Walaupun kami tiba lebih awal di Bandara Juanda, Surabaya (Terminal 2) tetapi kami perlu menunggu ketibaan Ramle dan isterinya dari Lombok di Terminal 1. (T1 Bandara Juanda). Jangan keliru ye, sebab di sini ada dua terminal. Kami mendarat di Terminal 2 iaitu terminal lama yang digunakan untuk urusan penerbangan antarabangsa dan juga sebahagian domestik. Kalau naik AirAsia, memang mendarat di sini. Penerbangan antarabangsa lain termasuklah Lion Air (Singapore), China Airlines, Singapore Airlines, Eva Air, Chatay Pasific, Jetstar / Value Air, Garuda Indonesia dan Mandala Tiger.
Ramle tiba 3 hari lebih awal bersama isterinya di Lombok. Agak lama juga kami menunggu ketibaan Ramlee di T1 Bandara Juanda. Antara syarikat penerbangan domestik yang menggunakan T1 Bandara Juanda termasuklah Citilink, Sriwijaya, Batik Air dan Lion Air.
Gambar : Google
Bandar Udara International Juanda letaknya di Kecamatan Sedati, Kabupaten Sidoarjo, lebih kurang 20 km sebelah selatan Surabaya. Bandara Juanda merupakan bandar udara kedua tersibuk di Indonesia setelah Bandara Internasional Soekarno - Hatta.
Gambar : Google
Gambar : Ambil sendiri sementara berpusing-pusing mencari parking ketika menunggu ketibaan Ramle di Bandara 1. Macet bah!
Perut memanglah dah tak boleh dilayan lagi! Sebaik sahaja Ramle bersama isterinya masuk ke perut bas kami, Pak Bachtiar terus pecut mencari tempat makan.
Sempat tangkap gambar mana yang dapat di sepanjang perjalanan untuk memujuk perut yang sangat berkeroncong! Jumpa lagi dengan tong gas saiz kecil! Kalau dulu ketika berkunjung ke Jakarta - Bandung- Jogjakarta, memang tak habis-habis tangkap gambar tong gas comel nih!
Bila melihat suasana kiri kanan jalan raya yang sempit dengan pelbagai pemandangan, Amie pun teringatlah novel-novel karya Pramoedya Ananta Toer! Balik Lahad Datu nanti nak bongkar semula susunan novel lama, nak baca semula novel-vovel tulisan beliau : Bumi Manusia., Rumah Kaca, Jejak langkah, Cerita Dari Blora, Gadis Pantai dan...daaannn...
Pak Bachtiar tanya : Ibu mau makan yang bagaimana?
Amie jawab mewakili semua : Bawa kami ke tempat makan yang sedap-sedap ya Pak!
Balas Pak Bachtiar : Siap!
Pak Bachtiar memberhentikan basnya di sini.
Ayok kita baca tulisan itu : Pondok Tempo Doeloe Masakan Indonesia. Barangkali membawa maksud tempat makan atau restoran makanan / masakan warisan dulu -sulu.....hihihihii...!
Beza waktu di sini dengan di tempat kita lebih kurang 1 jam. Jadi memanglah perut dah tak tahan lapar sebab ketika kami sampai, jam sudah menunjukkan lewat pukul 1.30 petang!
Nampaknya Pondok Tempo Doeloe ini masih dipenuhi dengan pelanggan! Tentu ada sesuatu yang istimewa di sini. Apa pun kita tengoklah doeloe!
Kaunter makanan memang sentiasa sibuk!
Ketika itu tak faham apa maksud IBC...ooo bila tengok gambar dalam kamera satu persatu dapatlah jawapannya, IBC ialah Ikan Bakar Cianjur!
Restoran ini menyajikan masakan tradisi Sunda yang katanya bermula di Kota Cianjur, Jawa Barat sejak tahun 1989. Pondok Tempo Doloe ini merupakan salah satu cawangan IBC di Surabaya selain Pandaan, Sidoarjo, Gresik, Jakarta, Jogja, Semarang, Malang, Bali, Batam dan Bekasi.
.
Nak order apa yerk?
Sementara menunggu pesanan tiba, ada pulak 'orang nakal' yang usik-usik! Melihat bungkusan kecil IBC (waktu itu tidak tahu maksud ringkasan huruf IBC), masing-masing kata di dalamnya ada cili. Oh! Bolehlah untuk tambah rasa pedas nanti. Bila dibuka, rupa-rupanya tisu basah! Bertuah punya orang! Nasib baik tak tuang atas nasik!
