Pages

Sabtu, 3 Disember 2016

Ikan Belais Masak Brengkes

Lama rasanya tak masak brengkes ikan. Bila dah beli ikan belais, mesti dalam kepala teringat masakan arwah MIL, ikan masak brengkes. Sesiapa yang masih tak pernah lihat rupa ikan belais, bolehlah klik sini untuk berkenalan dengannya : IKAN BELAISJom lihat resepi Ikan Belais Masak Brengkes di bawah ini. Hurrmmm... bagi Amie, dapat makan nasi panas dengan kuahnya yang berminyak tu pun dah cukup sodap!

Bahan-bahan:
2 ekor ikan belais - bersihkan dan potong 2
3/4 cawan santan pekat - ambil kepala santannya sahaja
1  1/2 sudu makan serbuk kunyit 
2 biji limau nipis - perah jusnya 
garam / perasa pilihan
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
5 biji cili kering 
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu makan biji ketumbar 

Cara:
1. Goreng ikan separuh masak - angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
4. Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat.
5. Masak sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan yang lembut (setengah masak) akan pecah. Gunakan api perlahan.
6. Tambahkan garam / perasa pilihan.
7. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.

Bila masak brengkes ikan, pasti teringat arwah kedua MIL & FIL sebab masakan ini merupakan masakan kegemaran mereka.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda Haji Rilay Habib & Hajah Juriah Alimin.


1 ulasan: