Pages

Khamis, 9 Jun 2016

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Selamat meneruskan ibadat puasa buat semua.
Kali ini kita berkesempatan untuk kongsikan menu Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa.Masakan begini memang digemari anak-anak. Boleh dimakan waktu berbuka atau bersahur.
Untuk resepi tiga rasa ini, kita tambahkan taucu manis dalam penyediaan sosnya. Kalau Encik Suami dan anak-anak kata sedap, bolehlah diterima sebagai salah satu resepi ikan...ahaks!
Saiz ikan kerapu ni agak besar, tapi tak tahu berapa gram sebab 'terjumpa' dalam peti sejuk. Tak perasan bila Encik Suami beli...hiks! Mulanya kita nak kukus saja memandangkan agak sukar untuk menggorengnya sebab perlukan minyak yang agak banyak dan kuali saiz besar. Tapi akhirnya kita goreng dengan bengkokkan sedikit badannya...jadi pecah dan patahlah sedikit belakang ikan tu!


Bahan:
1 ekor ikan kerapu - bersihkan - toskan - lumur dengan sedikit garam dan tepung jagung - ketepikan
1 biji campsicum hijau - potong dadu
1 cawan campuran hirisan brokoli dan bunga kubis.
7 biji tomato ceri - belah 2
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 sudu besar taucu manis
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili Thai
2 sudu teh tepung jagung bancuh dengan 1 cawan air
minyak

Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 biji cili padi
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan kerapu hingga masak. Angkap dan ketepikan.
2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan dalam kuali.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
5. Kemudian masukkan capsicum, brokoli, dan bunga kobis. Gaul sebati.
6.Tambahkan sos tiram, sos tomato, sos cili Thai dan taucu manis.
7. Tuangkan bancuhan air tepung jagung.
8. Setelah sos agak pekat, masukkan tomato ceri dan padamkan api dapur.
9. Tuangkan sos di atas ikan kerapu goreng tadi.
10. Hidangkan.


3 ulasan:

  1. Salam Kak Amie.. selamat berpuasa.. wah.. seksi n bergayanya ikan kerapu tiga rasa akak tu.. nyum2 terliur dibuatnya.. datang bawak pinggan kosong.. hihihi

    BalasPadam
  2. Wah... nampak sedap ikan kerapu tiga rasa Amie. Terliur dah ni.

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie...
    Bahaya tul masuk blog otai pagi2 camni...kan dah terliur ni heheee....


    SELAMAT BERPUASA KAT AMIE SEKELUARGA

    BalasPadam