Es Kelapa Muda di atas tu berharga IDR 18,000. Taklah besar mana cawan tu. 18 ribu rupiah tu kalau tukar matawang kita ikut jumlah tukaran Amie, berjumlah lebih kurang RM6.15. Fikirlah sendiri sama ada makanan di sini murah atau mahal!
Es Semangka tu pula segelas berharga 20,000 rupiah atau lebih kurang hampir RM7.00 duit kita. Sekali lagi boleh agak, lebih mahal atau lebih murah!
Ini Es Cianjur berharga 25,000 rupiah. RM8 lebih? Oh...!
Gurami Sop. 88,000 rupiah.
Darablah sendiri...hiks!
Formulanya : RM1 bersamaan dengan IDR2980 (ini matawang tukaran pertama Amie sebelum turun lagi!) Amie kira : RM29.53 sen!
Gurame Asam Manis, juga 88,000 seekor.
Ikan keli /lele goreng ini berharga 55,000 rupiah bersamaan dengan RM18.50 sen!
Tahu Goreng : 10,000 rupiah sama dengan RM3.33 sen.
Makan sajalah... waktu itu tak pandai lagi buat perbandingan harga!
Petang itu kami makan nasi dengan lauk pesanan masing-masing. Pakej kami hanya tempat penginapan dan pengankutan sahaja, tidak termasuk makan minum!
Amie nak cuba sup rawon! Asyik tengok di tv saja sup rawon... jadi sampailah masa dan peluang nak rasa sendiri! Rawon ialah daging sapi atau lembu, dan kita boleh pilih bahagian yang kita suka. Sup ini warna hitam sebab dicampur dengan buah keluak. Pertama kali makan sup begini, tapi Amie kan jenis suka mencuba! Jadi semua boleh diterima tekak! Amie pilih rawon dengkul atau sapi/lembu bahagian lutut! Semangkuk Rawon Dengkul berharga 50,000 rupiah bersamaan dengan RM1677 sen.
Hidangan Rawon Dengkul dilengkapi dengan keropok di atas tu!
Juga diiringi dengan anak taugeh (taugeh belum keluar ekor) dan juga sambal!
Jadi, taugeh tu masuk dalam sup ke?
Hantam sajalah labu!
Inilah rupa rawon dengkul, makan dengan nasi!
Sambil makan, telinga dengar irama muzik tradisional berkumandang di dalam restoran. Lampu pun malap-malap saja, tak terang sangat. Pesanan pun taklah lama sangat untuk sampai ke meja! Kira okeylah di sini.
Lauk-pauk lain yang kawan-kawan pesan termasuklah sayur kangkung, sayur kailan, soto ayam, telur goreng dan ayam goreng. Semuanya berjumlah 848, 925 rupiah termasuk service dan pajak ... apa benda pajak tu! Bila Amie jumlahkan dalam RM mengikut harga matawang tukaran Amie, semuanya berjumlah RM284.48 sen! Bagi Amie, golongan marhaen seperti Amie... harganya memang masuk kategori lebih kurang sama dengan harga di tempat kita.
Alhamdulillah!
Perut dah diisi secukupnya.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti untuk solat Asar di sini, di Masjid At-Taubah yang bersih dan cantik terletak di Gondanglegi, Pasuruan.
Sempat ambil gambar beduk! Besar dan cantik!
Pak Pachtiar terus menyelusuri jalan sempit, tetapi penuh dengan pelbagai pemandangan di kiri kanannya termasuklah sawah padi yang subur menghijau. Lama-kelamaan matahari semakin menghilang dan sekali lagi kami singgah di musolla untuk menunaikan solat Maghrib. Alhamdulillah, kalau berada di Pulau Jawa, jangan risau sebab banyak musolla atau surau boleh ditemui. Kami yang sedang bermusafir ini sentiasa rasa lega dapat menunaikan kewajipan walaupun dengan melakukan solat jamak.
Selesai solat, kami disarankan mengisi perut di sebuah kedai makan bersebelahan musolla tapi perut masing-masing masih terasa kenyang (lewat makan tengahari di Pondok Tempo Doeloe). Kami hanya membeli beberapa kudapan untuk alas perut. Kata Pak Bachtiar, semakin jauh kami meninggalkan daerah ini semakin sukar akan ditemui tempat makan yang lengakp, hanya warung-warung kecil sahaja yang ada!
Amie beli Keju Bollen... sebab teringat Keju Bollan yang sangat sedap di Kartika Sari, Bandung!
Rasanya? Sekarang belum tahu lagi sebab Amie buka di hotel!
Satu lagi Amie beli Tape Bakar... tapai ubi bakar!
Singgah lagi di kedai yang lain, beli sosej ayam dan daging.
Bas bergerak lagi melalui jalan yang sempit, semakin meninggi jalan semakin terasa sejuknya dan banyak pula selekoh serta padat dengan tempat tinggal di kiri kanannya. Sekali lagi Pak Bachtiar berhenti di hadapan sebuah kedai. Kami beli sim kad di situ. Datang seorang penjual sarung tangan tapi Amie tak beli sebab fikir masih boleh tahan rasa sejuk di Penanjakan nanti. Jusna beli sepasang sarung tangan berharga 15,000 rupiah di kedai tempat jual sim kad tadi. Penjual sarung tangan pula tawarkan Amie dengan harga 20,000 rupiah....ooo lain-lain harga pula. Mungkin kualitinya berbeza. Bagaimanapun Amie tolak dengan baik, dan terus naik bas. Entah kenapa tak tergerak hati nak beli sarung tangan!
Sampai di Sukapura, Pak Bachtiar mencadangkan akmi makan saja sama ada di sebelah kiri atau kanan jalan. Di sebelah kiri jalan, hanya ada nasi lapan saja manakala di sebelah kanan, ada pelbagai makanan yang boleh dipesan.
Kami menuju ke Warung Bu Fatimah.
Sementara menunggu pesanan tiba, mata terpandang beberapa sikat pisang masak ranum. Amie ambil sebiji dan makan... ya Allah! Sedapnya! Harum dan manis! Bila Amie tanya Pak Bachtiar, katanya itu pisang Ambon! Ya... dah berpuluh tahun tak makan pisang Ambon! Pisang yang paling sedap dalam banyak-banyak pisang! Kalah pisang berangan! Masa kecik-kecil dulu kami selalu makan pisang Ambon! Tapi sekarang dah tak pernah jumpa lagi!
Pisang Ambon ini bukan percuma ya ibuk... harganya 1,000 rupiah sebiji (kalau tak silap). Lebih kurang 35 sen lah gitu.
Nampaknya makanan yang dipesan belum juga sampai! Nampak banyak bungkusan rempeyek, ambil satu bungkus. Isinya 3 keping. Makanlah siapa yang nak makan. Yang ini 3,000 rupiah. Rempeyeknya sedap, gurih dan ada hirisan daun limau purut.
Semua pening lalat nak pilih makanan apa. Akhirnya sepakat pesan nasi goreng sekali harung!
Inilah rupa nasi gorengnya.
Bismillah..
Beberapa kali Amie terpandang signboard yang berbunyi begini : Gunakan gigi satu.... yang membawa maksud gunakan gear satu untuk meneruskan perjalanan! Maknanya memang terus naik, bukannya turun! Bagaimanapun, memang Amie puji Pak Bachtiar sebab beliau memandu dengan cermat dan nampak begitu berpengalaman! Kawan-kawan sudah terlelap tetapi Amie masih memandang keluar tingkap. Walaupun gelap malam, tapi Amie masih dapat melihat dengan jelas selekoh jalan yang banyak, jurang dan gaung yang dalam di kiri jalan ( Amie duduk di tepi tingkap). Menjelang pukul 10 malam, kami selamat sampai ke tempat penginapan.
Dingin!
Tapi terpaksa mandi juga walaupun sekadar mandi kerbau sebab sejak tengahari kelmarin dari Lahad datu belum lagi bersihkan diri!
Airnya?
Ya Allah!Tak sanggup nak berus gigi!
Tak sanggup nak cuci muka!
Sejuk!!!!!
Brrrrrrr!!!!!!
Begitu begini, 11.30 malam baru tidur.
Dan akan bangun pukul 2 pagi untuk meneruskan aktiviti berikutnya!
Wokeh!
Setakat ini dulu, jumpa lagi dalam catatan seterusnya.
Entri berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan