Jumpa lagi rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Nampaknya di penghujung tahun ini Amie kena habiskan dahulu catatan perjalanan ke Surabaya! Jadi, kalau buka tudung saji di dapur Amie ketika ini... yang tersaji adalah catatan perjalanan sahaja! saja jew nak simpan di sini buat kenang-kenangan, dan untuk tatapan anda yang ingin berkunjung ke Surabaya. Bolehlah kongsi serba sedikit info di sana.
Sambung catatan:
Sebaik sahaja kami meninggalkan Resto Bu Atik, Pak Bachtiar membawa kami ke tempat jual senduk (inilah yang Akmi cari, yang disebut-sebut sejak dari KLIA2 tempohari). Bukan main seronok Akmi nampak segala senduk kayu bergantungan di gerai - gerai yang bersusun sepanjang tepi jalan!
Senduk kecil senduk besar pelbagai ukuran ada dijual di sini. Nampak rupa kayu senduk pun dah tahu senduk tu tahan lama... ha ha haaa...iye kot! Sebab kalau jenis kayu begini memang berkualiti (kalau di Sabah). Senduk sudip saiz besar tu eloklah kalau nak guna untuk masak kenduri!
Ini antara gerai yang bertuah sebab Pak Bachtiar parking bas di hadapannya, jadi kami terus turun ke sini! Sebenarnya banyak lagi gerai lain yang menjual barangan yang sama di kiri kanannya.
Selain menjual peralatan dapur termasuk periuk belanga tanah liat, setiap gerai juga menjual pelbagai jenis kerepek atau makanan ringan dan juga epal tempatan.
Semuanya epal tempatan!
Limau sunkist tempatan yang sangat manis!
Memang sungguh manis!
(Gambar limau sunkist yang Cikin beli semasa kami singgah di BNS malam semalam).
Nampak macam biasa saja, tapi rasanya sungguhh luar biasa!
Epal dijual mengikut gred.
Yang kami petik di kebun epal itu tak ikut gred. Main rembat saja, entah tua entah muda, entah masak entah tidak!
Gerai epal merupakan pemandangan biasa di sekitar Kota Malang dan sepanjang perjalanan ke daerah ini.
Selain epal, Amie lihat ubi keledek yang besar-besar terikat kemas!
Jom masuk ke dalam gerai pulak!
Ada macam-macam jajan @ kerepek!
Amie teringat ketika Pak Bachtiar menghantar Faiz ke masjid untuk solat Jumaat, kami singgah di salah sebuah kedai. Di dalamnya terdapat banyak kerepek pelbagai jenis! Ada kerepek strawberry, kerepek kiwi, kerepek nanas dan entah apa lagi! Amie beli kerepek salak. Saja jew nak rasa.
Rambang mata!
Dah..jom naik bas!
Tinggal dulu segala macam kraftangan!
Suka sangat Amie lihat pemandangan di atas tu!
Ketika Pak Bachtiar mengambil jalan pintas untuk menukar arah pemanduannya, penugguna jalan raya yang lain memberi laluan dengan sabar! Sabar menunggu urusan Pak Bachtiar selesai! Ini merupakan pemandangan biasa di sana. Sikap tolerasi dan sopan santun di jalan raya jelas terpamer setiap kali berada di jalan raya!
Kami tinggalkan gerai-gerai tadi dengan peristiwa lucu yang mencuit hati!
Cuba lihat apa Akmi pegang tu?
Amie sangka alat pengadun tepung!
Bukan!
Benda tu digunakan untuk urut kepala!
Masukkan dalam kepala anda dan tarik ke atas! Lakukan berulang kali ...hihihiiii hilang sakit kepala!
Wokey... lepas ni nak ke mana pula?
Ikut sajalah yea...
Entri berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan