Pages

Ahad, 25 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai

Kami tiba di tempat penginapan lewat pukul 11 pagi! Kami bermalam di Hotel Bromo Permai yang terletak di Dusun Cemara Lawang, Desa Ngadisari, Kecamatan Sukapura, Ngadisari, Sukapura, Probolinggo, Jawa Timur 67254, Indonesia.
Ketika sampai malam itu memang tak nampak apa-apa pemandangan, hanya rasa dingin yang mencucuk tulang dan perasaan ingin cepat-cepat masuk bawah selimut! Memikirkan air yang sangat sejuk ( alirannya juga perlahan walaupun setelah lama dibuka air bertukar menjadi hangat), teragak-agak pulak nak mandi atau tidak! Mandi? Tidak! Mandi? Tidak! Oiiii...kena mandilah sikit! Awak dah berguling-guling di padang rumput, dah tu pulak terkena debu belerang di Gunung Bromo! Awal pagi tadi terkena hujan gerimis sewaktu berjalan ke puncak Penanjakan!
Tapi sebelum itu, layan dulu gambar-gambar di bawah ini:

Hotel Bromo Permai merupakan hotel bertaraf 3 bintang. Istimewanya berhadapan dengan pintu masuk hotel ini anda boleh menikmati terus pemandangan Gunung Batok dan kawah Gunung Berapi Bromo! Sebelum balik nanti nak tengok panorama di situ!
Ada beberapa buah hotel lain yang terletak berhampiran dengan Gunung Bromo termasuklah  Java Banana Lodge Bromo, Hotel Cemara Indah, Pondok Wisata Adas Hotel, Hotel Sion View dan sebagainya. Melalui Pak Google, harga penginapan untuk semalaman di Hotel Bromo Permai ialah sekitar 470,000 rupiah ke atas. Kalau nak duduk hotel lebih bintang bolehlah menginap di Java Banana Lodge Bromo... itu harganya bermula dari 1.7 juta rupiah buk!


Sebaik sahaja kami tiba dari perjalanan panjang di pergunungan Bromo, kami dijemput masuk ke restoran untuk sarapan pagi. Aduuussss.... sarapan pagi pukul 11.30 tengahari? He he heee... terima kasih kepada pihak hotel, walaupun kami lewat sampai tapi sarapan masih disediakn untuk kami! Sarapan pagi kami dihidangkan dengan nasi goreng, mee goreng, dan beberapa jenis makanan lain. Bolehlah buat alas perut merangkap makan tengahari. Jadi, sudah tentu akan menjimatkan masa dalam perjalanan ke Malang nanti.



 Pak Bachtiar, Pak Hadi @ Andi Purnomo dan M....

 Allahu Akbar! Sedapnya dapat menikmati secawan teh panas di tengah-tengah suhu dingin!









 Kami bermalam di sini.



 Amie sebilik dengan Akmi dan Jusna.
(Sempat rakam gambar sewaktu sampai malam itu).

 Antara kemudahan yang disediakan.





 Air panas disediakan di luar bilik.



 Sempat buka tapai ubi bakar!

Dan keju bollen. Ini dijadikan bekalan dalam perjalanan ke puncak Penanjakan.

 Selesai mandi dan solat, kami bersiap untuk keluar dari hotel. Sementara menunggu rakan yang lain keluar dari bilik masing-masing, kami sempat meninjau kawasan di hadapan hotel. 

 Terima kasih Pak Hadi Purnomo, kerana dalam perjalanan pulang ke hotel tadi, beliau sempat menunjukkan pemandangan pergunungan di hadapan hotel!

 Gunung Batok benar-benar terletak di hadapan Hotel Bromo Permai!


 Subahanallah!
Bersebelahan dengan Gunung Batok ialah kawah Gunung Berapi Bromo yang baru kami singgahi!

 Nampak tak asap dari mulut kawah Gunung Bromo?


 Tak jemu mata memandang!



 Apakan daya! Masa untuk berangkat telah tiba!
Pak Bachtiar sudah bersedia dengan bas pariwisatanya!


 Bergambar kenangan di sini dulu.
Eh! Ramlee dan isterinya tidak ada dalam gambar. Mungkin waktu itu mereka belum lagi keluar dari kamar penginapan.


 Wokey!
Apa ditunggu lagi.

Jusna!
Ayoh!
Bas sudah lama menunggu!

Selamat tinggal Hotel Bromo Permai dan segala keindahan alam semula jadi di pergunungan! Kami terpaksa berangkat pergi untuk menuju ke destinasi seterusnya!

Entri berkaitan :
Bercuti ke Surabaya (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA2 - Bandara Juanda, Surabaya
Bercuti ke Surabaya (2) : Dari Bandara Juanda Surabaya ke Cemoro Lawang
Bercuti ke Surabaya (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
Bercuti ke Surabaya (4) Gunung Batok
Bercuti ke Surabaya (5) Naik Kuda ke Kawah Gunung Bromo!
Bercuti ke Surabaya : My Brownies
Bercuti ke Surabaya (6) : Padang Rumput Savanah @ Bukit Teletubbies
Bercuti ke Surabaya (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai
Bercuti ke Surabaya (8) : Bermalam di Seulawah Grand View Hotel, Malang.
Bercuti ke Surabaya (9) : Air Terjun Grojogan Sewu
Bercuti ke Surabaya (10) : Petik Epal di Kebun Apel malang
Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik
Bercuti ke Surabaya (13) Toko Istana Buah dan Oleh-Oleh Ayunda
Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia
Bercuti ke Surabaya (16) : Tips dan Persediaan

2 ulasan: