Pages

Rabu, 8 Februari 2017

Bingka Labu Manis

Bertemu lagi dengan hidangan Bingka Labu Manis.
Jom makan sama, dengan secawan teh panas! Enak banget!
Bingka Labu Manis yang Amie paparkan ini tidak seistimewa mana kerana bahan yang Amie gunakan pun bahan seadanya sahaja. Apa pun, boleh dijadikan panduan bagi yang berminat untuk mencubanya. Kalau nak tambah bahan lain untuk lebih sedap, boleh jew....
Sukatan yang Amie gunakan pun sukatan orang kampung, hanya gunakan cawan...hiks!

Amie buat petang kelmarin, dah nak malam! Tapi agak kalut sedikit, sebab tiba-tiba dapat panggilan dari kakak ipar, ada hal di kampung! Bila balik dah rasa mengantuk pulak sebab hari dah larut malam! Paginya pula berkejar ke padang sampai ke petang sebab bertugas sempena kejohanan olahraga sekolah.
Jadi, tak sempatlah nak 'berposing' lama-lama dengan Bingka Labu Manis yang sangat sedap ni! Hanya sempat tangkap gambar seadanya saja.

 Tunjuk saja bahagian yang mengancam selera!

Cara potongan pun dah tak berapa nak santun! Tebal-tebal dan besar-besar! Ha ha haa... apa pun, sebenarnya rasa teruja tu memang ada, sebab sambil potong, sambil ngap masuk mulut!

Bingka Labu Manis bermula kisahnya dari sebiji labu, yang sedang duduk berkumpul dengan teman-temannya yang lain seperti keledek ungu dan keledek oren. Akhirnya hati terpaut untuk memotong labu. Nak tengok isinya!

Jomlah tengok resepinya di bawah ini. Resepi ini sekadar panduan sahaja. Kalau nak cuba, ikutlah citarasa masing-masing terutama sukatan gula. Amie memang tak berapa 'manis'...hiks! Labu manis itu pun sebenarnya dah ada rasa manis!

Bahan-bahan:
800 gram isi labu yang sudah dikukus
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 1/4 gula pasir ( 1 suku cawan) - kalau nak lebih manis, boleh tambah
4 biji telur
4 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam 
bijan
loyang pembakar yang telah disapu dengan marjerin atau mentega

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C.
2. Satukan isi labu kukus, tepung gandum, santan, gula pasir, mentega dan garam dalam pengisar. Kisar halus.
3. Tuangkan bahan ke dalam loyang pembakar dan taburkan bijan secara merata di permukaannya.
4. Bakar dalam oven selama 1 jam menggunakan api bawah.
5. Kemudian ubah ke bahagian api atas (grill) selama 15 minit.
6. Biarkan bingka benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Macamana nak kukus labu manis?
Mula-mula Amie cuci bersih labu manis, dan kemudian potong seperti di atas. Kukus bersama kulitnya sekali. Apabila labu manis sudah masak empuk, Amie keluarkan isinya. Isinya itulah yang Amie timbang. Sempat pulak menimbang, sebab alat penimbang ada kat depan mata! Waktu menimbang itulah Amie dapat 800 gram. Lupa pulak nak sukat dalam cawan macam Amie sukat kawan-kawannya yang lain termasuk tepung gandum, gula dan santan!
Semua bahan Amie kisar sekali harung. Garam bubuh sikit jew, sebab dah guna mentega. Tapi kalau guna marjerin, rasanya tak perlu bubuh garam sebab marjerin dan ada rasa masin. Oh, ya... pernah Amie buat bingka gunakan minyak jagung sebab tak ada stok mentega. Okey jew rasanya!

Jangan lupa oleskan sedikit marjerin pada loyang pembakar. Mentega sudah habis masuk pengisar, jadi Amie gunakan marjerin pulak untuk oleh loyang. Pada mulanya Amie nak gunakan loyang pembakar 9" X 9" memandangkan kuantiti bahan adunan agak banayk. Mana tahu takut tak masak pula bahagian dalamnya nanti. Tapi tak apa...kita cuba dulu. Kalau tak jadi atau tak masak bahagian dalamnya, Amie tak akan kongsikan hasilnya.

 Wokeh!
Adunan sudah dituang ke dalam loyang pembakar.
Nampaknya adunan melebihi separuh loyang!

Jangan lupa taburkan bijan di permukaannya. Kalau tak suka taburan merata, taburlah ikut suka. Campur dengan bijan hitam pun cantik atau biji labu pun cantik juga! Amie bakar selama 1 jam gunakan api bawah dan 15 minit lagi gunakan api atas.

Lepas itu Amie keluarkan Bingka Labu Manis dari oven, dan kami pun berangkat ke kampung!


Pagi tadi keluarkan dari acuan tapi tak sempat potong. Sekadar nak tengok, menjadi atau tidak!

Keesokan petangnya baru sempat mencicipi Bingka Labu Manis!

Alhamdulillah... isi didalamnya masak dengan cantik dan mulus!
Sedap!


Sekian. 
Cerita tentang labu manis dari dapur kecil Amie.

5 ulasan:

  1. Bestnya! PH lebih suka potongan yang tebal2 besar2, baru syiok bila makan. Kalau tidak, macam tak rasa aje hee..hee.. Nak cuba gak buat bingka ni.

    BalasPadam
  2. Sedapnya,amie...halus buatannya...potongan pun kemas...ogy nak sepotong amie,buat breakfast...

    BalasPadam
  3. Emmm..bestnyer Bingka Labu manis ni.Elok kejadiannya.

    BalasPadam
  4. PH,
    cepat kenyang ha haaaa...

    Ogy,
    sila..silaaa..

    Suzana,
    sedap...jom makan sama.

    BalasPadam
  5. Sedapnya nampak. Boleh cuba ni.

    Papepun jemput singgah ke blog saya ya 👉sakinahms.blogspot.my

    BalasPadam