Selamat berhujung minggu...selamat bercuti bagi yang bercuti!
Orang bercuti kita pun nak bercuti juga...walaupun cuti dipenuhi dengan undangan pelbagai majlis, kenduri-kendara dan sebagainya. Kita nak juga jalan-jalan...tak kisahlah jalan-jalan makan angin atau jalan-jalan cari makan ha ha haaa....
Sebelum kita bercuti beberapa hari atas urusan di atas, kita nak kongsikan satu resepi yang lama menunggu giliran, terpinggir di celah-celah folder!
Bahan:
800 gram udang galah - bersihkan (tak tau saiz apa...lebih kurang saiz ibu jari orang gemuk laaa... besar sikit)
7 ulas bawang putih cincang
1 cawan udang geragau - bilas dan toskan (biasanya kita gunakan udang kering, tapi kali ini saja jew nak habiskan stok udang geragau)
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari - lurutkan
10 biji hirisan cili padi
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
garam & gula - optional ( udang geragau & sos tiram pun dah ada rasa)
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam udanggalah selama 5 minit atau sehingga masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan udang galah tadi dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan udang geragau dan goreng sehingga udang naik bau.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram dan juga lada hitam, kemudian gaul sebati.
6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Angkat dan hidangkan.
Pada mulanya kita sangka mungkin dengan menggunakan udang geragau, rasanya tak seenak bila kita gunakan udang kering. Ternyata sangkaanku meleset.... penggunaan udang geragau tidak mengurangkan rasanya! Sedap! Sedap!
sedapnya menu ni. x pnh buat lagi.selalu udng galah buat masak lemak cili api, rendang,
BalasPadamnice sharing
tenkiu kak amie
Boleh cuba resipi ni. tk.
BalasPadamno 3 tu rare tu. xpernah masukkan geragau/udang kering. boleh la cuba lepas ni. done follow blog ni #1246
BalasPadamya Rabbi sedapnya akakkkkkk...
BalasPadamok nak try buat untuk menu berbuka nanti..
tq akak!