Pages

Sabtu, 28 Januari 2017

Kuih Cek Mek Molek

Apabila namanya
Ditanya dia masam
Namun begitu
Jelingannya
Aku faham
Senyumlah senyumlah
Ah! Ha!
Cek mek molek

Nyanyi sambil gelek-gelek macam M. Daud Kilau naa.... Jangan lupa gorengan Cek Mek Molek dalam kuali tu, nanti hangus pulak!
Jom gentel-gentel adunan keledek dengan tepung gandum nak buat Kuih Cek Mek Molek! Dah berapa kali buat kuih ini, tapu susah sikit nak cerita tentang sukatannya, terutama bab tepung gandum tu. Yang penting, bila diuli, boleh jadi doh untuk dibentuk, boleh luluslah tu.

Amie dapat 18 biji Cek Mek Molek yang comel lote daripada bahan-bahan berikut:
3 biji ubi keledek oren - sempat timbang kira-kira 400 gram
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
gula pasir secukupnya
minyak

Cara:
1. Kupas ubi keledek dan rebus dengan garam hingga empuk. Kalau tak kupas kulit pun boleh. Pastikan ubi keledek dicuci bersih terlebih dahulu.

2. Toskan ubi keledek rebus dan lenyek hingga hancur. Kalau nak tumbuk dalam lesung pun boleh, lagilah halus mulus hasilnya. Lepas itu Amie biarkan seketika. Agak-agak sejuk sedikit Amie tambahkan tepung gandum.

3. Adun ubi keledek dengan tepung gandum hingga sebati dan boleh dibentuk. Kalau adunan terlampau lembik sehingga melekit-lekit, tambahkan sedikit tepung lagi.

4. Bahagikan doh mengikut saiz yang diingini. Saiz yang comel-comel jew...kan namanya Cek Mek Molek! Lepas itu bulatk-bulatkan doh dan leperkan. 
5. Bubuh setengah sudu kecil gula pasir di dalamnya. Kalau nak lebih manis, boleh tambah lagi.

6. Kemudian tutup dengan kemas macam dalam gambar di atas tu. Nampak bulatkan! Biasanya air tangan mengikut bentuk badan tuannya...ahaks! Jadi, tahulah sudah kan...tuannya ni pun saiz bulat gitu! Bagaimana acuan begitulah kuihnya kan...hiks!

Budak Firdaus ni kan... dengan tak pakai bajunya, dengan bantal busuk sangkut kat belakang kerusi tu... tak habis-habis pujuk  mommy nak tolong  gentel kuih! Akhirnya dapat juga dia tolong susun Cek Mek Molek!

7. Inilah hasilnya. Dan sedia untuk digoreng.

8. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gaya goreng Cek Mek Molek ni macam gaya goreng karipap atau popia. Tak mahu api kuat atau api besar, nanti terkejut dia! Kalau goreng karipap dan popia dengan api kuat, hasilnya tentulah agak menggerutu kulitnya sebab terkejut badak! Kita nak bagi gula di dalam Cek Mek Molek tu masak cair dengan perlahan-lahan.

9. Setelah Cek Mek Molek kelihatan kuning keemasan dengan penuh cahaya kecantikannya...hihihiii... bolehlah angkat dan toskan minyaknya.

10. Sabarlah menunggu seketika sehingga sejuk sikit. Jangan terus makan tau, nanti melocot bibir terkena gula panas! 
Waktu ini memang takut betul kalau Firdaus tiba-tiba masuk dapur mintak Cek Mek Molek! Takut dia tak sabar, nak terus makan! Kebetulan Encik Suami pulang, dia pun lari menagih aiskrim! Selamat!

Jom...Cek Mek Molek!

5 ulasan:

  1. Aslmwkth amie..salam kenal dari ogy..comei cek mek molek,kemas buatan.....tapi...comei lagi budak x pakai baju tu yg ada bantal busyuk tu...ha..haa

    BalasPadam
  2. Hai Ogy,
    waalaikumussalam...salam kenal juga, gentel2 kena kacau budak tecik tu hihihiii

    BalasPadam
  3. assalamualaikum comel cek mek molek nk buat ni pg2..tq share resipi

    BalasPadam
  4. Boleh tak kita buat cek mek ni belah malam pastu bila pagi baru goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa sy akan rebus dulu ubi waktu malam dan sejatkan. Esok pagi baru gaulkan dgn tepung dan goreng. Siap. Boleh bawak bekal pergi kerja. 🤗

      Padam