Yok bara'an...!
Ayok!
Anak-anak kami bukan main suka kalau ikut bara'an. Kata mereka, suasana beraya di kampung Mommy tak sama dengan raya di kampung Baba! Iyolah... dah namanya Mommy ini keturunan Jowo, Baba pulak keturunan Melayu Cocos! Sedikit-sebanyak ada juga berbezaan dari segi budaya.
Tapi apa itu bara'an? Bara'an merupakan istilah dalam bahasa Jawa, yang biasa Amie dengar sejak dari kecil. Ikut pemahaman sendiri, kamus dari kepala sendiri, bara'an itu membawa maksud berkunjung secara beramai-ramai dari rumah ke rumah semasa hari raya terutamanya rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Bagaimanapun lain daerah, barangkali lain pula pengertian dan cara bara'annya! Ada yang bara'an dalam satu kumpulan wanita, dan satu kumpulan lelaki sahaja. Ada bara'an yang hanya disertai warga emas sahaja, atau anak-anak muda sahaja! Ada bara'an dari rumah ke rumah disertai dengan marhaban dan juga bertakbir. Baraan yang disertai dengan marhaban dan bertakbir ini biasanya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Kalau di kampung halaman Amie, Kampung Bukit Hijau, Bukit Cheraka, Bukit Kuching dan kampung sekitarnya, sudah tentulah baraan bersama ahli keluarga terutama pada hari raya pertama dan kedua (bergantung kepada berapa lama cuti atau kesempatan) yang ada untuk berada di kampung.
Tapi apa itu bara'an? Bara'an merupakan istilah dalam bahasa Jawa, yang biasa Amie dengar sejak dari kecil. Ikut pemahaman sendiri, kamus dari kepala sendiri, bara'an itu membawa maksud berkunjung secara beramai-ramai dari rumah ke rumah semasa hari raya terutamanya rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Bagaimanapun lain daerah, barangkali lain pula pengertian dan cara bara'annya! Ada yang bara'an dalam satu kumpulan wanita, dan satu kumpulan lelaki sahaja. Ada bara'an yang hanya disertai warga emas sahaja, atau anak-anak muda sahaja! Ada bara'an dari rumah ke rumah disertai dengan marhaban dan juga bertakbir. Baraan yang disertai dengan marhaban dan bertakbir ini biasanya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Kalau di kampung halaman Amie, Kampung Bukit Hijau, Bukit Cheraka, Bukit Kuching dan kampung sekitarnya, sudah tentulah baraan bersama ahli keluarga terutama pada hari raya pertama dan kedua (bergantung kepada berapa lama cuti atau kesempatan) yang ada untuk berada di kampung.
Jom... ikutilah pengertian bara'an dari kaca mataku berdasarkan amalan tradisi orang kampung, yang terasa lebih menjiwai kejawaan itu bila berada jauh dari kampung laman, dan hanya sekali-sekala berkesempatan mengulang nostalgia lalu....
Sebelum itu, silalah baca coretan kita tentang tradisi munjung di sini untuk lebih memahami konsep dan budaya berhari raya dalam masyarakat Jawa : PUNJUNGAN ; AMALAN TRADISI MASYARAKAT JAWA SEBELUM MENJELANG HARI RAYA.
Pagi 1 Syawal.
Sebaik sahaja kembali dari masjid selepas menunaikan solat Aidil Fitri, kami sekeluarga makan ketupat bersama, dan kemudian kami bersiap-siap untuk keluar bara'an. Pada masa yang sama, sebelum sempat kami bergerak, kereta kami tak boleh keluar dari kawasan rumah, sebab halaman rumah dipenuhi dengan beberapa buah kereta para tetamu. Tetamu pertama tiba di teratak Bonda ialah keluarga sepupu kami (anak kepada kakak Bonda, Wak Qulon) dari Bukit Kuching.
Kita pun tak dapat memastikan siapa sebenarnya tetamu yang datang..... sungguh! Masa telah merubah segalanya.... tak sedar hampir 25 tahun jadi anak rantau. Balik kampung hanya sekali-sekala, tika rezeki dan kesempatan datang.
Bonda lebih selesa duduk di bahagian rumah bawah, sebab Bonda agak uzur untuk turun naik rumah. Konsep bara'an keluarga sudah tentulah ingin menziarahi keluarga yang lebih tua. Jadi, pastinya Bonda yang ingin ditemui terlebih dahulu.
Kalau dah namanya bara'an sudah tentunya datang beramai-ramai, dan kadang-kadang tak terhitung oleh jari jumlah kedatangan mereka. Memang beginilah kebiasaannya tetamu dari kalangan saudara mara yang menziarahi teratak Bonda setiap tahun.
Di kesempatan keemasan ini, kita tangkap gambar mana yang dapat jew... bukan selalu dapat merakam suasana begini! Bayangkan terakhir kita balik beraya pada tahun 2012, itu pun sampai kampung pada pukul 6 petang, 1 Syawal!
Gambar kenangan, petang 1 Syawal 2012...bersama keluarga sebelah Bonda, bara'an dari Perak.
Bila tengok gambar raya tahun 2016, baru perasan rupanya teratak Bonda sudah berganti warna cat! Bonda sangat sayang bahagian rumah ini. Pesannya, kalau boleh jangan diubahsuai sebab hanya ini sahaja kenangan yang Bonda ada sewaktu hayat arwah Ayahanda masih ada. Kayu untuk tiang rumah ini, arwah Ayahanda yang tebang, dan angkut sendiri dari hutan dengan menggunakan basikal! Tersentuh hati... Al-Fatihah buat arwah Ayahanda. Moga rohnya sentiasa tenang di alam sana. Semasa hayatnya, arwah suka sangat duduk di hujung tangga ni...
Eh! Macam terkeluar tajuk pulak dah ni...
Kita intai semula di rumah bawah...
Tetamu pun beransur pulang.... masha Allah! Dah nak balik baru sempat menyapa.... Ini Kak Lembut dengan abang sepupu kita..... kok boleh kami tak kenal! Entah berapa lama tak pernah berjumpa! Minta maaf Kak Lembut.... memang kita sama-sama berpandangan, dalam hati berkata... siapa ni?
Sekali lagi...
Belum sempat ambil kunci kereta untuk kami keluar bara'an, datang bara'an yang kedua...
Nampaknya anak-anak Wak Qulon sentiasa mendahului saudara mara yang lain menziarahi Bonda. Ini abang sepupu kita juga, dari Bukit Kuching...bersama bara'annya yang terdiri daripada anak cucunya semua.
Encik Suami menjadi penyambut tetamu ke...
Sekali lagi ruang an kembali sesak dengan para tetamu.
Bagi yang tak biasa dengan suasana bara'an, tentu akan tertanya-tanya. Bagaimana tuan rumah menjamu selera para tetamu yang begitu ramai datang tak putus-putus? Cukupkah tangan melayan mereka? Berapa banyak makanan seperti ketupat dan rendang harus disediakan?
Inilah keunikannya konsep bara'an dalam tradisi masyarakat Jawa. Perkara sebegini tidak sedikit pun menyusahkan atau membebankan tuan rumah. Sekiranya tuan rumah mempunyai persediaan dari segi tenaga untuk menghidangkan makanan berat, tetamu sentiasa dipersilakan untuk menikmatinya. Bagaimanapun, biasanya mereka hanya dihidangkan dengan minuman dan kuih muih sahaja. Sudah baca entri : PUNJUNGAN : AMALAN TRADISI MASYARAKAT JAWA SEBELUM MENJELANG HARI RAYA? Kalau dah baca tentu lebih faham. Sebelum menjelang hari raya, saudara mara dan jiran tetangga akan menghantar punjungan, iaitu tradisi bertukar-tukar juadah seperti ketupat dan lauk-pauk. Ini yang kita nak kata ada keunikannya.... sebab masing-masing dapat merasa hidangan atau juadah yang dihantar. Maka keesokan harinya, atau hari-hari seterusnya ketika berhari raya......
Biila tibanya hari raya, masa tersebut digunakan sepenuhnya untuk menziarahi seberapa banyak rumah sanak saudara dan jiran tetangga, bertanya khabar, mencicipi sedikit kuih-muih dan membasahkan tekak dengan air yang dihidangkan. Teristimewa ialah ketika tiba masa untuk bermaaf-maafan...
Bab bermaaf-maafan ini yang kita sangat terkilan sebab tata tertibnya sudah dilupakan! Seingat kita sewaktu kecil dahulu, cara mereka bermaaf-maafan penuh denagn kesopanan dan emosi sehingga menitiskan air mata! Lelaki dan perempuan mempunyai cara yang berbeza sewaktu bermaafan. Mereka tidak bersentuh tangan atau bersalaman, Sangat cantik! Lelaki akan duduk bersila. Wanita akan duduk bertimpuh dengan memalingkan sedikit wajahnya, tunduk menghalang pandangan lelaki. Kemudian mereka mengucapkan ..... kita dah lupa! Penggunaan bahasa Jawa halus! Didahului dengan bacaan Bismillah, selawat dan seterusnya.... untaian kata-kata itu!
Oh! Maaf... agak emosi sikit. Sayang seribu kali sayang kita tak dapat nak paparkan suasana tersebut sebab dah tak ada yang mengamalkannya .....
Halaman rumah mula lengang. Bonda arahkan kami agar segera berkunjung ke rumah saudara-mara. Katanya, jangan risau tetamu yang datang, sebab semua minuman dan kuih muih tambahan sudah disediakan. Kami cepat-cepat mengambil kunci kereta masing-masing dan meninggalkan teratak Bonda. Kalau asyik terperuk di rumah, satu rumah pun tak dapat kami kunjungi hari ini.... hihiiii tak dapatlah nak merasa suasana bara'an.
Rumah pertama... rumah abang sebapa kami, Abang Said.
Rumah kedua, rumah adik arwah Ayahanda...juga sudah kembali ke pangkuan-Nya!
Kalau dulu bara'an berjalan kaki atau naik basikal. Sekarang yang muda suka naik motosikal! Tak kisahlah, naik apa pun, yang penting sampai tujuan!
Rumah ketiga... rumah adik arwah Ayahanda yang bongsu, Paman Hamid.
Meriahnya bara'an!
Penuh sesak rumah orang hihihiii... tak cukup duduk di kerusi, duduk saja di bawah. Yang penting objektif bara'an tercapai... menziarahi dan bermaaf-maafan.
Kami tidak mengambil masa yang lama ketika berziarah. Cukuplah setakat mencicipi beberapa jenis kuih, membasahkan tekak dengan minuman yang disediakan serta bertanya khabar. Barangkali di antara 20 hingga 30 minit sahaja! Sebab lepas tu nanti... bara'an lain pulak yang datang! Kami pun meneruskan bara'an ke rumah lain.
Walaupun masuk waktu Zohor, kami tidak balik ke rumah sebaliknya meneruskan bara'an tetapi singgah di masjid untuk solat dahulu. Kalau balik ke rumah, agaknya terus jatuh berguling atas bantal!
Ini Masjid Bukit Hijau... ada nostalgia di sini tau...
22 tahun yang lalu, hari Jumaat malam Sabtu 18 November 1994 Encik Suami sekali lafaz sah jadi suami kita!
Lepas solat kami sambung beraya di rumah Paman Kirman, adik lelaki Bonda. Rumahnya tepat lerletak di hadapan masjid tadi.
Apa pun.... harap rempeyek masih dihidangkan sebagai salah satu kuih tradisi semasa hari raya!
Bila melihat tumpi @ rempeyek kacang hijau ni.... teringat lagu tembang Jawa semasa kecil-kecil dulu:
Rempeyek kacang ijo,
Mewek-mewek njalok bojo!
Kalau faham maksudnya,korang memang wong Jowo!
Pergilah beraya di rumah orang Jowo, sekurang-kurangnya ada kerepek, tak kiralah kerepek ubi, keladi, dan seumpamanya!
Dan halwa kolang-kaling juga!
Kalau tak tahu kolang-kaling tanya wong Jowo yew...
Kalau tak tahu kolang-kaling tanya wong Jowo yew...
Dari tengahari sehingga ke petang, kami dapat mengunjungi 10 buah rumah saudara mara terdekat sebelah arwah Ayahanda terutama di Bukit Hijau dan keluarga sebelah Bonda di Bukit Kucing. Menjelang pukul 6 petang kami sampai ke teratakk Bonda.
Oh! Nampaknya Bonda masih didatangi tetamu. Melihat jumlah kereta, kami tahu.... itu orang bara'an!
Demikianlah kisah bara'an dari kaca mata Amie berdasarkan pengalaman masa lalu dan masa kini di kampung halaman sendiri. Barangkali terdapat perbezaan maksud dan pengertian bara'an atau amalan bara'an di tempat atau daerah lain. Yang penting, tradisi ini memang patut diamalkan agar tidak pupus ditelan zaman. Mana yang terkurang, barangkali boleh ditambahbaik. Bagaimanapun, tujuan utamanya sudah tentulah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
Bagaimana pula dengan bara'an di tempat anda?
Oh! Nampaknya Bonda masih didatangi tetamu. Melihat jumlah kereta, kami tahu.... itu orang bara'an!
Demikianlah kisah bara'an dari kaca mata Amie berdasarkan pengalaman masa lalu dan masa kini di kampung halaman sendiri. Barangkali terdapat perbezaan maksud dan pengertian bara'an atau amalan bara'an di tempat atau daerah lain. Yang penting, tradisi ini memang patut diamalkan agar tidak pupus ditelan zaman. Mana yang terkurang, barangkali boleh ditambahbaik. Bagaimanapun, tujuan utamanya sudah tentulah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
Bagaimana pula dengan bara'an di tempat anda?
salam aidilfitri Mie
BalasPadammeriah nya raya Amie jugak kan
syok nya ramai sedara mara berkunjung
tertarik kat rempeyek tu lah
Bara'an juga disebut marhaban Amie
BalasPadamSebab ramai-ramai bila tiba rumah yg dikunjungi semua akan berselawat
Tola'albadru alaina... ha.. mesti Amie tahu kan
Salam aidil fitri, maaf zahir batin dari kakak.
Kak Noor,
BalasPadamsekarang ni sekali-sekala saja ikut bara'an kak.
Kakzakie,
tq info kak, cuma di kampung kami bara'an begitu2 saja, tidak semestinya diikuti dengan berselawat.... asal datang ramai2 dari rumah ke rumah time raya, orang kampung kata bara'an.