Sebaik sahaja menuruni puncak Penanjakan, kami dibawa melihat persekitaran Gunung Bromo.
Boleh klik pautan sebelumnya untuk ikuti perjalanan kami :
Bromo berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Brahma, yang merupakan salah seorang dewa utama dalam agama Hindu. Bagi peminat sejarah atau yang mempunyai pengetahuan luas tentang sejarah sudah tentu tidak terlepas pandang dari menghayati sejarah awal Asia Tenggara. Pastinya ingatan akan kembali kepada pengaruh awal agama Hindu-Buddha di Tanah Jawa! Perkataan Brahma dalam sebutan Jawa menjadi Bromo!
Mana satu Gunung Bromo di antara banyak gunung yang dilihat dari puncak Penanjakan? Kenapa perkataan Bromo itu lebih terkenal berbanding gunung yang lain di sekitarnya? Beginilah ceritanya:
Gunung Bromo merupakan sebuah gunung berapi aktif di Jawa Timur. Gunung ini memiliki ketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut. Gunung berapi ini terletak di dalam empat wilayah kabupaten iaitu Kabupaten Probolinggo, Kabupaten Pasuruan, Kabupaten Lumajang dan Kabupaten Malang.
Dah boleh dapat gambaran tentang Gunung Bromo?
Wokeh! Sebelum sampai ke Gunung Bromo, kita singgah dulu di Gunung Batok yang terletak di kawasan pergunungan Tengger. Gunung Batok ini duduk berjiran dengan Gunung Bromo dan juga Gunung Semeru. Gunung ini sudah tidak aktif atau disebut sebagai gunung mati. Kini Gunung Batok merupakan sebahagian daripada kaldera atau kawah Gunung Tengger purba.
Gambar : Google
Barangkali ada yang sering terkeliru di antara Gunung Bromo dengan Gunung Batok sebab Gunung Batok selalu berada di hadapan gambar! Oh! Ya... Gunung Batok setinggi 2,440 meter dari permukaan laut.
Oh! Wirawati Gunung Batok... si Roro Anteng!
Jom tambah info sikit tentang asal usul Gunung Batok ini.
Dalam bahasa Jawa, batok bermaksud tempurung kelapa. Menurut cerita pemandu jeep kami Hadi Purnomo, Gunung Batok terbentuk dari tempurung kelapa yang ditendang oleh Resi Bima, seorang raksaksa sakti setelah gagal memenuhi pemintaan atau syarat yang dikenakan oleh Roro Anteng. Terima kasih saudara Hadi Purnomo yang sudi kongsi cerita mitos Gunung Bromo kepada kami.
Kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita Roro Anteng dan Joko Seger, rajin-rajinlah sembang dengan Pak Google. Cerita Roro Anteng dan Joko Seger merupakan kisah cinta di dan dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan awal suku kaum Tengger di sini.
Suhu di sini masih sejuk walaupun tidaklah sesejuk sewaktu berada di puncak Penanjakan. Lihat sajalah bunga lalang yang concong itu! Angin yang bertiup menambahkan lagi rasa dingin!
Ibu Nano masih pegang jagung bakar!
Mesti dah sejuk jagung tu!
Cantikkan Gunung Batok di belakang kami tu? Elok jew terletak sebijik di atas lautan pasir! Puncaknya sentiasa ditutupi awan nipis.
Wokey!
Sebelum meninggalkan Gunung Batok, kita saksikan dahulu aksi bebas kami di sini!
Gambar berlatarbelakangkan pergunungan Tengger.
Jusna mesti posing ayu punya!
Asalkan kau bahagialah Cikin hihihiiiiii!
Wokey... Faiz!
Angkat satu kaki saja ye, jangan dua-dua kaki!
Kemi... nak duduk atas jeep tu sampai petang ke? Ha ha haaaa....
Jom balik...eh belum boleh balik lagi laaaa...!
Kita tinggalkan dulu Gunung Batok di tempatnya, dan kita teruskan perjalanan ke Gunung Bromo pulak.
Sekian, 'Jumpa lagi dalam entri seterusnya.
Entri berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan