Pages

Selasa, 7 Jun 2016

Sungai Moroli Fish Massage di Kampung Luanti Baru, Ranau

Kalau tak silap, terakhir kami datang ke sini pada tahun 2014, singgah sebentar dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu sebab menguruskan passport dan suntikan Abang Farid untuk umrah. Ketika itu Abang Farid masih menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan. Jadi, kami tunggu Abang Farid terbang ke dari Labuan di KKIA.

Inilah ikan pelian atau ikan kelah yang dikatakan jinak-jinak merpati! Nampak boleh dijadikan kawan, bila didekat tak takut tapi bila nak tangkap lari pulak! Ikan ini dipercayai semakin pupus tetapi syukurlah kita masih dapat melihatnya atas usaha dan kesedaran serta kerjasama pemimpin dan masyarakat Kampung Luanti Baru yang memelihara dan menjaga sungai ini melalui Sistem Tagal yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah.




Tagal membawa maksud 'larangan' untuk menangkap ikan kepada sesiapa sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Keselamatan kampung bagi tempoh tertentu. Tagal atau bombon ini juga merupakan satu konsep pemuliharaan sumber perikatan dengan kerjasama penduduk setempat.

Sungai Moroli yang cetek dan berair jernih...
Nampak mengasyikkan apabila ikan-ikan menuju ke tepian sungai dan mendekati kita...

Sayangnya setiap kali tangan ingin menangkapnya, sepantas kilat ikan kelah melarikan diri. 

Selain ikan kelah, ada spesies ikan lain yang lebih kecil, bermain-main di tepian sungai. Ikan ini ialah ikan lampam atau ikan salap dalam bahasa tempatan. Tidak seperti ikan kelah yang lembut mengelus kaki, ikan salap ini kalau mengigit boleh terasa giginya menyentuh  kaki hihihii....

 Nampak tak ikan lampam @ salap yang bersaiz lebih kecil itu?

Oh Yaaa... lupa nak tulis mukadimah!
Kampung Luanti Baru ini letaknya kira-kira 20 km dari pekan Ranau. Bersebelahan dengan Kampung Nalapak, tempat Ladang Teh Sabah yang terkenal itu....


Pintu masuk...
Ada masjid di situ.


Ketika kami sampai, kira-kira pukul 3 petang, ramai pengunjung yang datang ke sini. Kereta pun parking sampai di tepi jalan.

 Tiket...
Dewasa RM5.00.
Kanak-kanak RM2.00.
Itu harga untuk rendam kaki sahaja.
Kalau nak mandi, kena beli tiket harga RM10.00.

Sesiapa yang bawa kamera kena beli tiket jugalah.
Kita beli jew... kang tak beli, malu pulak kena tegur time tembak-menembak ikan di sungai... ahaks!


Masuk kena ikut giliran.
Tunggu nombor kumpulan dipanggil.
Masuk dalam tu pun bukan ikut suka kita nak rendam kaki berapa lama kita nak...

Lebih kurang 15 minit kita berada di situ, nombor kumpulan kita dipanggil untuk keluar dari kawasan itu.
Banyak pengunjung lain sedang menunggu giliran.
Kalau tak buat begitu, alamat sampai malamlah kita bertapa di tepi sungai tu main-main dengan ikan kelah!

Jom masuk kawasan sungai.....
Kami hanya dibenarkan beli makanan ikan sebanyak RM1.00 saja yang dijual di pintu masuk tadi.

Masukkan saja kaki ke dalam air...ikan kelah datang menggesel-geselkan badannya yang licin tuu..

 Haaa... kalau dah campak makanan, berebut-rebutlah si ikan kelah untuk dapat habuan!





Fairuz terpaksalah bagi makan ikan di tepi sungai sebab Firdaus tak mahu ikut masuk sungai!

Ho hoohoo... nampak macam jinak betul ikan-ikan nih! Kalau boleh naik  ke darat laa tu!

 Nampak jinakkan?
Geramnya!


 Kesian Fairuz...
Terpaksa berkorban demi Firdaus!
Duduk sajalah di tepi sungai tu sambil campak makanan ikan!

 Akhirnya Fairuz bergerak juga sedikit demi sedikit ke dalam air sungai...

 Firdaus keraskan badannya tak mahu ikut masuk air!

 Tapi si abang tetap juga berusaha membawa adik kesayangannya ni masuk air sungai!

 Imbas kembali...
Dua tahun lalu!

 Ketika Firdaus berumur 1 tahun!
Singgah di sini dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

 Dulu Firdaus tak tahu apa-apa...

 Sekarang dia rasa takut-takut...

 Berkat usaha si abang Fairuz, akhirnya berjaya juga memcecahkan kaki adik Firdaus ke dalam air sungai!




 Sayangnya masa yang diperuntukkan tinggal sedikit. Terpaksalah kami naik ke darat!


 Walaupun Firdaus belum puas bermain air dan berkenal-kenalan dengan ikan kelah!

 Menangis melolonglah Firdaus sepanjang jalan sampai masuk kereta untuk ditukar pakaian!
Nak tengok ikan..... nak tengok ikan!
Aduuuhhh... sedihnya!

 Selain ikan kelah sebagai tarikan pelancong, di sini ada aktiviti lain seperti menaiki jambatan gantung.


 Jambatan ini meretangi Sungai Moroli.

Ada gerai menjual makanan dan cendera kenangan juga di situ, tapi tak dapat tangkap gambar sebab Firdaus dah melolong-lolong!

Hmmm... 
Datanglah ke sini tengok-tengok ikan kelah jinak. Kita dekat, dia dekat...kita tangkap dia lari!

Harap tempat ini terus terpelihara, jauh dari pencemaran dan dapat diwariskan untuk generasi akan datang.

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

2 ulasan:

  1. Ya Allah..seronoknya Amie..geram tengok ikan2 tu. Kelakar juga tengok aksi Firdaus..dah seronok susah pulak nak keluar dari sungai ya hehehe

    BalasPadam
  2. Cik Wan,
    besar-besar kaaan... kalaulah boleh tangkap sekor! Ha ha haaa....

    BalasPadam