, juga sangat enak!
Setelah bertutorial dengan pak google, akhirnya Amie putuskan untuk mencuba resepi yang paling mudah. Ini disebabkan, begitu banyak versi resepi simit. Bagaimanapun, sudah semestinya bahan asas yang sama seperti tepung, bijan dan yis kering digunakan! Nampaknya, hasil simit Amie kelihatan montel seperti tuannya! Ha ha haaa... orang kata, kalau badan bulat, kuih yang dihasilkan pun montel!
Ini dia rupa sebenar simit yang sangat terkenal sebagai makanan ringan atau jajan di Turki. Harganya cuma TL1 sahaja bersamaan dengan RM1.30.
Nampak cantik tersusun, dan bentuknya kelihatan lebih besar berbanding simit yang Amie buat!
Warnanya juga lebih gelap. Barangkali hasil penggunaan molasses atau sirap delima. Amie hanya gunakan gula yang dilarutkan dalam air. Mungkin sekiranya jika celupa dalam dark molasses, roti siminit yang dihasilkan akan lebih gelap warnanya!
Sekurang-kurangnya Amie sudah mencuba. Memulakan memang agak sukar, sebab tidak ada pengalaman. Apa pun Amie sekadar suka-suka, sebab memang suka tengok simit di Turi.
In shaa Allah, lain kali akan cuba lagi untuk menghasilkan bentuk yang lebih kurus...hiks! Kali ini hanya paparkan gambar, lain kali kalau Amie buat lagi, in shaa Allah akan Amie paparkan sekali resepinya.
Simit dalam kenangan!
Sebiji simit ini kalau celup dalam semangkuk sup cendawan panas..... walaaaa!
Kenyang tau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan