Kita selalu sangka, panas sampai ke petang.... tapi tiba-tiba hujan di tengah hari. Kadang-kadang kita rasa cuaca mendung tak akan ada cerahnya sepanjang hari, tapi tiba-tiba muncul sang mentari!
Setelah Fuad mendaftar masuk ke Tingkatan 6, sangatlah senang hati kami. Sekolahnya depan rumah kami. Tak sampai 300 meter! Keluar dari pintu pagar rumah, berjalan sedikit ke jalan besar, lintas jalan... dah sampai pagar sekolah! Memandangkan sekolahnya yang sangat dekat itu, setiap pagi ketika kami sibuk-sibuk nak keluar rumah, dialah juga yang sibuk buka dan kunci pagar. Dialah yang mengangkat Firdaus yang sedang lena masuk ke dalam kereta sebelum Encik Suami hantar ke kampung. Dialah yang tukang angkat sampah buang masuk dalam tong besar di depan pagar. Selalunya Encik Suami yang terlebih dahulu meninggalkan rumah, diikuti oleh kita dengan Fairuz. Ketika itu barulah Fuad bersiap untuk ke sekolah.
Tiba-tiba pada pagi Sabtu 18 Jun, selepas bersahur... Encik Suami tanya kita.
Ada Fuad bagi tahu dia dapat panggilan masuk kolej?
Tidak. Oh...dia dapat masuk kolej ke?
Biarlah dia terus di tingkatan 6, balas Encik Suami.
Kita pun panggil Fuad.
Adik dapat masuk kolej ke? Kenapa tak bagi tahu Mommy?
Baba kata tak payah pergi, jadi taklah saya bagi tahu Mommy.
Adik memang nak masuk kolej ke?
Memanglah.... itulah doa saya.
Oh... mari sini sayang Mommy! Tahniah!
Dia cium tangan kita. Kita peluk dia, cium pipinya kiri dan kanan.
Kalau dah niat nak sambung ke sana, pergi sajalah....
Kita pun pelan-pelan cakap dengan Encik Suami:
Budak tu berminat nak masuk kolej. Panggilan pertama tak dapat, tapi dia terus mengharap. Dah dapat panggilan kedua... kenapa tak benarkan budak tu pergi. Bla bla blaa..... Kita ni, sebagai orang tua, selagi budak tu berminat nak sambung belajar ke sana, kita bagi sokonganlah.
Sebenarnya kita rasa nak menitik air mata bila Fuad kata: Memanglah.... itulah doa saya. Kita sedar...kita tahu...dia sudah cukup berusaha, berikhtiar...dan akhirnya bertawakkal.
Kalau dulu, semasa Farid menerima tawaran masuk ke kolej itu...ada tempoh yang agak panjang untuk kami buat persiapan. Tiba giliran Fuad, hanya beberapa hari sahaja...18/6 dapat tawaran... 23/6 daftar! Oh! Rupanya panggilan kedua begini keadaannya....
Memang kelam kabut dibuatnya! Mana nak buat itu mana nak buat ini! Apa yang penting sekali, kebetulan hari Sabtu 18/6 kita sekolah ganti, jadi kita terus isi borang CRK, cuti selama 2 hari untuk hantar Fuad lapor diri. Seharian Fuad meneliti segala borang yang perlu diisi. Esok, in shaa Allah akan bank in yuran, nak buatkan akaun Bank Rakyat untuknya, dan beberapa perkara lagi.... 22/6 bersamaan hari Rabu kita akan berangkat ke Kota Kinabalu, Keesokannya pula akan menaiki feri ke Labuan, hantar Fuad ke Kolej Matrikulasi Labuan.
Doakan ye...
Doakan semuanya akan berjalan lancar.
Rezeki Ramadhan 2016.
Rezeki Ramadhan 2016.
Assalam Amie,
BalasPadamTahniah buat Fuad kerana dapat masuk Kolej..
alhamdullilah shukur doanya makbul..
semuga Fuad berjaya hingga kemenara gading ya..:)
Tahniah Fuad dan kak amie jugak
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamTahniah juga buat anakanda Fuad
Semoga impian menjulang kejayaan dpt diraih
Alhamdullilah tahniah Fuad dan Amie sekeluarga. selamat meneruskan pengajian...
BalasPadamSalam Amie..
BalasPadamAlhamdulillah...
Tahniah juga buat anakanda Fuad. Moga berjaya menuju impian
Alhamdulillah..tercapai imoian Fuad..Tahniah Amie sekeluarga. Sayu baca catatan Amie..hati ibu..
BalasPadamSedih pula baca n3 kak amie ni... semoga berjaya fuad
BalasPadamAlhamdullillah. Jauh tak Jauh Di labuan sana. Belajar sungguh sunghuh.
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah fuad. Wah dah besar ye anak akak, tinggi dari mamanya hehe. Moga kejayaan sentiasa menngiringi fuad
BalasPadamselamat ya kak , selamat buat Fuad dan masa depan dia . Insya Allah ini yang terbaik buat anak hensem kakak itu . sekali lagi selamat . salam dari Bandung .
BalasPadamTahniah Fuad. Semoga sentiasa cemerlang dlm pelajaran...
BalasPadamYa..memang itulah doa saya...Amie ni!tersentuh hati,pagi2 mata dah masuk abuk baca ungkapan itu.Saya juga mengalaminya hari tu,masa abang Amzar kata dia berharap sangat nak masuk IPG tapi tak dapat.Boleh saya bayangkan sedih anak kalau kita tak bagi apa yang di ingininya.Tahniah Fuad.Abang Amzar pun sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Kelantan.sama lah kita.
BalasPadamAyu,
BalasPadamwaalaikumussalam... Alhamdulillah, kita hanya mampu beri sokongan untuk dia terus belajar.
Lina,
terima kasih banyak... alhamdulillah.
Kak Zakie,
terima kasih banyak kak... syukur kepada-Nya.
Mamasya,
BalasPadamterima kasih banyak...
Faudziyah,
terima kasih...mudah-mudahan, aamiin...
Cik Wan,
syukurlah... di sebalik kelemahan yang ada pada seorang ibu, terselit naluri keibuan yang rupanya mampu menyelami jiwa anak kita.
Cheq Sue,
BalasPadamterima kasih... itulah realitinya, dari hati kecil kita...
Nor,
ya...tak jauh, dekat tapi jauh juga he heeee...
Puan Hazel,
terima kasih.. he he hee kita nak tengok mukanya pun kena dongak2 tu...
Yeni,
BalasPadamterima kasihnya mengirim doanya dari jauh...mudah-mudahan sukses semuanya.
Zanita,
terima kasih banyak.... in sya Allah.
Suzana,
Alhamdulillah... walaupun jauh disudut hati sedih nak berjauhan, tapi kena redha dengan perjuangan anak-anak untuk menimba ilmu. Moga anak-anak kita sentiasa di bawah lindungan-Nya. Aamiin...