Pages

Isnin, 6 Jun 2016

Rose Garden di Kundasang

Sebaik sahaja turun dari War Memorial Kundasang, seperti biasa kami nak jenguk lagi Rose Garden. Nak juga tengok kalau-kalau ada buah strawberi atau buah anggur di situ. Maklumlah, lama dulu sewaktu kami sampai semua pokok ros dibongkar habis, dan digantikan dengan benih baru.
Masih seperti dulu, hanya RM2 sahaja bayaran masuk. He he heee... tempat lain dah naik harga, di sini masih begitu dari dulu-dulu lagi!


Kita belanja gambar bunga ros, tapi kali ini tak mahu warna merah sebab dah biasa sangat tengok mawar merah ... ahaks! Sesekali kita beralih ke warna lain pulak....

Cantikkan?





 Cantik berseri rose merah jambu!

 Tak jemu mata memandang!

 Tak ketinggalan ros kuning.


Dan rose jingga.



Cukuplah gambar bunga ros di atas tu ye... nanti tepek banyak-banyak ada yang jemu pulak...hiks!


Nampaknya tak bertuah seperti selalu...pokok strawberry baru dibongkar untuk ditanam semula. Begitu juga pokok anggur, tidak kelihatan lagi di situ. Jom tengok pokok lain pulak...

Pokok tomato ceri lebat berbuah.

Ketika ini para pekerja sedang memetik buahnya. Menurut mereka, petang nanti pokok-pokok tomato ceri akan dibongkar untuk tanaman pokok baru!

Aduuuussss...
Kita pulak yang rasa sayang!
Sebab... masih banyak buahnya yang masih muda menghijau akan dibuang begitu saja!


Kalaulah kita boleh tanam sebegini rimbun dan berbuah sebegini lebat di belakang rumah.
Alangkah...


Pokok saderi subur merimbun... sedang dituai.



Pokok ketumbar pun ada.

Wokey... dah berpeluh-peluh berjalan. Nak keluarlah dari sini...

Belanja kuntuman ros putih susu.. eh! Ada ke ros putih susu? Hantam sajalah labuuu...

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan