Pages

Ahad, 26 Februari 2017

Bingka Labu Manis Sedap!

Selamat petang semua!
Jom ajak orang tersayang minum petang dengan sekeping bingka labu manis dan secawan teh hijau panas!
Alangkah!

Ceritanya sebab nak habiskan stok labu manis yang tersimpan agak lama dalam peti sejuk! Resepinya dan tutorialnya ada DI SINI: BINGKA LABU MANIS. Kali ini Amie tidak kisar isi labu, tapi Amie hanya lenyek sahaja, selain tambah esen vanilla, Amie tambahkan biji labu di atasnya. Kalau kisar labu manis memang dah tak nampak kesan labu manis, tapi kalau lenyek sahaja labu manis, tentu boleh nampak tekstur labu manis yang berurat-urat kuning seperti gambar di bawah ini.


Bahan-bahan:
800 gram isi labu yang sudah dikukus
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 1/4 gula pasir ( 1 suku cawan) - kalau nak lebih manis, boleh tambah
4 biji telur
6 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil esen vanilla
bijan putih dan bijan hitam secukupnya
biji labu secukupnya
loyang pembakar 8" X 8" X 3" yang telah disapu dengan marjerin atau mentega

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C.
2. Lenyek isi labu hingga hancur.
3. Satukan tepung gandum, santan, gula pasir, minyak jagung dan garam dalam pengisar. Kisar halus.
4. Dalam sebuah bekas, campurkan bahan kisar dan labu manis lenyek. Adun sebati.
5.Tuangkan bahan ke dalam loyang pembakar dan taburkan bijan 
hitam dan bijan putih secara merata di permukaannya, diikuti dengan biji labu.
4. Bakar dalam oven selama 1 jam menggunakan api bawah.
5. Kemudian ubah ke bahagian api atas (grill) selama 15 minit.
6. Biarkan bingka benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Sebenarnya, Encik Suami tak sabar nak makan bingka labu manis ini, sebab aromanya yang menggoda dari dalam oven sangat menggangu! Sebaiknya tunggu benar-benar sejuk baru dipotong! Barulah potongannya cantik dan tidak lembik!

Kalau nak warna lebih kuning, boleh tambah pewarna kuning telur, tapi Amie mahu yang asli. Lagi pun, ada   isi labu yang berwarna kuning jingga cantik, dan ada yang kuning begitu saja. Yang penting sodap...hiks!


4 ulasan:

  1. Ya Allah sedapkan bingka labu kak amie ni..tektur pun halus jerrrr..sedap ni lemak2 manis meluncur masuk ke anak tekak..alahai tergoda sudaaa

    BalasPadam
  2. Sedap ni Amie. Separuh tray pun PH boleh ngap heh..heh...

    BalasPadam
  3. Sedap tengok resipi akak ni...semalam terus buat
    sedapnya makan..color pun cantik je kuning labu takde letak pewarna pun.
    terima kasih akak utk resipinya :)

    BalasPadam
  4. Lina,
    memang kalau bingka labu manis senang jew masuk tekak...hiks!

    PH,
    betul tu PH...ha ha haaa kalau saya tak ingat orang belakanglah.

    Nuraini,
    sama2 kasih sebab sudi cuba.

    BalasPadam