Pages

Isnin, 26 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (9) : Air Terjun Grojogan Sewu

Sebahagian masa kami banyak dihabiskan dalam perjalanan! Bagaimanapun setiap destinasi yang kami tuju, tidak sedikitpun membuatkan kami rasa jemu, malah semakin membuka minda melihat setiap pemandangan di hadapan mata. Sebaik sahaja bas meninggalkan Hotel Seulawah Grand View,  kami terus dibawa ke sebuah desa bernama Bendosari, Kecamatan Pujon, Kabupaten Malang. ( tempat tinggalnya Pak Bachtiar kalau tak silap- sebab ketika menuju ke kawasan tersebut beliau menunjukkan satu kawasan perumahan, katanya di situlah rumahnya). 
Huurrrmmm.... 
Menggeleng kepala bila melihat betapa besarnya rumpun buluh yang tumbuh sepanjang tepi jalan! Agaknya kalau nak buat lemang, tak cukup segantang pulut masuk dalam satu ruas!
Tu buluh meriam, bukannya buluh lemang! Katanya si Nano.... ha ha haaaaks!
Dah tu pulak, mulalah ternampak gerai-gerai epal di sana sini!
Oh! Bilalah nak sampai kebun epal?
Tapi menurut Pak Bachtiar sebelum sampai ke kebun epal, kita singgal dulu di air terjun.
Rupanya di Malang saja, punyalah banyak air terjun! Bila Amie tanya Pak Google, masha Allah.... berpuluh-puluh air terjun yang cantik dan pelbagai rupa bentuknya! Barangkali bagi peminat dan pencinta alam, tak cukup 3 hari menjelajah daerah ini untuk mengunjungi semua air terjun!
Wokeh!
Bas pun berhenti di tepi jambatan menuju ke pintu masuk Air Terjun Gerojogan Sewu! Kalau tak silap Amie gerojogan itu membawa maksud berjuraian, dan sewu itu seribu! Jadi... air terjun yang berjuraian berjumlah seribu jurai...hiks!
Air terjun ini terletak lebih kurang 300 meter dari jalan raya.  Tiket masuk ? Percuma kok! Gratis gitu!


 Wah! Cikin and family sudah sampai dulu di situ!

Intai-intai dahulu jambatan dari tepi jalan.

 Jom... jalan terus menyeberang jambatan mehuju ke Air Terjun Gerojogan Sewu!


 Pemandangan sungai di kiri dan kanan jambatan.



 Aduh! Berpapasan dengan seorang petani semasa menyebarang jambatan.
Pak...hasil panen tomat ya!

Saujana mata memandang. Kehijauan di mana-mana!


Dah sampai pun!




 Itu kot yang dikatakan gerojogan... berjurai jatuh!



Sejuuukkk!. Ambil gambar jauh-jauh... takut kena percikan air terjun!

 Dah puas bergambar, jom kita keluar...
Nampak subur betul buah tomato tu!


 Sempat rakam kawasan penempatan penduduk di desa ini.
Kalau kami tinggal di desa yang sejuk ini, agakanya pukul berapa kami bangun pagi?



 Atur langkah menuju ke jalan raya.




 Seronoknyalah melihat suasana desa!
Terlupa seketika bangunan batu-bata!

Dah sampai ke jambatan. Nun di sebelah kiri sana..bas warna bitu, bas pariwisata kami sedang menunggu!
Terima ka sih Pak Bachtiar kerana sudi rakam gambar untuk kami! Jadi, dapatlah Amie menyelit dalam kumpulan sepanjang waktu!


 Buat tomat yang baru dipetik.
Segar dari ladang!

 Jusna tinggalkan kenangan di tepi jalan Desa Bendosari!

 Akmi menurut jejak langkah Jusna!
Tinggalkan dua pasang selipar hotel sebagai saksi kedatangan kami ke daerah ini!

Dalam bas, sempat merasa limau sunskist tempatan. Cikin beli di gerai berhampiran Batu Night Spectacular malam tadi.
Nak tahu rasanya?
Manis!
Manis sungguh!


Dengan penuh sabarnya kami menghitung detik untuk sampai ke kebun epal. Masih adakah epal untuk kami? Atau hanya tinggal pokoknya saja tanpa buah! Atau ketika ini pokok epal sedang berputik? Musim epalkah? Atau bukan musim epal?
Pak Bachtiar sempat bertanya : Pokok itu apa?
Pokok itu pohon pak!
Gambar di atas tu bukan pokok epal ya... itu pokok kentang!
Patutlah.... kentang!
Kenapa?
Amie beli KFC ... ada pegedil kentang kok dijual di KFC!
Oh! Hasil panen di sini memang cukup lumayan!

Entri berkaitan :
Bercuti ke Surabaya (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA2 - Bandara Juanda, Surabaya
Bercuti ke Surabaya (2) : Dari Bandara Juanda Surabaya ke Cemoro Lawang
Bercuti ke Surabaya (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
Bercuti ke Surabaya (4) Gunung Batok
Bercuti ke Surabaya (5) Naik Kuda ke Kawah Gunung Bromo!
Bercuti ke Surabaya : My Brownies
Bercuti ke Surabaya (6) : Padang Rumput Savanah @ Bukit Teletubbies
Bercuti ke Surabaya (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai
Bercuti ke Surabaya (8) : Bermalam di Seulawah Grand View Hotel, Malang.
Bercuti ke Surabaya (9) : Air Terjun Grojogan Sewu
Bercuti ke Surabaya (10) : Petik Epal di Kebun Apel malang
Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik
Bercuti ke Surabaya (13) Toko Istana Buah dan Oleh-Oleh Ayunda
Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia

Bercuti ke Surabaya (16) : Tips dan Persediaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan