Pages

Sabtu, 4 Februari 2017

Bingka Ubi Kayu Gula Merah

Cerita di suatu petang....
Dua hari lalu.
Tiba-tiba teringin nak makan bingka ubi. Tapi malas nak buat. Bahan dah ada, cuma mood nak mengolah tu yang degil sangat nak datang! Memandangkan ubi kayu yang mungkin akan masuk angin jika dibiar lama-lama di penjuru dapur, bergegaslah diri ini turun ke dapur! Tambahan pula Firdaus asyik merengek minta air kelapa! Kalau dah belah kelapa, nanti buruk pula kalau tak terus digunakan.

Resepi yang Amie gunakan ini resepi kampung ye. Resepi yang selalu dilihat zaman kanak-kanak dulu. Tengok saja Bonda buat bingka! Biasanya sebelah petang Bonda akan parut ubi dengan kelapa sekali. Bonda tak perah santan, tapi Bonda gaulkan sekali kelapa parut dalam parutan ubi kayu dan gula merah! Dulu-dulu, bingka ubi kayu ini dijadikan sarapan pagi. Sukatan bahan yang digunakan pun ikut citarasa saja. Main agak-agak dan main campak-campak! Tapi ada bezanya, bingka yang Bonda buat dengan yang Amie buat kali ini. Bezanya, hasil air tangan Amie lebih lembut dan lebih lemak sebab Amie gunakan santan. 

Bahan-bahan:
5 cawan ubi parut
2 cawan pati santan dari sebiji kelapa
1 1/2 setengah larutan gula merah dari 300 gram gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
loyang pembakar empat segi 8 " X 8"

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Sementara itu masukkan ubi kayu parut ke dalam sebuah mangkuk besar.
3. Tambahkan santan, gula merah, gula putih dan garam.
4. Gaul sebati.
5. Oleskan loyang pembakar dengan marjerin.
6. Tuang adunan ubi kayu ke dalam loyang.
7. Bakar adunan di dalam oven  di bahagian paling bawah selama 1 jam 40 minit atau sehingga masak - bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Amie gunakan api bawah sahaja.
8. Jika inginkan permukaan yang lebih garing, pindahkan loyang ke bahagian atas dan  ubah api di atas, serta bakar lagi selama 15 minit  - terpulang tahap mana yang anda kehendaki untuk menghasilkan keraknya.

Zaman sekarang nak makan ubi kayu pun kena beli bertimbang! Apa nak buat, dah memang tuntutan dunia bahawa setiap langkah adalah RM! Ubi kayu di atas tu jenis ubi kayu pikul. Kulitnya merah. He he hee... anak kampung mesti tahu nama dan jenis ubi kayu! Ubi pikul ini cepat empuk kalau direbus. Rasanya pun lebih sedap berbanding ubi kayu lain.

Kalau nak rasa bingka orang dulu-dulu, kenalah gunakan santan kelapa segar. Boleh jew beli kelapa parut, tapi dah ada kelapa nan cantik di atas tu, eloklah ringankan tangan memarutnya! Eh! Biar betul.... masih mampukah nak memarut kelapa?

Masih teringat lagi gula merah dulu-dulu! Beli di kedai, dibungkus dengan kertas suratkhabar! Tapi dah tak ingat berapa harganya untuk sekati! Gula merah yang Amie gunakan ini dibungkus dalam daun. Tapi tak tahulah daun apa.

Inilah rupa gula merah dalam bungkusan daun tu. Beratnya 400 gram. Tapi Amie tak gunakan semua sekali.

 Isi kelapa pun nampak cantik. Tak berapa muda dan tak tua. Sedang elok jew...

Kelapa parut! Bukan hasil parutan tu? Berpusing keliling dapur cari pemarut tak juga jumpa. Akhirnya masukkan saja dalam pengisar! 

Nampaknya ubi kayu pun terpaksa terima nasib yang sama. Masuk pengisar juga! Amie terpaksa tambah sedikit air dan kemudian Amie toskan saja parutan ubi kayu supaya airnya turun.

Semua bahan sudah tersedia. 5 cawan parutan ubi kayu, 2 cawan santan pekat dan gula merah.

Didihkan 1 cawan air dan masukkan 300 gram gula merah ke dalamnya. Masak hingga gula larut dan kemudian tapis. Dapatlah kira-kira 1 1/2 cawan air gula merah.

Memandangkan ubi kayu tadi dikisar, jadi setelah ditoskan airnya, tinggallah mendapan kanji di bawahnya. Ambil kanji ubi kayu tadi dan campurkan dalam parutan ubi kayu.

 Tambahkan santan pekat.

 Tambahkan gula merah.

 Dan satu sudu besar gula putih. Jangan lupa masukkan garam.
Gaul hingga sebati.

Masukkan dalam loyang pembakar yang sudah dioles dengan marjerin. Kemudian bakarlah dalam oven. Kalau keluar aroma yang semerbak, jangan terkejut sebab memang begitulah lazimnya ketika membakar bingka ubi kayu gula merah.... hiks!

Sudahlah hidung tersumbat dengan aroma bingka ubi kayu gula merah yang semerbak satu dapur, didera pula kena tunggu lebih 4 jam supaya bingka betul-betul sejuk sebelum dipotong!

Ha... boleh potong pun! Alahai lembuuuut sangat!

Cer tengok siapa tukang makan Bingka Ubi Kayu Gula Merah nombor satu!
Jeng jeng jeeengg!

Bukan main lagi Firdaus dengan penuh perasaan!
Dahlah rupa bingka tu sama dengan warna kulitnya...hihihiiii!

Sedapnya! Dia yang kata tu...

Dah habis sepotong, dia minta lagi!


Alhamdulillah!
Anakku pandai makan Bingka Ubi Kayu Gula Merah, resepi orang kampunglu. Resepi Nendanya juga.

Moga tak lupa asal-usul ye anak!
Komen Encik Suami: Sedapnya!
Ya... cukup rasa, lemak manisnya! Dan lembuuuttt!

7 ulasan:

  1. Asklmwkth...pandai firdaus makan.cantik kuih bingka ubi gula merah...insyaallah nak cuba.mohon resepi ye..tq...

    BalasPadam
  2. telan air liur tgok firdaus makan..🤤🤤

    BalasPadam
  3. Tengok pun dah sedap... Belum lg makan..😋😋😋

    BalasPadam
  4. Dh cuba.. Tp belum keluar oven.. X sabar nk tgk hasilnya.. 😁

    BalasPadam
  5. salam kak, saya minat betul dengan bingka ubi kayu ni, saya nak cuba buat dengan resepi akaklah..doakan menjadi ya kak:)

    BalasPadam