Pages

Jumaat, 3 Jun 2016

Makan Tengahari di Chicken Rice Shop

Isnin : 30 Mei 2016
Pukul 2:30 petang. Anak-anak kata perut masing-masing dah berkeroncong!
Dari TH Hotel, Encik Suami memandu ke Suria Sabah. Dari tempat parking kereta, terus menyerbu masuk shopping mall, turun ...turun..turuuunnn tangga bergerak. Cari Chicken Rice Shop.

 Walaupun banyak kali masuk kedai makan nasi ayam, tapi jarang sangat nak kongsi sebab kita ada prinsip.... Kita hanya kongsi satu-satu makanan kalau kita rasa boleh diterima ramai. Katakan ada kekurangan, kalau masukkan juga sebagai entri, nanti takut kalau ada yang tak sependapat, maklumlah sedap pada tekak kita tak semestinya boleh diterima oleh yang lain. Betul tak....
Kekurangan yang kita maksudkan...biasanya kuantiti ayam yang terlalu kecil saiznya berbanding dengan jumlah nasi yang disediakan! He he heee... sebab kita lebih suka makan lauk berbanding nasi yang berlebih!

Kalau makan di sini, bolehlah kita kongsi bersama. Banyak pilihan menu, dan servicenya pun ok. Cuma ada kalanya kedai ini penuh sesak sampai pelayan-pelayan pun nampak kelam-kabut membersihkan meja dan mengambil pesanan!

Kita pun kelam kabut juga...
Sebab perut dah keroncong sangat!
Maklumlah.... dari pukul 6 pagi sampai pukul 2.30 petang! Keletihan dalam perjalanan... dan 'terbuang' masa 1 jam di Kundasang gara-gara tak dapat naik sampai Desa Cattle. Cadangnya nak makan aiskrim di situ sambil makan waffle sebagai alas perut! Tapi perancangan kita tak menjadi!

Di sini, kita pesan hidangan Triple Feast. Selain 2 jenis hidangan quarter chicken  rice roast, ada BBQ chicken juga.  Ada kerabu mangga. Nampak macam simple saja kaaann...
Tapi sedap!
Kita dengan Encik Suami saja yang makan sebab anak-anak tak berminat. Licin tak tinggal apa pun! Nyum...nyuumm... Gambar tak berapa lawa kan? Iya laaa...mau cepat isi perut dong! Kita belanja pic tahun lepas punya ye... di bawah ni.

Kecuuurrr!

 Ada sayur... pak choy sos tiram.

 Sup bebola.... tak ingat bola ikan atau bola ayam! Soup of the day!

Gambar yang ini pun tak berapa nak lawa... kita belanja lagi gambar tahun lepas kat bawah ni. Suka tak makan pai tee?

Nampak berseleralah kalau layan gambar di atas tu kaaan... Ha.. gambar ni kita ambil sewaktu makan dengan kawan-kawan. Yang kita ambil baru-baru ni dengan family. Firdaus pulak tak boleh duduk diam. Ditumpahkannya segelas minuman atas meja! Syukurlah pelayan restoran cuma kata : Budak-budak memang begitu. Sambil mengelak meja yang penuh air minuman. Lepas tu diambilkannya lagi segelas minuman yang lain. Bila kita tanya, jawabnya minuman ini percuma bersama hdangan keluarga. Alhamdulillah...

Antara minuman yang dipesan... yang hujung tu... air warna hitam yang Firdaus tumpahkan!

Tak sempat ambil gambar yang lain... belanja kali ketiga gambar nasi ayam yang lepas!

Sebenarnya kita nak makan ayam steam, tapi sebab dah kelam kabut, dah lapar...dah Firdaus buat hal...makan sajalah apa yang dipesan. Kenyanglah jugak.... Alhamdulillah. Layan ajelah gambar ayam steam yang lepas... huhuhuuu!
Kalau nak makan di sini, bolehlah bajet-bajet sekitar RM75.00 termasuk GST. 


Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan