Pages

Isnin, 6 Jun 2016

Keindahan Alam di Sabah Tea Garden (III)

Sabah Tea Garden.
Jaraknya lebih kurang 120 km dari Kota Kinabalu, dan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk memandu ke sini.
Salah satu tempat persinggahan yang amat sesuai kepada pencinta alam semulajadi. Juga buat mereka yang inginkan ketenangan serta bersantai-santai jauh dari hiruk-pikuk kota serta melupakan seketika bebas kerja yang digalas sepanjang masa!

Bagi yang agak lama tidak berkunjung ke sini, tentu anda teruja melihat perkembangan terkini di ladang teh ini. Pendek kata.. Sabah Tea Garden sudah berwajah baru. Tiada lagi restoran yang kita lihat seperti dulu... kerana kini sedang dijalankan pengubahsuaian restoran baru yang nampaknya akan kelihatan lebih cantik dan menarik!

Ketika gambar diambil, hujan renyai-renyai...
Menurut salah seorang pekerja di sini, sejak akhir-akhir ini memang setiap hari akan turun hujan terutamanya di sebelah petang.

Kalau di luar sana... di bulatan Ranau ada teko terapung sedang menuangkan air teh ke dalam cawan, di dalam ladang teh ini ada teko gergasi yang besar dan cantik di hadapan restoran!


Biar pun matahari sembunyi, hujan renyai, suasana kelam atau terang, pemandangan di sini tetap ada keunikannya yang tersendiri! Ini pemandangan di waktu pagi, tanpa sinaran matahari yang memancar... nun di sana banjaran gunung dengan kabus tebal mengelilinginya!

Atas dan bawah : Pemandangan di waktu petang sekitar pukul 5 dalam keadaan hujan gerimis. Suasana yang agak muram namun ada nilainya yang tersendiri. Tiada matahari... hanya awan tebal menutup gunung-ganang!



 Di waktu pagi...
Sekitar pukul 8.


Pokok / daun teh.
 Selepas hujan...




Singgah sebentar di rumah panjang. Boleh menginap di sini untuk mengalami kehidupan tradisional masyarakat Sabah.

Memandangkan masa yang agak terhad, kita tak boleh berlama-lama di sini. Hanya sekadar ambil gambar dari luar sahaja.

Rumah panjang ini mempunyai 25 bilik dan setiap bilik memuatkan 3 buah katil beserta kelambu. Bilik air terletak di bahagian luar.





 Masa untuk meninggalkan ladang teh.
Seronok bermalam di sini kan Firdaus...

Lain kali kita datang lagi ye sayaaangg...





 Encik Suami ajak posing di sini... he he heee.


Ladang Teh Sabah ini mempunyai keluasan lebih kurang 2,480 hektar tetapi hanya lebih kurang 480 hektar sahaja yang diguankan untuk penanaman teh. Ladang ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun. Ketinggian ladang ini ialah 2, 272 dari aras laut dan merupakan satu-satunya ladang teh organik tunggal di Malaysia dan terpilih di dunia. Organik tau.... Bebas dari segala bahan kimia!  Banyak aktiviti menarik yang disediakan di sini. Anda boleh melawat ladang teh, kilang memproses dan sebagainya seperti jungle trekking. 


Jangan lupa...
Kepada yang pernah mendengar kisah Perjalanan Maut Sandakan - Ranau (Sandakan - Ranau Death Marches), singgahlah di sini seketika! Nanti kita kongsikan dalam entri seterusnya ye.

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan