Ini merupakan kali keenam Amie menjejakkan kaki ke Pulau Labuan, tapi hanya pada kali inilah kami berkesempatan meluangkan masa melawat-lawat tempat menarik di sini. Antaranya termasuklah War Memorial. Dengan lawatan ini, dapatlah Amie menambah ilmu pengetahuan tentang Perang Dunia II dan rentetan peristiwa Perjalanan (Kawad) Maut Sandakan-Ranau. Kepada sesiapa yang ingin menambah info tentang sejarah tanah air kita bolehlah klik di sini : SANDAKAN MEMORIAL PARK. Selain itu, info tambahan boleh klik di sini juga : QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN - RANAU DEATH MARCHES dan jangan lupa klik di sini lagi : KUNDASANG WAR MEMORIAL.
Kali ini Amie kongsikan pula entri Labuan War Memorial.
Tugu Peringatan Perang ini terletak di Jalan Tanjung Batu.
Di sinilah tempat bersemadinya 3,908 pahlawan perang yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.
Taman memorial ini kelihatan rapi dengan landskapnya yang cantik mengikut susunan. Padang rumputnya nan menghijau nampak indah sekali.
Kebanyakan askar yang terkorban terdiri daripada warga Australia, Britain, New Zealand, Punjab Signal Corp dan juga penduduk tempatan. Mereka terbunuh semasa pencerobohan Jepun di Borneo.
Tapak perkuburan yang sangat luas, saujana mata memandang!
Rentetan angkara tentera Jepun, peristiwa Kawad Maut Sandakan-Ranau (Death Marches) banduan-banduan perang yang kehilangan nyawa semasa kawad maut, dan juga tawanan perang di Kem Sandakan ada yang disemadikan di Kubur Perang Labuan yang juga dikenali sebagai Labuan War Cemetary di sini.
Pelbagai mesej diukir pada penanda kubur.
Sebahagiannya pula ditulis Known Unto God atau bermaksud dikenal oleh tuhan seperti di bawah ini.
Tapak perkuburan ini diabadikan sebagai tempat persemadian askar-askar Bersekutu yang dikumpulkan dari seluruh Borneo. World War Memorial ini dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Tempat ini menjadi destinasi lawatan utama khususnya veteran-veteran perang dari Australia. Hari Peringatan diadakan setiap Ahad pertama bulan November, dan ketika ini ramailah pelawat asing dan tempatan yang hadir.
Jom... kita maju ke tengah kawasan perkuburan ini. Apa yang ada di sana...
Di setiap tiang tertera senarai nama askar yang terkorban.
Tugu Peringatan Perang Indian Signal Corp dengan senarai nama askar yang terkorban.
Suhu yang panas terik menyebabkan kami tidak sanggup berada terlalu lama di sini. Dah tambah sedikit sebanyak ilmu sejarah tanah air, marilah kita pulang. Bawalah seberapa banyak iktibar dan pengajaran dari sejarah masa lampau. Marilah kita sentiasa bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai tanpa perlu mengangkat senjata dan bermandi darah seperti pejuang-pejuang yang terdahulu!
Entri berkaitan di Labuan:
Senja di Jeti Labuan
Masjid Jamek An-Nur, Labuan
Taman Damai, Labuan
Taman Botanikal, Labuan
Muzium Chimney & Menara Chimney
Taman Burung, Labuan
Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, Labuan
Tiara Labuan Hotel
Jalan-Jalan Cari Makan di Labuan
Entri berkaitan di Labuan:
Senja di Jeti Labuan
Masjid Jamek An-Nur, Labuan
Taman Damai, Labuan
Taman Botanikal, Labuan
Muzium Chimney & Menara Chimney
Taman Burung, Labuan
Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, Labuan
Tiara Labuan Hotel
Jalan-Jalan Cari Makan di Labuan
Nisan Yg tak bernama tapi tulang besar besar maka diketahui askar Eropah.
BalasPadamYg bernama ada dog tag.
Yg jopun tak de dogtag.tu longgok je gitu..
Almaklumlah Jepun negara miskin. Miskin sumber semula jadi. .Dan segalanya.