Pages

Jumaat, 30 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia

Kota Surabaya: Kami tiba!
Tidak terduga, Kota Surabaya begitu moden sekali dengan pelbagai bangunan dan lampu neon yang mewarnai sepanjang jalan! Benarlah, kota ini memang patut mendapat jolokan sebagai kota kedua besar selepas Jakarta!
Kami tiba di kota Surabaya sekitar pukul 8 malam, dan terus ke Hotel Bekizaar untuk menginap di situ. Ketika bas pariwisata mencari tempat parking di belakang hotel, bukan main seronoknya rasa hati melihat Tunjungan Plaza dan pelbagai gedung di hadapan dan sekitar Hotel Bezikaar! Oh! Memang tepat sekali memilih hotel ini untuk memudahkan kami shoping! Tak sabar dah nak melintas jalan untuk masuk pusat beli-belah yang tersergam indah! Hotel Bezikaar yang bertaraf 3 bintang ini terletak di Jalan Basuki Rahmat No.15, Embong Kaliasin, Genteng, Embong Kaliasin, Genteng, Kota Surabaya, Jawa Timur.
Setelah semua beg diangkut ke lobby hotel oleh para pekerja di situ untuk dibawa ke bilik masing-masing, kami terpaksa menunggu pula 'urusan' masuk hotel. Entah apa ceritanya, akhirnya kami terpaksa berpindah ke hotel lain. Katanya telah berlaku kesilapan oleh pihak hotel. Tempahan yang dibuat oleh Pak Bachtiar 'terlepas pandang' oleh mereka. Jadi, pihak hotel membantu mencari hotel lain untuk kami. 
Bersabarlah wahai hati.
Janganlah terus nak marah walaupun letih! Pak Bachtiar lagi kelihatan sangat letih memandu bas sepanjang hari! Walaupun berlaku ralat, tapi masih ada jalan penyelesaiannya. He he hee... tak marah, cuma sayang waktu terbuang begitu saja. Lagi pun bukan salah Pak Bachtiar, sebab beliau sudah cukup berusaha untuk menjalankan tugasnya.
Akhirnya kami mendapat tempat penginapan di Varna Culture Hotel Soerabaia, hotel 4 bintang  yang terletak di Jalan Tunjungan No. 51 Kelurahan Genteng, Kecamatan Genteng, Kota Surabaya, Provinsi Jawa Timur. Lokasi hotel ini berada di sebelah selatan CMB Niaga, atau sebelah utara Hotel Majapahit.

Yuhuuuu..... walaupun tak dapat menginap di Bekizaar Bussiness Hotel, Varna Curture Hotel Soerabaian yang banyak memaparkan kesan-kesan sejarah kolonial Belanda!

Sementara menunggu urusan check-in selesai, lepak-lepak dulu di lobby hotel.

Oh! Karung plastik warna ungu tu dari kebun apel bu!



Hotel ini merupakan salah sebuah hotel yang masih memiliki ciri-ciri Surabaya Heritage Tempo Doeloe! Lihat sahajalah segala perhiasan, dan susun atur serta konsep yang diterapkan di sini!  Radio lama, telefon doeloe-doeloe!





Melihat gambar-gambar hiasan di dinding lobby hotel, teringat semula kisah petani dan zaman kolonial Hindia Belanda dalam novel-novel Pramoedya Ananta-Toer! Nampak sama benar gambar kereta lembu dengan replika kereta lembu di Museum Angkut!

Kepala keretapi ini pun macam sama seperti kepala keretapi di hadapan Pasar Apung tempat kami ambil gambar!


Tinggalkan dahulu segala barangan antik ini, sebab kami nak masuk bilik masing-masing!
Nak bersihkan diri, nak solat juga.

Bilik kami.

Dan kemudahan yang disediakan.


Kononnya nak keluar makan, tapi tak ada seorang pun yang turun melainkan Faiz, Akmi, Jusna dan Amie serta Pak Bachtiar yang setia menunggu!


Rupanya waktu itu sudah melewati pukul 10 malam! Restoran sudah ditutup! Yang ada ketika itu hanya Warung Rawon Setan! Bukan setan syaitan tu... tapi mungkin untuk menunjukkan betapa rawon itu begitu digemari di sini! Sayangnya, bila Pak Bachtiar ajukan pertanyaan untuk makan di sini, tidak seorang pun bersetuju. Beberapa kali mengelilingi kota, dan tiba-tiba jalan jadi macet! Oh! Rupanya ketika itu segala gedung perniagaan ditutup dan semua pekerja sedang berangkap pulang ke rumah masing-masing1 Yang tinggal hanyalah gerai-gerai makan yang berjejeran sepanjang jalan! Untuk ke KFC, Pizza Hut atau Mc Donald terpaksa berpusingjalan sekali lagi dan kami berasa kasihan dengan Pak Bachtiar. Akhirnya setelah 1/2 jam membuang masa dalam kesesakan lalu lintas, kami cadangkan agar kembali saja ke hotel dan makan di sana.


Makan malam masih boleh dipesan sehingga pukul 12 tengahmalam!



Dewan makan nampak lengang, maklumlah sudah malam benar!



Faiz dengan jus lobak...lobak ke tu?
Atau tembikai?
Entahlah... dah rabun malam, tak nampak!

Oh! Ada Nasi Goreng Jawa rupanya!
Jusna dengan pesanananya lengkap ada sate ayam!

Apa ni Akmi?
Inilah Nasi Goreng Bonnek, nasi goreng Surabaya!

Amie punya... he he heee!
Terakhir kalinya untuk merasa Sup Rawon! Kali ini cuba sup ekornya pula! Sama saja hidangannya dengan Pondok Tempoe Doeloe dan Resto Bu Atik! Mesti ada taugeh tak berekor dan sambal! Di sini bukan tempe atau keropok putih, tapi keropok...keropok yang biasa kita makan tu. 

Lupa pulak nak tengok harga, tapi tidaklah sama harga  50,000 rupiah  di Pondok Tempo Doeloe atau 25,000 rupiah di Resto Bu Atik! Harganya di pertengahan saja antara kedua-dua tempat Amie makan tu. Apa pun.... bertuah! Sebab dapat merasa Sup Rawon 3 jenis (bahagian rawon) di 3 tempat yang berbeza!

Yang ini Amie ingat harganya 21,000 rupiah. Lumpia atau spring roll. Isinya lumayan padat! Cukuplah tu padatkan perut kami berempat!

Faiz punya ni... dah ada kentang goreng dengan chicken chop, dia nak nasi juga!
Yang seronoknya..... yang seroknya sebab ada iringan lagu keroncong1
Memang sukalah suasana hotel di sini sebab masih mengekalkan ciri nusantara! Kalau di Seulawah Grand View Hotel kami didendangkan dengan irama joget dan inang serta irama yang sewaktu dengannya (irama nusantara) instrumental Joget Pahang dan Jingkling Nona (itu yang Amie ingatlah).

Sarapan pagi seawal pukul 6 sudah disediakan!

Ni sebab nak kejar waktu! Menurut Pak Bachtiar sebelum jam 8 pagi, jalan akan ditutup untuk aktiviti perbarisan (tak pasti perbarisan apa), jadi kami kena keluar awal untuk elak macet!

Sebelum jam 8 pagi mesti sudah check-out hotel!

Apa berita hangat pagi ini di Indonesia? 
Sempat jeling-jeling koran KOMPAS.




Semua sudah berada di meja sarapan. Kami hanya menanti Ramle dan isteri untuk masuk ke bas.
Lewat pukul 8 pagi, Ramle muncul dan terpaksa bungkus sarapan dari dapur hotel sebab bas dah nak jalan!

Apa yang macet?


Oh! Ada perarakan atau perbarisan pasukan pakaian seragam... atau tentera?

Tak pastilah pulak!


Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke gedung jambatan Merah, tempat pusat beli-belah.


Kami terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit sebelum pintu masuk dibuka. Operasi perniagaan bermula pada pukul 9 pagi!

Buka saja pintu, kami terus masu... terus cari kamar kecil. Kamar kecil tu toilet!


Banyak kedai yang belum dibuka. Para pekerja duduk menunggu di depan pintu.



Tengok-tengok saja!




Kalau ada yang berkenan, beli saja!


Penat shoping, perut pun lapar! Singga KFC dulu... take away!

Hohooo... ada pegedil kentang di KFC!
Seketyu 5 rupiah!
Amie beli 2 ketu!
Bestlah! Sebab kentang tempatan!


Pak Bachtiar membawa kami ke sebuah tempat beli-belah oleh-oleh lagi di Cak Ning, Jalan Raya Juanda bersebelahan dengan Pondok Tempoe Doeloe. Tak dapat Amie nak kongsi gambar sebab Amie ambil gunakan telefon. Sebaik sahaja sampai LD, telefon Amie tidak boleh berfungsi! Hilang semua data. harta benda dan harta karun segalanya! Huhuhuuuuuu.... ini kali kedua hilang gambar dalam telefon, kali pertama hilang semasa berada di Madinah 2014. Lain kali tak mahu dah pakai telefon!Amie belanjakan lebih kurang604,000 rupiah di Cak Ning. Beli oleh-oleh berupa jajan seperti keropok, kerepek, kacang gajus, serunding ikan dan sebagainya. Sebahagiannya Amie minta bungkus (kotak percuma) untuk memudahkan Amie semasa di KLIA2 nanti, sebab di sana Farid akan menunggu! Jadi, adalah juga oleh-oleh untuknya.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah minum dulu di Pondok Tempoe Doeloe. Pak Bachtiar sekali lagi berusaha membawa kami ke pusat beli belah sebelum menurunkan kami di Bandara Juanda. Kami dibawa ke Mirota Craft Centre, Ngagel, Wonokromo, Surabaya. Memang banyak benda dijual di sini! Macam-maca ada! Tapi harganya pun boleh tahan! Sekali lagi tak ada gambar nak kongsi! Tak lain tak bukan, telefon punya pasal!

Terakhirnya...
Kembali semula ke Bandara Juanda!
Terima kasih Pak Bachtiar. Kami juga mohon ampun dan maaf, sebagaimana Pak Bachtiar enyatakan jika ada kekurangan dan kelemahan, masing-masing minta dihaalkan! Teruskan usaha Bapak menjadi pemandu pelancong yang jujur dan amanah, moga rezeki bapak sekeluarga akan terus berlipat ganda! In shaa Allah... Aamiin!




Malam itu, kami terbang pada pukul 8.50 malam waktu Indonesia dan sampai lebih kurang pukul 12.05 minit malam, 25 minit awal dari jadual penerbangan!

Bertemu Farid dan kawan-kawannya sampai pukul 2.30 pagi di KLIA2. Dapatlah juga hulur oleh-oleh Surabaya dengan buah epal! Yang lain meneruskan perjalanan ke tempat masing-masing. Keesokannya menjelang pukul 7 pagi, Amie dan Jusna sambung perjalanan terbang ke sarang kami di negeri bawah bayu!

Selamat tinggal Surabaya!
Ada rezeki moga akan bertemu lagi Surabaya yang mendapat nama  dari  lagenda ikan sura dan buaya. Namun ada versi lain yang mengatakan Surabaya berasal dari gabungan perkataan sura (selamat) dan baya (bahaya) yang bermaksud selamat dari bahaya!

Sesiapa berminat untuk santai-santai mengelilingi Surabaya atau daerah lain di Jawa Timur, bolehlah hubungi Pak Bachtiar (gambar atas). Nombor telefon beliau ialah : 62 852-3164-6669

Terima kasih sudi membaca catatan perjalanan kami. In shaa Allah selepas ini Amie akan tuliskan satu lagi entri berkaitan ulasan dan tips jalan-jalan di sna.

Entri berkaitan :
Bercuti ke Surabaya (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA2 - Bandara Juanda, Surabaya
Bercuti ke Surabaya (2) : Dari Bandara Juanda Surabaya ke Cemoro Lawang
Bercuti ke Surabaya (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
Bercuti ke Surabaya (4) Gunung Batok
Bercuti ke Surabaya (5) Naik Kuda ke Kawah Gunung Bromo!
Bercuti ke Surabaya : My Brownies
Bercuti ke Surabaya (6) : Padang Rumput Savanah @ Bukit Teletubbies
Bercuti ke Surabaya (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai
Bercuti ke Surabaya (8) : Bermalam di Seulawah Grand View Hotel, Malang.
Bercuti ke Surabaya (9) : Air Terjun Grojogan Sewu
Bercuti ke Surabaya (10) : Petik Epal di Kebun Apel malang
Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik
Bercuti ke Surabaya (13) Toko Istana Buah dan Oleh-Oleh Ayunda
Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia

Bercuti ke Surabaya (16) : Tips dan Persediaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan