Bila musim perayaan tiba, memang penuh sesaklah segala manusia datang ke bandar dengan urusan masing-masing. Amie pulak agak lewat tempah hotel. Hotel sana penuh, hotel sini penuh! Akhirnya dapatlah tempah satu bilik di Jesselton Hotel. Itu pun sekadar tempat untuk merehatkan diri, atau transit untuk meneruskan perjalanan ke Labuan pada keesokan harinya!
Jesselton Hotel terletak di Jalan Gaya dan bertaraf 3 bintang. Hanya ada satu ruangan untuk letak kereta sementara. Ketika Amie check in, Encik Suami berpusing mencari tempat letak kereta tetapi semuanya penuh. Kebetulan pula hujan turun. Pihak hotel membenarkan kereta kami berhenti di hadapan pintu hotel hanya untuk menurunkan beg sahaja. Kebetulan pula, Firdaus perlu tukar lampin pakai buang. Amie terpaksa minta tempoh beberapa minit lagi untuk membawa Firdaus naik ke bilik dan turun semula. Kemudian kami tinggalkan hotel, dan kami difahamkan menjelang malam mungkin ada tempat letak kereta yang dikosongkan di sekitar hotel tersebut.
Hotel ini sesuai untuk mereka yang datang menggunakan teksi, atau dari lapangan terbang. Kelihatan beberapa buah teksi menunggu penumpang di tempat letak teksi di hadapan hotel.
Ini keadaan di dalam bilik.
Ruangannya luas dan selesa.
Hiasan dalamannya menampakkan ciri-ciri kolonial.
Ia merupakan hotel yang pertama dibina di Jesselton pada tahun 1954. Ketika itu kawasan ini lebih dikenali sebagai Bond Street tetapi kini bertukar nama kepada Jalan Gaya.
Bilik airnya luas dan dihias cantik dengan peralatan vintaj.
Adalah pulak pasu dalam bilik air... adeeehhhh! Pasu apa tu...
Lain macam jew rupanya!
Petang itu terpaksalah kami menghabiskan masa mengelilingi Kota Kinabalu, makan-makan dan jalan-jalan sementara menunggu malam menjelma untuk mencari tempat letak kereta berhampiran hotel. Kebetulan pula hujan lebat sampai ke malam! Akhrnya kami tersadai di Suria Sabah.
Keesokan paginya kami check out pada pukul 6.30 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Menumbok... nak kejar feri ke Labuan! Oh ... lupa nak bagi tau... sarapan tidak disediakan (tidak termasuk harga penginapan) seperti kebiasaan kita bermalam di hotel!
Sekadar kongsi info tentang sarapan di sini.
Antara menu yang disediakan.
Di sana sini kelihatan barangan antik dijadikan pelengkap hiasan dalaman hotel. Sebaik sahaja anda melangkah ke bahagian lobby, anda akan terpandang beberapa jenis pasu lama seperti di atas!
Ketika kami meninggalkan Jesselton Hotel, matahari belum muncul. Jalan eaya agak basah kerana hujan sepanjang malam. Apa pun, dapat jugalah meluruskan badan, terutama Encik Suami yang penat memandu seharian dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Dengan perut kosong, kami meneruskan perjalanan menuju ke Menumbok. Hanya kacang, gula-gula dan air mineral yang menjadi alas perut kami sepanjang jalan nanti.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamhahaha... Amie.. saya tengok pasu kat bilik air tu pun terasa semacamla pulak.. mulalah dok teringat cerita2 misteri yg terbaca dlm novel.. haha...
BalasPadamapapun dalam hotel tu nampak cantik & selesa kan..