Pages

Isnin, 14 November 2016

Terung Pipit Tumis Sama Ikan Bilis

Lama tak makan nasi lauk terung pipit!
Hari ini puas makan Terung Pipit Tumis Sama Ikan Bilis. Cara masak, ringkas saja. hanya potong cili bawang jew... sebenarnya malas nak kisar cili kering...hiks!

Bahan-bahan:
1 cawan terung pipit yang sudah dilerai dari tangkai - goreng hingga layu - toskan minyak
1 cawan ikan bilis - goreng separuh garing - toskan minyak
20 biji cili padi putih - buang tangkai - tak payah hiris
15 biji cili padi
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar - mayang kasar
garam / gula / perasa pilihan
3 sudu besar minyak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan hirisan cili padi, cili merah dan cili padi putih. Kacau rata sehingga cili layu.
3. Seterusnya masukkan terung pipit, ikan bilis, dan bawang besar. Gaul sebati.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan