Pages

Jumaat, 6 Januari 2017

Cucur Udang

Selamat menempuh tahun 2017. 
Hari ini masuk hari yang ke-6. 
Memang sibuk. Memang letih. Memang nak merehatkan diri lama-lama.
Tapi cukuplah tu Amie! Nanti dapur tak berasap pulak!
Wokeh!
Malam ni ada kesempatan kongsi kuih lama, kuih cucur udang yang memang menjadi kegemaran dari kecil dulu. 

Resepi ini resepi kami turun-temurun. Tidak ada penggunaan bahan penaik seperti soda bikarbonat atau pun yis. Amie gunakan telur saja. Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing kalau nak cuba. Bubuh apa pun tak kisah, yang penting sodap!


Bahan-bahan:
400 gram udang kertas  - cuci bersih dah toskan
500 gram tepung gandum
2 ¾ cawan air
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar minyak jagung
2 biji telur
1 labu bawang besar – cincang
10 batang daun kucai – potong sepanjang 2 cm
1 cawan taugeh
1 biji cili hijau – belah 2 dan hiris nipis
1 biji cili merah – belah 2 dan hiris nipis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Perencah MAGGI Cuku Rasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

Sebatang senduk sebagai acuan cucur udang


Cara: 
 1.    Dalam sebuah mangkuk besar, satukan tepung gandum, serbuk kunyit, garam, telur, cuka dan minyak jagung.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil mengadun bahan dalam mangkuk.



1.    3. Setelah adunan sebati, tambahkan bawang besar, daun kucai, taugeh, hirisan cili merah dan cili hijau. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Jika adunan kelihatan pekat, boleh tambahkan sedikit air.

4.   Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
2   5.  Rendam senduk selama 30 saat di dalam kuali berisi minyak panas tadi, dan kemudian keluarkan.
6. Tuangkan adunan ke dalam senduk sehingga paras ¾ dan kemudian letakkan seekor udang di atasnya

7.  Letakkan kembali senduk berisi adunan tadi ke dalam minyak panas dan biarkan seketika sehingga cucur udang agak keras sedikit. 


8. Cungkil sedikit cucur udang dengan menggunakan garpu agar tanggal dari senduk. 


9. Biarkan cucur udang masak hingga berwarna kuning keemasan. 

10. Angkat dan toskan minyak.

11. Hidangkan dengan sos pilihan atau kalau rajin buatlah kuah kacang...hiks!

7 ulasan:

  1. Wah nmpak sodap tu amie. Lama dah tak mkn cucur udang homemade. Selalu klu beli diorg suka tambah soda penaik kan..kurang gemar sikit sbb cepat muak makan. Klu goreng tanpa penaik lg sedap rasanye kan amie!

    BalasPadam
  2. Cantiknya cucur udang, Amie! Amie buat banyak, so boleh lah spare sikit untuk PH. LOL!

    BalasPadam
  3. sedap skali cucur udangnya ^^ bagus ni buat dijadikan bisnis rumahan

    BalasPadam
  4. Warisan Petani,
    jemput ye...

    Puan Doc,
    betul tu... lembut dan tak muak makan banyak!

    BalasPadam
  5. PH,
    Tq PH, jemput makan sekali.

    Ahiddeq,
    terima kasih, untuk makan2 keluarga saja ni.

    BalasPadam