Nak kata sibuk, ada juga masa untukk berehat. Nak kata terlupa... selalu juga teringat! Sewaktu pergi Labuan tempohari, sempat shopping di beberapa buah kedai buku. Terjumpa beberapa buah buku resepi kawan-kawan blogger masakan. Seronok tak terkira! Terus rembat mana yang ada dan belum kita miliki! Entah berapa buah kedai buku kita masuk. Sempat belek-belek dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke LD. Sempat kira juga, ada dalam 34 buah buku resepi kesemuanya! Oh... salah! 33 buah, tolak sebuah buku motivasi.
Balik dari tengok Fuad di Labuan tu sebenarnya sudah tiga minggu berlalu! Sampai LD pada 1 November 2016. Fuad pun dah menyusul balik LD untuk bercuti.
Barulah perasan, buku-buku resepi yang dibeli tu, belum lagi disusun dalam rak bersama kawan-kawan seangkatannya yang lain.
Jom tengok buku-buku resepi yang baru Amie beli tu, yang sebenarnya dah lama di pasaran tapi Amie baru terjumpa! Maklumlah ke Kota Kinabalu bukannya selalu... jauh tau, 7 jam perjalanan darat!
Yang di atas tu Buku Resipi Blogger Kak Nooriah Abdullah. Jom selalu-selalulah terjah dapurnya sebab banyak sangat hidangan sedap-sedap dan menggoda mata memandangnya! Klik sini ye : BICARA KAK NOOR.
Yang ini pulak, hasil air tangan blogger masakan yang tak kurang hebatnya! Suka jengok dapurnya sebab dia rajin sertakan gambar langkah demi langkah dalam masakannya. Ini sajalah sebuah buku resepi beliau yang Amie dapat : MENU HARI-HARI. Jom intai dapur Hafizah Yahaya di sini : FIZA'S COOKING
Yang ini pun sebenarnya dah lama di pasaran, tapi rezeki Amie yang lambat sikit dapat. Bukan tak mahu beli online, tapi saja ngada-ngada nak beli di kedai ha ha haaa.... tunggu sekian lama tapi tak pernah jumpa di Lahad Datu. Akhirnya bertemu juga jodoh kita di Kota Kinabalu. Kalau nak tengok gambar-gambar masakan yang cantik dan penuh kreativiti, jangan segan masuk jew ke dapur dia di sini : QASEY HONEY
Dan yang terakhir Amie beli dua buah buku hasil air tangan blogger masakan yang sedang menyiapkan Ph-Dnya di Australia. Sebenarnya ada tiga buah, tapi hanya ada dua buah sahaja buku masakannya yang Amie temui. Apa khabarnya agaknya Mamadee sekarang. Masih sibukkah dengan pengajiannya? Jangan lupa, kunjungi dapurnya di sini : MAMADEE'S KITCHEN.
Terimakasih Amie sudi jugak dapatkan buku kaknoor wlaaupun dah lama dipasaran, btw selamat menelaah ya cuti2 ni
BalasPadamSama-sama kasih kak... dah lama di pasaran tapi tak sampai ke pasaran LD hihihiiii....
BalasPadamtq.. dah follow semuanya. suka follow, tapi bila nak try tak taulah. haha bujang2 ni makanlah masakan air tangan mak dulu :P
BalasPadamBestnya beli buku masakan. PH pun pantang kalau nampak buku resipi. Mesti nak sambar cepat-cepat.
BalasPadam