Cerita minggu lepas......
Selepas menghantar Fuad di Kolej Matrikulasi Labuan, kami segera pulang. Buka puasa di dalam perjalanan, sempat makan kurma dan minum air mineral. Pukul 7.50 malam sampai di Kundasang. Singgah di Restoran Puteri Nabalu untuk isi perut.
Malam itu di Kundasang .... sangat sejuk!
Kami order yang panas-panas semua. Sirap bandung cincau pun minta yang panas ( air sirap datang sekali satu set dengan makanan yang kami pesan). Minta tambahan lagi... air suam, pun terasa macam sejuk walaupun sebenarnya panas juga.
Kami pesan set makanan untuk berbuka puasa.
Nasi Kerabu versi Puteri Nabalu. Satu set dengan air sirap bandung cincau RM17.80. Dalam resit ditulis *1 ... kita pun tak faham, jadi RM18.87.
Inilah rupa nasi kerabu versi Sabah (Puteri Nabalu)... ikan goreng celup tepung, ulam-ulaman, serunding kelapa dan sambal.
Encik Suami nak makan nasi dengan ikan bakar. Sukalah hatinya sebab ikan tak bertulang yang dihidangkan. Sama juga harganya dengan set nasi kerabu di atas tu.... ditambah *1 jadi RM18.87 juga.
Ada dua jenis cicahan ikan disediakan.
Kami pesan menu tambahan, seafood tom yam. Harganya sama sahaja sama ada datang single (tanpa nasi) atau pun bersama nasi. Satu mangkuk tom yam RM18.80.... ditambah *1 jadi RM19.08. Kita tak sempat tanya sebab Encik Suami yang bayar, cuma perasan bila belek-belek resit untuk buat entri.
Apapaun, dalam suasana yang sejuk, memang sedap betul kami berdua hirup kuah tom yam tu. Alhamdulillah... tom yam ni di mana-mana pun sama, yang membezakan cuma rasa kuahnya. Rezeki kami, malam itu dapat hirup kuah tom yam yang sedap!
Apapaun, dalam suasana yang sejuk, memang sedap betul kami berdua hirup kuah tom yam tu. Alhamdulillah... tom yam ni di mana-mana pun sama, yang membezakan cuma rasa kuahnya. Rezeki kami, malam itu dapat hirup kuah tom yam yang sedap!
Pukul 9 malam kami sambung perjalanan sejauh lebih kurang 320 kilometer atau 5 jam perjalanan. Tak guna air-cond sebab sejuk sangat sepanjang perjalanan, kecuali setelah melepasi Ranau, baru kami pasang air-cond semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan