Pages

Jumaat, 3 Jun 2016

Makan Steamboat di Natural Kitchen

Pantang sebut steamboat!
Anak-anak teruja nak makan di situ! Konon nak makan di Beijing BBQ Steamboat, tapi kita tak berapa selesa bila melihat terlalu ramai pelanggan! Memanglaaaa... boleh makan sampai pecah perut! Banyak pilihan...tapi memikirkan budak kecik Firdaus yang sedang lasaknya tu...terpaksalah banyak kali fikir!
Kali ini kita cari tempat yang santai-santai jew. Malas nak bergerak ke sana ke mari ambil makanan itu dan ini. Kita nak jadi permaisuri pulak ha ha haaa... 
Jadi, kami pun duduklah 5 beranak di Natural Kitchen, masih lagi di Suria Sabah pada malam terakhir sebelum kami berangkat ke hotel lain pulak.

Kami memesan set steamboat untuk 4 orang.
RM139.00 tidak termasuk minuman.

Boleh pesan 4 jenis sup. Jadi kami pun pesan sup kegemaran masing-masing...ada sup miso, sup tom yam, dan entah apa lagi... tak ingat dah!






 Malas nak ambil sos. Fuad tukang ambil...  Sedap ooooo! Ada sos cencaluk lagi...selain sambal belacan dan entah apa lagi tu...

 Masing-masing dihidangkan dengan sepinggan...ada mee, jagung, sayur, telur ayam...etc....

 Seronokkan makan begini... tak boleh pecah perut punya macam kana di tempat steamboat biasa tu... Cuma pilihan hidangan terhadlah!

 Serius betul muka Fairuz...

 Budak kecik satu ni memang suka main air minuman! Itu yang nak dijaga tu... takut tertumpah lagi!

 Hidangan malam itu diakhiri dengan pencuci mulut puding dan tembikai.


Tempat ni sesuai untuk yang nak makan-makan sambil bersantai-santai bersama orang yang tersayang. Tapi kalau nak makan steamboat sepuas-puasnya dan sekenyang-kenyangnya, serta menikmati berpuluh-puluh pilihan, eloklah cari tempat yang menawarkan hidangan steamboat ala buffet he he heee...

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

2 ulasan:

  1. Ada restoran steamboat & grill 'Seoul Garden' di Imago Shopping Mall, boleh try next time =)

    BalasPadam
  2. Kapten Keirin,
    terima kasih... lain kali akan ke situ, nak juga rasa seoul garden tu.

    BalasPadam